Wednesday, July 1, 2009

Lapor diri sekolah baru

Salam,

ALHAMDULILLAH, sewaktu posting ini ditulis, penulis baru sahaja melapor diri di sekolah baru iaitu SMK Membakut. Sekolah yang sudah lama bertapak di sini dan sudah "well established". Nafas baru yang sungguh segar dirasakan apabila mula masuk ke sini dan menunggu big bos (Pn. Mozidah Hamzah selaku pengetua) untuk melapor diri.

Sementara menunggu di hadapan ofis pun penulis sudah menerima ucapan welcome dan selamat datang daripada warga SMK Membakut termasuk KTBM yang pernah bertugas di SMKM II....(kira jejak kasihan la....). Begitu juga dengan PK I, PK HEM dan PK Kokum......Melangkah masuk ke bilik guru pun penulis disambut dengan kuntuman senyum yang begitu menawan dan mempersonakan daripada guru-guru di sini.


Sambutan yang baik daripada rakan-rakan baru (dah lama sebenarnyer)-klik gambar untuk besarkan
Gambar dari kanan : PK I Cikgu Ag.ku Johari, ASP Shamsul Husry, Cikgu Azmie, Cikgu Sabri dan Cikgu Bakri


Betullah seperti kata salah seorang rakan guru dari SMKM II, apabila kita berada di tempat baru kita akan refresh segala-galanya macam restart komputer.....ngam la tu.....syukur kepada ALLAH SWT kerana memudahkan segala urusan.....

Masuk sahaja ke bilik pengetua, pengenalan dan taklimat ringkas diberikan dengan penuh senyuman dan keceriaan.....bayangkan bagaimana perasaan apabila kita sebagai tetamu masuk ke rumah orang dan disambut dengan baik, ceria dan senyuman yang cantik....yang paling kekal diingatan ialah apabila beliau menyatakan "Sekiranya ustaz ada apa-apa kelebihan di sini boleh ditonjolkan dan di sumbangkan......" apalah yang ada pada diri ini, cuma seorang insan yang serba kekurangan....guru biasa jer...walaubagaimanapun penulis merasakan seolah-olah dihargai....satu perasaan yang sudah lama tidak dirasai......

Bukanlah berniat hendak membanding bezakan antara kedua-dua sekolah...sama sahaja cuma di sini kita bukak buku baru buku lama sudah ditutup dengan jayanya....anyway I will miss SMKM II for the time being....

Salam santai....

Gambar belum ambil lagi.....


3 comments:

Takilala said...

Huhuhu..bestnya. PK tu org lama tu. Ngaran org brunei cakap (sama nama). Main gitar mcm gua gak. huhuhu. Gua pernah perform ngan band dia masa kenduri kahwin kat kg dulu. huhuhu. Anyway slamat bertugas di tempat baru.

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

okeyh arh tue ustaz,...
hihi....
peace??????

Azeyana Zainal said...

semoga ustaz terus success d smkm...
abg smkm II hehehe
Gud Luck...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails