Monday, July 6, 2009

Renungan Santai : Kepimpinan melalui teladan

Salam,

Hari ni hari Isnin, biasanyer kalau di sekolah mesti ada perhimpunan. Tetapi di tempat baru ni hari ni ada kejutan besar.....Ada pemeriksaan menyeluruh penampilan pelajar, terutama penampilan rambut pelajar lelaki.....Jadi di atas arahan bonda pengetua semua pelajar lelaki berkumpul di hadapan pejabat atau di tempat letak kereta untuk pemeriksaan tersebut.

Keadaan sewaktu semua pelajar berkumpul....

Penulis turut keluar dari bilik guru apabila semua guru berada di luar. Nampaknyer semua guru memainkan peranan masing-masing. Taklimat ringkas dilakukan kepada semua guru lelaki dan bonda pengetua juga nampaknyer turut serta bersama para guru meninjau rambut pelajar.....


Taklimat oleh Ketua Guru Disiplin





Kerjasama semua guru....ramai juga tukang gunting ni....

Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah di samping kerjasama di antara semua guru, bonda pengetua selaku 'big boss' tidak berpeluk tubuh menjadi pemantau sahaja. Beliau juga turut bersama memegang gunting dan memotong rambut pelajar....Betullah kata pepatah "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" apabila seseorang ketua itu sendiri menunjukkan contoh dengan melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang bawahannya, maka orang bawahannya yang tidak melakukan apa yang telah ditunjukkan oleh orang atasannya seharusnya merasa malu. Ini kerana memang susah untuk orang yang berada di atas untuk melihat ke bawah, seolah-olah merendahkan dirinya.....orang yang merendah diri ini mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan seharusnya dan sememangnya layak diberikan penghormatan sewajarnya.....


Tangan memegang gunting....tangan siapa ni...???


Kepimpinan melalui teladan....

Jadi, bukanlah tujuan penulis untuk memuji berlebih-lebihan kepada boss baru penulis, cuma berkongsi cerita dan pengalaman kehidupan. Apa yang baik itu ambil sebagai teladan, dan sekiranya ada perkara yang tidak baik itu adalah datangnyer dari kelemahan penulis sendiri selaku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan......

Kepada pembaca dan pengunjung setia blog santai....lama dah tak dengar komen....jangan malu-malu bah mengomen...terutama kepada 'silent reader'.....kongsilah pandangan anda di sini....samada yang baik atau yang buruk....

Akhir kata....salam santai....


10 comments:

ShamsulHusry said...

slm...nah salah seorg silent reader ingin mengomen. Memang sah lah blogger 'SANTAI' memang up2date dan otai blogger.

Anonymous said...

Sy pun slh sorang peminat blog santai...Selain dpt info terkini, santai jg turut mempromosi aktiviti sekolah yang mungkin bole dijadikan contoh kpd sekolah2 lain...Kalu nak tau...big boss kita nie mmg tak prnh ketinggalan turun padang pd setiap aktiviti...mmg patut trima pujian la...itu antara sikapnya yg buat kami hormat dan kagum...

Takilala said...

huhu..best best.. back to 1994, benda yg sama berlaku ke atas diri gua, tempat yg sama, waktu yg sam gak rasanya..huhuhu

Tuan rumah santai said...

Tuan Samsul : jumpa juga akhirnya dengan 'silent reader'...mungkin ada lagi ni..mana ya...

Anonymous : terima kasih kerana meinati blog santai ni...truskan melayari blog ini...dan kalo tak keberatan bagi nickname skit...contoh - jejaka ker, takilala ker....

Takilala : sejarah berulang kembali...

LanzNY said...

hebat sekolah ko ni man. bagi cg potong rambut budak. Pengetua sendiri yg buat takde hal le cg lain.. ni kang nak potong rambut pun cg takut...pastu kalu cg potong parent dtg komplen tanggung sendiri le cg yg potong tu....tabik le kat pengetua ko...

Tuan rumah santai said...

Gitulah hebatnyer pengetua baru aku ni Lan...tu orang cakap sekolah baru ni seribu rahmat buat aku....dapat boss prihatin dan bekerja....

afaa said...

paklong..danialtakde rambut..dah botak...tak boleh nak kena guntingg..

Paklong Daniel said...

Dah paklong tgk kepala botak daniel...kim salam kat mak bidan tu yer...satu lagi kim salam sumer ayah, ummi, mak tok, tok ayah, tok wan ngan tok...

insan pendidik said...

Salam,
Kat sana mungkin gunting rambut pelajar bukan isu besar, Tapi di KL boleh jadi isu besar. Sekadar berkongsi pandangan dari segi peraturannya salah. Tapi, di sini pun guru gunting rambut pelajar. Tapi kalau pelajar berkeras kita hubungi penjaga minta kebenaran. Biasanya ibu bapa benarkan tapi potongannya biarlah molek. Tengok juga budaya masyarakat di satu-satu tempat kdgkala ada yang tak boleh terima.

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

hihi..
kna poTong raMbut,,...
hihi..
buguSnya...
kalulah kna at kaT sKla kTa.
lahbdaK lelaki caut lar..
ndak gakdorang btapuk...
kakakaka....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails