Thursday, July 15, 2010

Kawad kaki lagi...

Salam,

Hari-hari berlalu semakin hari semakin sibuk. Masa semakin pendek rasanya mengejar segala urusan dan menyelesaikan tanggungjawab yang diberikan. Semalam hari yang sangat memenatkan. Biasalah, bila hari Rabu kan Kokum...waduh kena buat latihan kawad lagi. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dah bermula latihan ni. Penulis terlibat unit pengakap dan lebih menumpukan kepada pelajar menengah atas (sebab penulis memang mengajar menengah atas). Bukan apa senang sikit sabab ramai pelajar yang dikenali. Nampak gayanya cabaran kali ni ialah sebahagian mereka ni bukan daripada pelajar yang kurang cerdik (bukan kelas pandai la....) dan juga dari segi kekemasan diri agak 'rugged' (dengan baju kecik dan seluar sempit). Dari segi disiplin biasala, main langgar ajer....tetapi bagi penulis itu bukan masalahnya. Semua pelajar ada keunikan dan kelebihan masing-masing. Walaupun dari segi pandangan fizikalnya mereka ni nampak macam pelajar nakal dan degil, tetapi dengan penulis mereka nampak senang berkomunikasi dan boleh ditegur. Cuma nak kena dengan caranya jugak lah....jangan sampai mereka menjauhkan diri plak. Walaubagaimanapun ramai yang ok....cuma mereka ni kurang dominan.....

Setakat ini penulis berasa sangat senang apabila di samping mereka dan mereka memberikan komitmen 100% dalam latihan. Syukur alhamdulillah, walaupun nampaknya macam susah tapi sebenarnya tak berapa susah....heheheh

Setelah penat memantau dan menguruskan latihan kawad semalam, hari ada lagi latihan sehingga petang macam semalam. Waduh, letih semalam pun tak hilang lagi.......tapi oleh kerana tanggungjawab dan penulis happy dengan apa yang dilakukan sekarang, kira 'on' ajer la....lagipun santai jer la kan walaupun terpaksa ke Kota Kinabalu kerana urusan perniagaan dan pulang rumah hampir jam 12 tengah malam tadi.....
Apapun semoga kehidupan dapat diteruskan dan sentiasa santai dan ceria selalu.......

Gambar ni tiada kaitan dengan cerita kawad di atas, cuma ni jer gambar terkini yang jumpa dalam laptop. Gambar semasa Perkhemahan Agung Unit Beruniform SMK Membakut 2010 di Kem Malanggang, Kiulu. Kenangan terindah semasa kem ini memang tidak dapat dilupakan....

Saturday, July 10, 2010

Bosan....tapi ok gak aa....

Salam,

Sebenornyer penulis tak tahu apa menda yang nak ditulis. Banyak sangat perkara yang bermain di kepala skrang ni. Dalam bulan ni jugak ada beberapa rezeki yang tak di sangka-sangka masuk antaranya sewa gen2, duit projek di weston masuk, projek singapore berjalan lancar, gaji Public Mutual besar sari sangkaan dan dapat offer pulak jadi warden (sbb warden sedia ada naik pangkat pindah sekolah lain). Bukanlah nak berbangga plak banyak projek dan income, cumer kecil-kecilan menampung kehidupan yang serba moden ni. Kata orang kena la multiple income atau banyak kepala paip.

Walaupun sekarang ni dari segi kewangan penulis dan sekeluarga agak stabil, tapi penulis selalu teringatkan kata mak mertua penulis yang selalu menginngatkan "takper dapat sikit bior berkat, dapat banyak kalau tak berkat pun tak guna....cepat habis...". Jadi sekarang ni penulis memang banyak bersukur pada Allah atas segala nikmat kurniaanNya.

Apasal lak citer pasal duit jer ni....bukan apa, sekarang ni orang kiri kanan penulis semuanya sibuk buat bisnes. Kalau bisnes betul-betul menjual tak apa, tapi bisnes meramaikan orang memasuki bisnesnya. Ntah la....keadaan agak mendesak agaknya sekarang....penulis bukan apa, pernah terjebak beberapa kali dan rasanya cukuplah cudah setakat ini dahulu....bukan apa, rasa macam menindas orang yang masuk kemudian....dorang mengharap dapat sesuatu tapi sebenornya abis di kikis oleh orang yang di atas.....kalau buat insuran atau unit amanah lain skit sebab kita betul mencari orang dan menjual produk insuran atau unit amanah dan dibayar komisyen/upah berdasarkan bayaran yang dibuat.....tul tak...???

Kebetulan dah tercerita pasal Public Mutual ni, petang semalam penulis singgah di ofis di KK dan nampak di papan kenyataan. Walaupun 'sales' penulis kurang untuk bulan ni tapi nama tetap naik sebab perunding di bawah bimbingan penulis perform bulan ni....

Ni la pengubat kebosanan, ada la skit walaupun di hujung tanduki....heheheh

Sekian dulu buat kali ni....

Jumpa lagi nanti....

Wednesday, July 7, 2010

Lama tak bersua

Salam,

Bertemu kembali di arena santai. Punya lama dah menulis. Blog pun dah bersawang. Tapi sejak akhir -akhir ni semakin ramai plak pengunjung ke blog santai ni. Mungkin sebab penulis masukkan "LinkWithin".... ala, yang ada tulis anda mungkin meminati....di hujung setiap posting tu....pastu ada gambar pulak. Mungkin itu yang menarik perhatian agaknya. Apapun penulis santai rasa bersyukur sebab blog ni masih beroperasi.....

Buat masa ni tak tau nak cerita apa sebab terlalu banyak peristiwa yang dilalui semenjak dua menjak ni....macam-macam....semuanya santai belaka hingga tak berkesempatan nak masukkan citer dalam blog ni. Tapi takper, nanti pelan-pelan jika ada masa terluang memang akan dimasukkan juga walaupun dah lama peristiwa tu berlaku. Boleh jadikan dia kenangan betul tak....??? heheheheh

Ok, lah nanti kita sambung lagi...yer...

Takder gambar lawa....gambar gebu ni pun jadik la yer....heheheh
(gambar terkini masa jadik juri silat pesta gambus zon membakut 3 Julai lalu)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails