Sunday, July 26, 2009

Kejutan santai lagi....!!!


Salam,

Hari ni hari minggu, lepas basuh kedua-dua kereta dan motorsikal (di kedai basuh keta la) penulis pun layan la FB. Macam biasa la bila buka biasanya ada request macam-macam dan ada satu friend request. Mula-mula tengok nama macam kenal.....bila accept....confirm kenal....tgk gambar....tak kenal balik.....terkejut pakcik.....

Tengok gambar di bawah.....rupanya boss pakcik.......tapi muda betul....


Big BOSS ku....klik gambar untuk kasi besar

Bertambahlah rakan dalam FB ni....tapi yang ni memang special la kut.....bukan apa, selain sebagai seorang ketua / pemimpin yang disegani di sekolah, beliau juga seorang yang sentiasa update terutama terhadap perkara berkaitan teknologi atau ICT......payah nak cari orang yang macam ni.....kerana apa pengalaman penulis sebelum ini, memang susah nak cari seorang pemimpin sekolah yang tahu berkenaan ICT...maklumlah mereka ini biasanya guru-guru yang sudah senior dan lama berkhidmat.....zaman dulu-dulu mereka menggunakan mesin taip, tetapi sekarang yang berada di hadapan penulis ini yang tidak ketinggalan zaman.....memang update betul lah....

Kepada Puan Mozidah sekiranya membaca tulisan ini, bukanlah tujuan untuk membodek atau memuji berlebih-lebihan, saya cuma berkongsi dengan pengunjung blog santai tentang perasaan saya, apa yang terlintas dan terbuku di fikiran, saya masukkan di sini......harap puan pun santai la sekiranya singgah di sini......

Kepada pengunjung blog ini, terutama silent readers, rakan-rakan guru di Membakut (samada SMKM, SMKM II dan lain-lain), para pengunjung blog ini samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia (terutama di German dan US - yang paling ramai dicatat sebagai pelawat blog ini).....janganlah malu-malu berkongsi idea, pandangan dan pendapat anda di blog ini. Sama-samalah kita berkongsi ilmu di ruangan maya tanpa sempadan ini.....Mudah-mudahan pemikiran kita semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi di arus perdana ini.......

Satu lagi, jangan lupa vote for santai di ruangan atas sebelah kiri....respon anda amat bermakna buat penulis....akhir kata, selamat santai di hujung minggu.....semoga ceria selalu...

Wassalam....


4 comments:

Ustzh Cyber said...

Mak oii...comenye....Tak sangka Puan nak join the club (Fb)..Tp kira baguih la..bole tukar2 pndpt...makin rapat la hubungan silaturrahim antara ketua dan org bawahan nmpknya...Tahniah buat puan..tak ramai tau pengetua cam pengetua kami nie...

Mozidah Hamzah said...

Saya tak marah malah enjoy. Memang seronok rupanya ya! Bidang IT ni memang lah perlu dipelajari. Selagi tak mencuba, mana lah tahu, apa lagi nak pandai. Segalanya bermula dengan mencuba.

MizBeLL said...

wow.!.
x dpt bygkan kalau2 principal smkm2 mcm tuu..
hebat principal smkm!
sgt2 supporting..
kmi sgt2 jelez..
stuju ngan kta2 principal tuh..
x cuba blum tahu..
alam it bagai dadah..
skli cuba nk lg..
pndai guna smakin bijak..
t'silap lgkh tggung sndri..
kih3..

Anonymous said...

superb principal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails