Tuesday, July 27, 2010

Insentif SANTAI

Salam,

Hari ini berlalu ceria dan santai. Malam tadi penulis baru balik lebih kurang jam 1.30 pagi kerana menjemput ibu saudara penulis yang baru tiba ke Sabah dari Johor. Apa lagi, JJCM (jalan-jalan cari makan) la.... Selamat datang buat Makcik Lin dan Pakcik Nuar dan juga Makngah Yang. Semoga gembira dan santai dapat melancong ke Negeri di Bawah Bayu ni....

Kay la....hari ini adalah hari bertuah buat pelajar 2 Ixora kerana mentang-mentanglah dapat skor "A" dalam subjek Pendidikan Islam yang di ajar penulis masa Ujian Julai aritue....bukan main lagi menuntut hak mereka.... Sebagai orang yang memberikan janji manis (penulis la tu) terpaksa la dengan ikhlas hati menunaikan janji manis tersebut.... janjinya begini....

"Sapa dapat "A" dapat hadiah coklat yang paling lazat di dunia dan yang gagal akan dapat sebatan paling sakit di dunia...."

Mungkin dari situ datang sedikit usaha dari mereka untuk belajar sunguh-sungguh (rasanya la) sebab takut kene belasah dengan ust garang.... ungkapan "tiada maaf bagimu..." sudah menjadi trade mark penulis semasa sesi pengajaran.... bukan apa...kalau tak takdernyer nak serius belajar.... asyik maaaaaaain jer....!!!

Apa pun sekali lagi sekalung tahniah buat semua pelajar yang berjaya mengelakkan diri dari sebatan tersebut... (rugi tak dapat rotan...) Semoga ianya menjadi pemangkin kepada semua pelajar untuk terus melakar kejayaan untuk diri sendiri....

Untuk melihat gambar sila klik sini atau klik gambar:



Satu lagi, semalam macam mana ntah tetiba lak terbuak short movie pakai picasa. Memula trial n error jer, pastu jadik syiok plak....layan jer la.... ni hasilnya...



Kalau nak kritik pun penulis terima dengan hati terbuka....semua ini dilakukan kerana penulis sayangkan semua anak didik penulis....I luv u all....muaahhhh....walaubagaimanapun, rotan tetap rotan......heheheh

Selamat santai....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails