Salam,
Hari ni hari Isnin, biasanyer kalau di sekolah mesti ada perhimpunan. Tetapi di tempat baru ni hari ni ada kejutan besar.....Ada pemeriksaan menyeluruh penampilan pelajar, terutama penampilan rambut pelajar lelaki.....Jadi di atas arahan bonda pengetua semua pelajar lelaki berkumpul di hadapan pejabat atau di tempat letak kereta untuk pemeriksaan tersebut.
Keadaan sewaktu semua pelajar berkumpul....
Penulis turut keluar dari bilik guru apabila semua guru berada di luar. Nampaknyer semua guru memainkan peranan masing-masing. Taklimat ringkas dilakukan kepada semua guru lelaki dan bonda pengetua juga nampaknyer turut serta bersama para guru meninjau rambut pelajar.....
Taklimat oleh Ketua Guru Disiplin
Kerjasama semua guru....ramai juga tukang gunting ni....
Apa yang penulis ingin tekankan di sini ialah di samping kerjasama di antara semua guru, bonda pengetua selaku
'big boss' tidak berpeluk tubuh menjadi pemantau sahaja. Beliau juga turut bersama memegang gunting dan memotong rambut pelajar....Betullah kata pepatah
"KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" apabila seseorang ketua itu sendiri menunjukkan contoh dengan melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang bawahannya, maka orang bawahannya yang tidak melakukan apa yang telah ditunjukkan oleh orang atasannya seharusnya merasa malu. Ini kerana memang susah untuk orang yang berada di atas untuk melihat ke bawah, seolah-olah merendahkan dirinya.....orang yang merendah diri ini mempunyai harga diri yang sangat tinggi dan seharusnya dan sememangnya layak diberikan penghormatan sewajarnya.....
Tangan memegang gunting....tangan siapa ni...???
Kepimpinan melalui teladan....Jadi, bukanlah tujuan penulis untuk memuji berlebih-lebihan kepada boss baru penulis, cuma berkongsi cerita dan pengalaman kehidupan. Apa yang baik itu ambil sebagai teladan, dan sekiranya ada perkara yang tidak baik itu adalah datangnyer dari kelemahan penulis sendiri selaku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan......
Kepada pembaca dan pengunjung setia blog santai....lama dah tak dengar komen....jangan malu-malu bah mengomen...terutama kepada 'silent reader'.....kongsilah pandangan anda di sini....samada yang baik atau yang buruk....
Akhir kata....salam santai....