Monday, June 22, 2009

Pesta Gambus Zon Membakut 2009

Kerana minat...terpaksa mengorbankan cuti di hujung minggu....

Salam,

Bertemu kembali setelah beberapa hari menyepi....sibuk sangat skrg ni...tambahan plak nak ke sekolah baru...kene siapkan kerja-kerja tertunggak utk penyerahan tugas sebelum 1 Julai....

Oklah...kelmarin satu panggilan di pagi hari memecah kesunyian pagi minggu....

"Bos...cepat pakai baju silat hitam siap bengkung, samping dan songkok...hari ni kena bertugas jadi juri....kami tak cukup orang ni....
"

Adedei....dahla pagi minggu...org baru nak bersantai atas katil menikmati kenikmatan bermalas-malasan di pagi minggu.....ada pulak orang calling-calling...hmm........ Oleh kerana yang panggil tu sahabat karib dan juga kenal lama (sebagai wasit/juri silat) maka penulis pun bersiaplah seperti diminta ke Dewan Masyarakat Kg. Pimping, Membakut....

Sampai jer di sana, agak ramai jugak la orang meninjau Pertandingan Seni Silat sempena Pesta Gambus 2009 Peringkat Zon Membakut melibatkan PMBS (Persatuan Masyarakat Melayu Berunei-kalau tak salah la...) ......wah...ramainyer....terus tangan ditarik dan duduk di tempat VIP (best jugak la...he..he..he..) Kat situ ada dua ahli Dewan Pendekar PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) iaitu Mahaguru Nayan dan Mahaguru Aliamat dan dua sahabat karib wasit/juri silat Beaufort iaitu Cikgu Anuar dan Cikgu Raisah....

Apa lagi, mereka memanggil kerana dua juri tidak mencukupi untuk mengadili pertandingan silat dan untuk mengelakkan "bias" mereka memerlukan tiga juri....so, on saja lah.... Apa yang menariknyer ialah bila tengok senarai peserta wiragana (silat seni ) solo semuanyer anak murid kecuali dua tiga orang....apa lagi senyum dan gembira jer la dalam hati...tapi mereka bukan mewakili sekolah...kali ini mereka mewakili kampung masing-masing iaitu Kg. Brunei dan Kg Binsulok.....

Peserta cilik antara yang menarik perhatian....

Peserta 'favorite' mempersembahkan seni silatnya....

Buka langkah...

Keadaan nampak lebih menarik apabila kedua-dua Mahaguru silat tersebut mempersembahkan langkah buka gelanggang sebelum pertandingan bermula....rasa bangga timbul di hati apabila semakin ramai orang berminat dengan seni pusaka bangsa Melayu ini dan seni ini diwarisi turun -temurun daripada golongan tua, dewasa, remaja hinggalah kepada anak-anak kecil....

Pertandingan silat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, pesilat menunjukkan kehebatan masing-masing di gelanggang membawa identiti persatuan kampung mereka. Pemimpin-pemimpin masyarakat nampak berbangga dengan persembahan anak-anak muda dan orang ramai yang berkunjung juga nampak gembira menyaksikan persembahan.

Begitulah hari minggu kali ini berlalu....petang baru dapat bersantai dengan keluarga...

Sekian dulu jumpa lagi nanti....

Selamat santai...


Saturday, June 20, 2009

Misi yang belum selesai....

Salam,

Alhamdulillah, hati ini sudah mula menerima hakikat bahawa tidak akan berada lagi di SMKM II tidak lama lagi. Surat yang diterima bertarikh 17.06.09 membenarkan khabar angin yang berlalu dan amat menyedihkan kerana hari itu merupakan hari bersejarah dalam hidup (birthday isteri), tapi tidak mengapa.... mungkin hadiah hari jadi buat isteriku.....sebab dapat bersama dengannya selepas ini....

Sebenarnya untuk makluman pengunjung yang tertanya-tanya apa citer sebenar....citernyer simple...."DIPINDAHKAN"... sebab apa dipindahkan, kerana penulis tidak memohon..... tidak ada hjan, ribut dan taufan melanda....keadaan amat tenang di SMKM II, tak tau la.... sebab penulis sibuk dengan SAGA masa cuti aritue....mula-mula hanya terdengar khabar angin mengatakan daripada 5 guru yang bakal berpindah dari SMKM II, 3 daripadanya memohon untuk berpindah dan 2 lagi "dipindahkan" atau dalam erti kata lain terkeluar dari senarai guru SMKM II. Wah....sapa lagi 2 tu...memang menjadi misteri...sebab tidak pernah ada apa-apa makluman, cerita atau perkhabaran tentang ini....jadi pada mulanya penulis tidak ambil kisah sebab rasanya memang tidak ada masalah dengan sesiapa setakat ini....masalah sebelum ini telahpun diselesaikan secara baik dan hikmah dengan mereka yang terlibat.....

Lagipun sebenarnya perpindahan ini merupakan perpindahan seribu rahmat sebab buang no II jer.....Kebetulan pula sekolah baru ini hanya di belakang rumah dan isteri pula memang mengajar di sana....

Okay, cerita pindah habis di situ.... penulis tidak sedikit pun kisah kena berpindah sekolah walau ke mana sahaja.... Kalau nak ikutkan Sabah ni pun dah cukup jauh dari kampung halaman.....kalau setakat hantar ke hujung Sabah pun rasanya sama sahaja....tul tak....??? kecualilah hantar ke Afrika ker, Sudan ker, Nicaragua ker........tul tak.....???

Apa yang menyedihkan hati ini ialah terpaksa meninggalkan mereka yang tersayang tanpa menyudahkan perkara yang sudah dimulakan...bak kata orang "misi belum selesai."...memang penulis ada bercadang untuk memohon balik ke semenanjung hujung tahun ini selepas selesai semua misi untuk tahun ini...tapi apa kan daya...kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukannya.....

Hati ini sedih apabila terpaksa meninggalkan kelas yang akan menghadapi PMR dan SPM, bayangkan sudah separuh jalan dan secara terus terang penulis berpendapat tahun ini memang boleh mencipta sejarah melakar kejayaan....Banyak sudah aktiviti terutama bagi subjek Pendidikan Islam yang penulis sendiri bersama dengan pelajar di antaranya Program Praktikal Sembelihan I dan Praktikal Sembelihan II (dua kali tu...), Praktikal Lambaian Kaabah dan Praktikal Pengurusan Jenazah. Tujuannya untuk memantapkan pemahaman pelajar dan memberi ruang pelajar merasai sendiri pengalaman melakukan perkara tersebut di mana tidak ramai orang dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti seumpamanya.....di samping PnP di kelas....

Antara gambar kenangan yang tak akan dilupa..... Lambaian Kaabah....

Hati ini juga turut bersedih apabila terpaksa meninggalkan budak-budak pengakap.....susah senang bersama sebelum ini dalam beberapa perkhemahan yang meningggalkan banyak kenangan manis tidak akan dilupakan....nampaknya tak dapatlah bersama mereka lagi dalam melakukan aktiviti pengakap lagi......

Banyak aktiviti pengakap bersama scout 06 SMKM II

Yang paling menyedihkan hati ini ialah berkenaan SILAT. Pada hari Isnin minggu ini di perhimpunan rasmi sekolah penulis baru sahaja menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang mengharumkan nama sekolah di SAGA IV 2009, Sandakan....kami berasa bangga melakar kejayaan dengan membawa pulang 7 pingat untuk kontinjen Beaufort....tapi malangnya itu tidak memberi makna apa-apa............dengan silat bukan itu sahaja....minggu depan 23.06.09 Kejuaraan Pencak Silat antara Sekolah-Sekolah Peringkat Zon Beaufort dan 01.07.09 peringkat negeri Sabah di Tawau...semua persediaan sudah bermula dari awal tahun lagi.......(sila rujuk posting label "silat" untuk cerita berkaitan silat) Nampaknya para pesilat sudah semakin kurang semangat, bukan sahaja pesilat malah rakan guru juga terkesan......namun penulis tetap memberi semangat kepada mereka walaupun hati ini berat menanggung penderitaan kesedihan bersendirian.....

Para atlet SAGA IV, Sandakan 2009 dari SMKM II

Untuk kalian semua samada pelajar PMR & SPM, kumpulan PENGAKAP dan para PESILAT ribuan ampun dan maaf dipinta kerana kita tidak dapat bersama lagi....dan pemergian ini bukan dipinta.....teruskan PERJUANGAN dengan terus melakar kejayaan dan mencipta sejarah buat sekolah dan buat diri sendiri.... Diharapkan agar semangat kalian tetap utuh dan teguh untuk terus berjuang tanpa menjadikan perpisahan ini sebagai satu halangan.....Doa dariku agar ukhuwah yang terjalin akan kekal abadi dan kenangan bersama selama ini akan kekal diingatan.....

Kepada rakan-rakan guru.....jangan takut kepada kebenaran...berkatalah benar walaupun ianya pahit dan jauhi sifat-sifat munafiq yang mana ciri-ciri munafiq itu sepertimana disebut dalam hadis ada tiga iaitu apabila diberi amanah ia khianat, apabila berkata ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan ada riwayat lain apabila berkelahi ia berlebih-lebihan.....

Sesungguhnya dugaan ini tidak seberapa jika dibanding dengan perjuangan Rasulullah S.A.W. yang diperintah berhijrah ke Habshah dan Madinah dan berhadapan dengan bangsanya sendiri dalam keadaan Jahiliyah.....teruskan mendidik anak bangsa dan meneruskan perjuanganku yang tidak selesai.......

Sebelum menutup bicara, mohon sejuta kemaafan sekiranya ada bahasa yang mengguris mana-mana pembaca. Sesungguhnya penulis langsung tidak berniat memburukkan sesiapa dan hanya bercerita tentang diri sendiri sahaja tidak berkaitan dengan orang lain.... (takut ada salah faham berkaitan blog seperti sebelum ini...) Blog ini bukan medium untuk memburukkan sesiapa melainkan mencatat perasaan pemilik blog ini....itu sahaja....

Akhir kata, mohon maaf kepada semua dan terima kasih di atas segalanya......

Harap pengunjung sentiasa ceria dan santai...

Penulis sentiasa santai.....

Wassalam....




Wednesday, June 17, 2009

KENYATAAN....!!!


Salam,

Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.....

Sabar dan redho....

Untuk melayan perasaan sila klik SINI

Selamat santai.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails