Thursday, July 15, 2010

Kawad kaki lagi...

Salam,

Hari-hari berlalu semakin hari semakin sibuk. Masa semakin pendek rasanya mengejar segala urusan dan menyelesaikan tanggungjawab yang diberikan. Semalam hari yang sangat memenatkan. Biasalah, bila hari Rabu kan Kokum...waduh kena buat latihan kawad lagi. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dah bermula latihan ni. Penulis terlibat unit pengakap dan lebih menumpukan kepada pelajar menengah atas (sebab penulis memang mengajar menengah atas). Bukan apa senang sikit sabab ramai pelajar yang dikenali. Nampak gayanya cabaran kali ni ialah sebahagian mereka ni bukan daripada pelajar yang kurang cerdik (bukan kelas pandai la....) dan juga dari segi kekemasan diri agak 'rugged' (dengan baju kecik dan seluar sempit). Dari segi disiplin biasala, main langgar ajer....tetapi bagi penulis itu bukan masalahnya. Semua pelajar ada keunikan dan kelebihan masing-masing. Walaupun dari segi pandangan fizikalnya mereka ni nampak macam pelajar nakal dan degil, tetapi dengan penulis mereka nampak senang berkomunikasi dan boleh ditegur. Cuma nak kena dengan caranya jugak lah....jangan sampai mereka menjauhkan diri plak. Walaubagaimanapun ramai yang ok....cuma mereka ni kurang dominan.....

Setakat ini penulis berasa sangat senang apabila di samping mereka dan mereka memberikan komitmen 100% dalam latihan. Syukur alhamdulillah, walaupun nampaknya macam susah tapi sebenarnya tak berapa susah....heheheh

Setelah penat memantau dan menguruskan latihan kawad semalam, hari ada lagi latihan sehingga petang macam semalam. Waduh, letih semalam pun tak hilang lagi.......tapi oleh kerana tanggungjawab dan penulis happy dengan apa yang dilakukan sekarang, kira 'on' ajer la....lagipun santai jer la kan walaupun terpaksa ke Kota Kinabalu kerana urusan perniagaan dan pulang rumah hampir jam 12 tengah malam tadi.....
Apapun semoga kehidupan dapat diteruskan dan sentiasa santai dan ceria selalu.......

Gambar ni tiada kaitan dengan cerita kawad di atas, cuma ni jer gambar terkini yang jumpa dalam laptop. Gambar semasa Perkhemahan Agung Unit Beruniform SMK Membakut 2010 di Kem Malanggang, Kiulu. Kenangan terindah semasa kem ini memang tidak dapat dilupakan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails