Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

Renungan santai : Apa komen anda?

Salam,

Berita Harian hari ni Khamis, 16 Julai 2009 (23 Rejab 1430) mengisahkan peristiwa ini....baca dulu kemudian buat penilaian....Tapi bagus kalau dapat dengar pula penjelasan daripada pihak yang satu lagi......

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my


Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.

Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

"Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.

"Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

"Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin," katanya.

Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

Berita tamat..............

Jangan lupa beri pandangan anda
dan juga vote for santai di ruangan atas sebelah kiri.....

Selamat santai


Monday, July 6, 2009

Renungan Santai : Kepimpinan melalui teladan

Salam,

Hari ni hari Isnin, biasanyer kalau di sekolah mesti ada perhimpunan. Tetapi di tempat baru ni hari ni ada kejutan besar.....Ada pemeriksaan menyeluruh penampilan pelajar, terutama penampilan rambut pelajar lelaki.....Jadi di atas arahan bonda pengetua semua pelajar lelaki berkumpul di hadapan pejabat atau di tempat letak kereta untuk pemeriksaan tersebut.

Keadaan sewaktu semua pelajar berkumpul....

Penulis turut keluar dari bilik guru apabila semua guru berada di luar. Nampaknyer semua guru memainkan peranan masing-masing. Taklimat ringkas dilakukan kepada semua guru lelaki dan bonda pengetua juga nampaknyer turut serta bersama para guru meninjau rambut pelajar.....


Taklimat oleh Ketua Guru Disiplin





Kerjasama semua guru....ramai juga tukang gunting ni....

Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah di samping kerjasama di antara semua guru, bonda pengetua selaku 'big boss' tidak berpeluk tubuh menjadi pemantau sahaja. Beliau juga turut bersama memegang gunting dan memotong rambut pelajar....Betullah kata pepatah "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" apabila seseorang ketua itu sendiri menunjukkan contoh dengan melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang bawahannya, maka orang bawahannya yang tidak melakukan apa yang telah ditunjukkan oleh orang atasannya seharusnya merasa malu. Ini kerana memang susah untuk orang yang berada di atas untuk melihat ke bawah, seolah-olah merendahkan dirinya.....orang yang merendah diri ini mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan seharusnya dan sememangnya layak diberikan penghormatan sewajarnya.....


Tangan memegang gunting....tangan siapa ni...???


Kepimpinan melalui teladan....

Jadi, bukanlah tujuan penulis untuk memuji berlebih-lebihan kepada boss baru penulis, cuma berkongsi cerita dan pengalaman kehidupan. Apa yang baik itu ambil sebagai teladan, dan sekiranya ada perkara yang tidak baik itu adalah datangnyer dari kelemahan penulis sendiri selaku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan......

Kepada pembaca dan pengunjung setia blog santai....lama dah tak dengar komen....jangan malu-malu bah mengomen...terutama kepada 'silent reader'.....kongsilah pandangan anda di sini....samada yang baik atau yang buruk....

Akhir kata....salam santai....


Friday, June 26, 2009

Berita santai.....

Klik untuk besarkan

Salam,

Bila baca Utusan Malaysia online hari ni, terbaca pulak artikel ni....INGATAN....!!! ini bukan tulisan penulis blog santai.....cuma petikan di dada akhbar untuk renungan kita bersama... penulis tidak berniat untuk menimbulkan apa-apa isu......sekadar memetik untuk bacaan santai....

Ketua jabatan jangan rasa terancam

IPOH 25 Jun - Semua ketua jabatan kerajaan tidak perlu berasa terancam mendengar kritikan, pandangan dan pendapat daripada pegawai baru atau kakitangan bawahan dalam menjalankan tugas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, segala pandangan itu perlu diterima dengan hati terbuka kerana ia dapat memajukan jabatan dan mempertingkatkan perkhidmatan masing-masing.

Tegasnya, pegawai kerajaan di semua peringkat harus mempunyai hubungan rapat dalam memudahkan anggota sesebuah jabatan bertukar pandangan sesama sendiri.

''Saya percaya golongan bawahan atau penjawat awam yang baru tidak akan rasa terbatas untuk melontarkan pandangan dan pendapat jika wujud hubungan baik dan rapat dalam sesebuah jabatan.

''Bagi saya, pandangan mereka akan memajukan lagi pentadbiran kerajaan kerana mereka juga berkelayakan. Walaupun pengalaman kerja masih baru tetapi tidak patut menghalang mereka mengeluarkan pandangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi dialog semasa Majlis Perjumpaan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Warga Pendidik Perak di sini, hari ini.

Ingatan yang baik dari TPM yang juga merupakan Menteri Pelajaran...

Sila klik untuk baca dari Utusan Malaysia Online

Selamat santai...


Monday, May 25, 2009

Renungan santai : Cara Syaitan Bogelkan Wanita

Gambar sekadar hiasan...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati peha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahua'lam.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan artikel ini kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.

Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Note:
Artikel ini adalah sumbangan johe, seorang warga Megasutra.

Sunday, May 10, 2009

Tazkirah hujung minggu

Salam,

PERINGATAN...!!! Sekali lagi penulis blog santai ingin mengingatkan pengunjung blog ini bahawa artikel di bawah adalah dipetik daripada perkhidmatanawam.blogspot.com dan merupakan petikan berita daripada BERNAMA. Pada pandangan penulis artikel ini sangat berguna untuk memberi peringatan buat diri ini dan penulis juga ingin berkongsi dengan pengunjung blog ini yang sudi membuka minda menerima apa yang baik yang disampaikan dalam artikel ini.

Penulis tidak sedikit pun ingin bermaksud negatif menujukan artikel ini kepada sesiapa walaupun kepada mereka yang berkunjung ke sini untuk mencari kesilapan dan kelemahan. Apa yang ingin dicapai ialah yang positif belaka. Sesungguhnya manusia itu memang tidak boleh lari dari kesilapan.....mohon ampun dan maaf yer...

Bah....selamat bersantai dengan tazkirah di hujung minggu....

PERKHIDMATAN AWAM DISARAN SERAP PRINSIP 6M BAGI PERKASA PERKHIDMATAN

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Prinsip Musyaratah yang bermakna menepati syarat kejayaan yang menjadi sifat Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan amanah perlu dijadikan tanda aras oleh pemimpin perkhidmatan awam bagi memperkasakan perkhidmatan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom ketika mengemukakan cadangan itu berkata, Musyaratah merupakan satu daripada enam prinsip dalam Islam yang boleh diaplikasikan dalam pentadbiran seharian.

"Dengan wawasan, pemikiran yang jelas dan melangkaui masa, sifat dan keterampilan baginda seharusnya dijadikan asas dalam mentadbir bagi menzahirkan perkhidmatan berkualiti.

"Prinsip Musyaratah menghendaki pemimpinnya mempunyai sifat-sifat unggul seterusnya berupaya menerajui organisasi ke arah kecemerlangan," katanya ketika merasmikan Seminar Kepimpinan Integrasi: Isu dan Cabaran Dalam Perkhdimatan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, Isnin.

Jamil Khir berkata, prinsip dan pendekatan Islam lain yang boleh diaplikasikan dalam urusan pentadbiran awam ialah Mua'tabah yang bermakna mengikis sifat buruk, Mu'aqabah mengekalkan tindakan benar secara berterusan, Muroqobah mengawal diri secara berterusan, Muhasabah yang bererti menilai diri dan Mujahadah yang bermakna berusaha bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, jika Prinsip 6M tersebut dipenuhi beliau yakin pemimpin-pemimpin jabatan akan berupaya menerajui dan membawa organisasi ke arah kecemerlangan yang berpanjangan.

Memberikan prinsip Muroqobah atau mengawal diri secara berterusan sebagai contoh beliau berkata, pemimpin jabatan atau kakitangan perkhidmatan akan sentiasa mengawal tingkah laku dan tindakan supaya ketinggian martabat insan yang dianugerahkan Allah sentiasa terpelihara.

Secara tidak langsung ia akan membantu kita untuk mengawal tindakan dan perlakuan daripada tamak, terlalu kebendaan dan melanggar undang-undang yang mana kecenderungannya lebih ke arah kemusnahan, katanya.

Melalui prinsip Muhasabah diri, permasalahan seperti situasi di mana majikan atau pekerja menghadapi dilema dalam membuat penilaian, seringkali masalah keadilan, kejujuran dan maklumat yang tidak lengkap digunakan sebagai alasan untuk mempertahankan diri di samping menyalahkan pihak lain.

Jamil Khir berkata, melalui prinsip Islam masalah itu cukup mudah untuk diselesaikan kerana sekiranya pegawai dan kakitangan bawahan sanggup dengan ikhlas bermuhasabah serta menjauhkan diri daripada sifat-sifat hipokrit, maka organisasi akan dapat mengenal pasti sahsiah, keterampilan dan kewibawaan sebenar pegawai dan secara tidak langsung akan dapat meletakkan seseorang pegawai pada posisi yang sebetulnya.

Berikutan harapan yang tinggi diletakkan rakyat terhadap perkhidmatan awam Jamil Khir turut menyarankan prinsip Mujahadah iaitu berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan semua tugas.

Kerajaan dan orang ramai hanya inginkan penjawat awam dapat mempersiapkan diri dan berusaha bersungguh-sungguh supaya kehendak pengguna dapat dilaksanakan dengan berkesan, katanya.

Dalam ucapannya Jamil Khir turut berharap proses penambahbaikan akan terus berlaku dalam perkhidmatan awam di Malaysia kerana sebagai sebuah negara sedang membangun, negara memerlukan perkhidmatan awam yang dinamik yang mampu mengambil, menyerap dan memberi tindak balas kepada perubahan sekeliling supaya tidak ketinggalan dan yang lebih penting terus kekal relevan dalam arus perdana yang semakin kompleks dan mencabar.

Seminar selama dua hari yang bertujuan mendapatkan perspektif yang lebih jelas dan tepat berhubung konsep kepimpinan Islam dalam konteks perkhidmatan awam itu dihadiri oleh kira-kira 300 peserta daripada pelbagai kementerian, jabatan, agensi dan anggota pentadbiran kerajaan.

Tamat artikel.

Selamat santai....






Saturday, May 9, 2009

RENUNGAN.....Apa komen anda....?

Salam,

INGATAN...!!!! ini bukanlah tulisan penulis blog santai, ini cume petikan yang diambil daripada forum Tranungkite.net di bahagian Bahan Umum....nampak macam menarik untuk direnungkan bersama..terpulang kepada anda untuk beri respon samada dalam bentuk kritikan atau ulasan santai.....

Re: GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.
(Score: 1)
by gigabyte on Thursday, May 07 @ 09:26:24 MYT
(User Info | Send a Message)


Aku seorang guru, aku juga seorang ;
1. Kerani kewangan - kutip yuran.
2. Kerani kebajikan masyarakat - uruskan biasiswa
3. Kerani kedai buku - uruskan pinjaman buku teks
4. Tukang kebun - buat keceriaan sekolah, buat padang bola.
5. Kerani pentadbiran - uruskan hal kelas
6. Juru teknik - betulkan kipas rosak, paip bocor, baiki perabot rosak.
7. Jurulatih - latih budak bola sepak, ragbi dan segala permainan yang ada bola.
8. Pengawal keselamatan - pastikan keselamatan murid datang dan balik.
9. Pemandu ambulan - hantar anak murid sakit ke klinik
10. Pemandu teksi - kereta cikgu digunakan untuk hantar pelajar bersukan dll.
11. Kerja 6 hari seminggu.
12. Menanda buku , 1 buku 5 minit x 120 orang.
Tanda kertas ujian/ peperiksaan, 1 kertas 15 minit x 120 orang.

Setakat ini aku tulis, kalau ada cikgu nak tambah, di persilakan.
Over time...mana ada aku ulang lagi mana ada.

Luahan perasaan itu adalah hasil daripada petikan ini....

GURU DIPAKSA KERJA SEMASA CUTI UMUM.
Dilulus terbit pada Tuesday, May 05 @ 22:00:46 MYT oleh TokBatin

" Isu pendidikan yang melibatkan guru sekolah tidak pernah selesai. Masalah guru memang kerapkali diluahkan dalam akhbar dan di dalam internet. Tetapi pihak atasan tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyelesaikan msalah guru malah mengambil tindakan yang lebih mengusutkan lagi keadaan. Walaupun Kerajaan atau Kementerian ialah majikan guru yang sebenar, guru biasanya menerima arahan yang tidak wajar dari Pengetua.

Arahan tidak bertulis ini sering bersifat kontroversi dan ’disputable’. Dalam banyak keadaan, arahan Pengetua tidak diketahui oleh pihak atasan. Pengetua pula memang selesa dan gemar ’memaksa guru melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika, moral dan Perintah Am. Tetapi oleh kerana kuasa memberi markah prestasi ada pada Pengetua, dan sifat ramai guru yang bersikap ’yes man’ maka amat sukar untuk guru menolak atau mengingkari arahan mereka.

Dalam usaha untuk mencipta nama, mendapat kepujian dan mengekalkan reputasi sekolah, Guru Besar tanpa ragu-ragu memaksa guru melakukan kerja yang tidak wajar, tidak kena pada tempat dan masanya. Mengadakan kelas tambahan tiga atau empat kali setiap minggu adalah perkara biasa. Selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berakhir pada jam 2.40pm, sekolah ’memaksa’ guru untuk mengadakan kelas tambahan terutama untuk kelas-kelas PMR dan SPM selama 1 hingga 2 jam. Pada musim cuti sekolah, hampir semua guru terlibat dalam mengendalikan kelas tambahan. Terdapat sekolah yang mengadakan kelas tambahan untuk semua tingkatan tidak kira kelas SPM atau PMR agar semua guru terlibat (bukan sebahagian guru sahaja) supaya tidak timbul isu ’tidak adil’.

Selain masa selepas P&P dan musim cuti sekolah, terdapat sekolah yang mengadakan aktiviti semasa cuti umum seperti pada Hari Wesak, Hari Maulidur Rasul, Hari Cuti Umum bagi Negeri-negeri, Hari Nuzul Quran dan sebagainya. Pengetua/Guru Besar ini tidak menghormati cuti umum ini dalam keghairahan mereka untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya menaikkan nama mereka dalam senarai Guru Besar cemerlang. Yang menjadi mangsanya ialah guru-guru. Mereka telah dinafikan cuti umum yang boleh digunakan untuk bersama keluarga. Pernah satu kali itu, sekolah di Pekan Pahang tanpa segan silu mengadakan Hari Sukan sekolah pada hari cuti Maulidur Rasul.

Di sini kami ingin ’mencelikkan semula’ pihak yang berkenaan bahawa masing-masing pada 7 dan 9hb Mei adalah hari Hol (bagi Negeri Pahang) dan Hari Wesak. Malangnya pada kedua-dua hari tersebut terdapat sekolah-sekolah di Kuantan (dan mungkin di lain-lain negeri juga) mengadakan aktiviti rasmi. Kami mendapat maklumat ada sekolah mengadakan mesyuarat guru panitia, mesyaurat MUET, kursus-kursus untuk pelajar atau guru, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan.

Kami yakin pihak PPD dan Jabatan Pelajaran Pahang maklum tentang perkara ini atau mereka sengaja mendiamkan diri. Kita tidak pasti adakah pihak Kementerian merestui kerja-kerja ’tidak wajar’ pemimpin sekolah yang mereka lantik ini. Barangkali ini adalah antara ciri-ciri tersirat perlantikan Guru Besar/Pengetua oleh Kementerian iaitu mereka mesti sanggup buat sesuatu yang bertentangan dengan peraturan yang mereka sendiri buat. Amalan memaksa guru bekerja lebih masa dan semasa cuti umum adalah perkara biasa sejak dahulu lagi. Isu ini sudah beberapa kali diketengahkan oleh guru-guru yang prihatin tetapi sehingga hari ini, pihak majikan tidak pernah mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Mungkin jika kita meminta pihak parti pembangkang mengutarakan isu ini, pihak pemerintah akan terus menuduh isu ini cuba dipolitikkan. Tetapi biarlah ia dipolitikkan asalkan luahan guru-guru yang sentiasa diketepikan oleh ’majikan’ mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang ini diberi pembelaan oleh pihak pembangkang yang mungkin lebih prihatin dari mereka. "

Peringatan sekali lagi...penulis blog santai tidak ada sedikitpun kaitan dengan artikel ini dan sekadar copy and paste jer...penulis blog santai juga tiada niat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak, samada pengetua, guru besar atau pengurusan mana-mana sekolah...cuma ingin melihat respon pembaca terhadap sesuatu isu semasa.

Bacalah dengan minda terbuka dan lapang dada dan kongsikan respon anda (kalau ada la....) bersama penulis blog santai.....jika tidak berminat sila abaikan posting ini dan bacalah menda lain atau buatlah menda-menda lain yang anda minat....

Selamat santai....



Monday, April 27, 2009

Renungan santai....

Salam,

Agak menarik tajuk berita media arus perdana di bawah untuk direnung bersama. Biasanya guru ditempelak supaya selalu bersyukur dengan apa yang mereka ada. Tetapi ramai yang tidak tahu ramai guru yang agak aktif mendidik anak didik mereka dengan pelbagai aktiviti luar bilik darjah sebenar sudah kering kontang. Mereka dihantui dengan pelbagai bebanan tugas perkeranian dan ditambahi pula dengan bebanan tanggungjawab kewangan tambahan seperti yang diberitakan di bawah.

Cuba kita renungkan bagaimanakah pengorbanan guru-guru ini....????


GURU TERTEKAN DAHULUI WANG SENDIRI TAMPUNG AKTIVITI SEKOLAH

Sumber:
Berita Minggu |26 April 2009|


Oleh Azrul Affandi Sobry azr@bharian.com.my

Tanggungjawab 'terpaksa' sudah jadi tradisi bagi warga pendidik sejak dulu lama

Ramai guru mendakwa tertekan kerana terpaksa mendahulukan wang sendiri untuk menampung aktiviti sekolah dan keadaan itu lebih terasa dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini, selain gaji guru yang dikatakan masih rendah.

Kebanyakan guru yang dihubungi Berita Minggu mengeluh lantaran sering dibebani tanggungjawab 'terpaksa' itu kerana sudah menjadi tradisi sejak sekian lama, guru terpaksa berkorban segala aspek termasuk wang ringgit demi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Mereka yang hanya bersedia menggunakan nama ringkas lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pendedahan ini, mengakui senario itu sudah berlaku begitu lama tetapi belum ada sebarang tindakan meskipun sudah ramai guru merungut setiap kali menguruskan aktiviti sekolah.

Seorang guru di Pulau Pinang, Khairul Zaki, berkata pengurusan sekolah yang tidak cekap menjadi punca utama menyebabkan ramai guru yang dianggap teraniaya kerana terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk aktiviti membabitkan pelajar.

Guru kaunseling itu mendakwa pernah berlaku, beberapa rakannya ditugaskan mengiringi pasukan bola sepak ke kejohanan peringkat daerah terpaksa mendahulukan duit sendiri untuk tujuan menyewa bas, makan minum pelajar untuk dua hari dan semua perbelanjaan runcit yang lain.

"Khabarnya, mereka membelanjakan RM1,000 dan dikongsi bersama tiga orang guru. Memang selepas kejohanan, mereka boleh tuntut semula duit itu daripada pentadbir tetapi agak lambat untuk mendapatkannya. Ia nyata membebankan mereka.

"Itu kes besar. Jika nak diperincikan, banyak lagi 'pengorbanan' terpaksa yang selalunya membebankan guru. Saya sendiri kerap terpaksa mengeluarkan duit sendiri jika mahu menyediakan bahan untuk program kaunseling, sedangkan ia adalah untuk aktiviti sekolah," katanya yang sudah hampir 10 tahun mengajar.

Bagi Kamarul Azizi yang berpengalaman selama tujuh tahun mengajar di daerah Kuala Selangor, tekanan yang dihadapi guru di situ agak berat kerana setiap kali mereka dikehendaki membawa pelajar melakukan sebarang aktiviti, pasti duit poket mereka yang akan 'melayang'.

"Pernah beberapa kali kami dikehendaki membawa pelajar ke kejohanan merentas desa peringkat negeri. Apabila kami meminta duit daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), mereka kata tak ada peruntukan. Atas rasa prihatin, kami terpaksa berkongsi semua perbelanjaan dan mengemukakan tuntutan selepas kejohanan tetapi malangnya ada yang tidak dibayar," katanya.

Guru di Johor, Medan Malik, berkata akibat terlalu kerap menggunakan duit sendiri untuk aktiviti sekolah, ramai guru yang sudah hilang keikhlasan untuk memastikan pelajar mereka berjaya dalam sebarang aktiviti luar.

Katanya, guru kini lebih selesa menumpukan kepada tugas utama mereka iaitu mengajar dan sering mengeluh jika dikehendaki menguruskan sesuatu aktiviti.

"Aktiviti sekolah pula semakin banyak. Semuanya perlukan duit. Guru bukan ramai sangat. Jika aktiviti itu bertindan, suka atau tidak mereka terpaksa juga bawa pelajar," katanya.

Guru di Kedah pula, Jasnie Nayan, berkata keadaan di sekolahnya lebih teruk kerana jika ada guru yang mengadu atau enggan menguruskan pelajar, mereka akan diugut oleh guru besar yang menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan, termasuk mengugut mereka boleh diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam.

Apa yang lebih mengecewakannya banyak aktiviti di kawasannya hanya dimaklumkan oleh PPD atau Jabatan Pelajaran Kedah (JPNK) melalui telefon dan apabila aktiviti itu selesai, proses membuat tuntutan sangat rumit kerana tidak ada surat rasmi.

"Jika ada surat sekalipun, ada aktiviti yang dianjurkan oleh agensi lain. Kami sebagai guru hanya mengikut arahan, apa lagi jika ia datang daripada PPD atau JPNK. Masalahnya, apabila ia aktiviti agensi lain, mereka kata PPD tak ada peruntukan untuk perbelanjaan itu. Guru juga yang teraniaya," katanya.

Guru di Cheras, Shamsiah Hanif, berkata meskipun dia tak pernah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk aktiviti sekolah, hampir semua aktiviti yang diuruskannya memerlukan pengorbanan kewangan daripadanya.

"Tidak lama lagi ada satu pertandingan tarian peringkat daerah. PPD hanya tahu menganjurkannya dan pihak sekolah pula mengarahkan guru menghantar pasukan. Masalahnya, nak menari mesti ada pakaian. Takkan menari pakai pakaian sekolah.

"Apabila berbincang dengan penolong kanan atau pengetua, mereka kata tak ada peruntukan. Cikgu carilah sendiri. Pening kepala memikirkannya. Nak sewa, mana nak cari duit. Nak tarik diri nanti diberi amaran," katanya.

Semua guru itu mahu kementerian bertindak segera mengatasi masalah berkenaan supaya guru tidak terus tertekan dan dapat melaksanakan aktiviti sekolah dengan lebih berkesan.

Tamat Berita


Di antara aktiviti pelajar yang banyak melibatkan kewangan sendiri
seperti pengangkutan, makan minum, peralatan dan sebagainya...
Kesungguhan guru-guru dan para pelajar mengharungi
cabaran tersebut bersama membuahkan
hasil yang memuaskan....






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails