Friday, July 3, 2009

Santai sesantainyer......

Salam,

Alhamdulillah, semalam puas melayan FB dan membaca berita-berita terkini dari pelbagai sumber....untuk hari ni nak layan macam semalam rasa macam rugilah pulak.....sekali-sekala bolehlah....hari ni kena lebihkan pengisian rohani pulak.....

Jadual mengajar masih belum diperolehi kerana masih ada urusan melapor diri dari guru yang sepatutnya melapor masih belum selesai....jadi apa lagi, jadi guru relief (guru ganti) jer la.....apa pun penulis okay saja bah.....memang terasa sudah 'gian' mengajar....maklumlah seminggu dah rileks......



Slip tugasan guru ganti kelmarin....beserta tugasan.....


Slip tugasan guru ganti.....hari ini...

Nampaknyer pengurusan di sini amat sistematik berbanding dengan pengalaman penulis sebelum ini. Bukanlah niat penulis hendak membandingkan sekolah tetapi apa yang baik yang boleh dikongsi harus diterima dengan baik untuk tujuan penambahbaikan.......

Minda penulis juga semakin terbuka apabila berada di sini bersantai bersembang bersama rakan guru berkenaan pendidikan dan PIBG terutama apabila minum bersama dengan Cikgu Farina selaku orang kuat PIBG, begitu juga dengan rakan guru lain bila bercerita berkenaan sukan, agama, bisness, pengurusan dan sebagainya....syukur alhamdulillah....

Sesekali teringat kat anak-anak murid di SMKM II....sapalah yang mengajar dorang menggantikan penulis....kerana di sana pun kurang juga guru agamanya.....setakat makluman dari rakan guru di sana...mereka terpaksa digabungkan kerana tiada guru mengajar....harap mereka memberikan keputusan yang terbaik......

Akhir kata, selamat santai bersama penulis di blog ini.....

Salam santai....


Thursday, July 2, 2009

Lawak Santai

Salam,

Sekadar bersantai sambil membaca cerita lawak........

Lawak santai 1 :
Sorang jer....?

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

-------------------------------------

Lawak santai 2 :
Jangan menyebok

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas.

Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga :

"Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi :

"Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas :

"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi :

"Bila kau nak gerak ni??".

Aku selamba jer kata :

"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata :

"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Selamat santai...


Wednesday, July 1, 2009

Mukhayyam dan Jamuan Perpisahan Pengakap 06

Salam,

Program Mukhayyam Bahasa Arab


Hari ini penulis melapor diri di sekolah baru, oleh kerana jadual masih belum diperolehi maka sempat jugalah penulis berkunjung ke salah satu Program anjuran bersama Panitia Bahasa Arab dan Panitia Pendidikan Islam iaitu Program Mukhayyam Bahasa Arab PMR Peringkat SMK Membakut 2009.


Program ini berlangsung selama 2 hari bermula kelmarin 30 Jun 2009 hingga hari ini 01 Julai 2009. Seramai 20 orang pelajar tingkatan 3 kelas KAA (Kelas Aliran Agama) SMK Membakut telah terlibat mengikuti program ini. Kesemua GPI (Guru Pendidikan Islam) turut serta sebagai AJK Pelaksana dan Pemudahcara bagi program ini. Mereka terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Arab Ustazah Haslindawati Derahman, Ustaz Jaafar Ma'arif selaku guru matapelajaran Bahasa Arab tingkatan 3 merangkap Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Mazlan Mulok, Ustazah Adibah Mat Jusoh dan juga Ustazah Khairulasma Shapiai. Penulis juga turut membantu sikit-sikit jer la sebagai jurugambar tak bertauliah....hehehe....


Ustaz Jaafar berbincang dengan pengerusi majlis

Ustaz Mazlan sedang melatih nasyid

Di antara orang yang bertungkus-lumus mengurus program
Dari kiri Ustzh Adibah, Ustzh Haslinda dan Ustzh Khairulasma

Majlis Penutupan Program Mukhayyam Bahasa Arab


Antara aktiviti yang sempat penulis tinjau adalah latihan nasyid dan juga perbincangan resolusi berkenaan program ini. Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh PK Pentadbiran iaitu En. Ag.ku Johari Pg. Abu Bakar mewakili Puan Mozidah Hamzah, Pengetua SMKM yang tidak dapat hadir di saat akhir kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Turut meraikan majlis ialah PK Kokum En. Awang Hj Latif dan jurugambar bertauliah lagi professional Cikgu Khairul Anuar........

Di antara perkara menarik yang penulis dapat lihat semasa program ini berjalan ialah semangat kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dan mantap (pinjam perkataan Mr. Lain Kok Chung...) di antara semua guru-guru terlibat, para pentadbir dan juga para peserta kursus. Peserta kursus terbaik sepanjang program ini telah disandang oleh adik Mohd Farid Helmi bin Dali....tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat....Mabruk A'laikum....

Jamuan Perpisahan Pengakap 06

Tepat jam 3:00 petang tadi iaitu waktu kokum rasmi unit beruniform SMKM II, penulis telah memenuhi jemputan untuk meraikan Jamuan Perpisahan Pasukan Pengakap 06 SMK Membakut II. Nampaknyer sayang jugaklah geng-geng pengakap ni kepada penulis yer....di saat akhir begini pun sempat juga mengadakan majlis perpisahan walaupun secara sederhana.

Jamuan dimulakan dengan istiadat perjumpaan pengakap seperti biasa, nyanyian lagu negaraku dan juga bacaan doa. Selepas taklimat ringkas oleh Pen. Pesuruhjaya Daerah Membakut merangkap guru penasihat iaitu Cikgu Ali Rahman Hj Kachi kami terus ke kantin di mana jamuan diadakan.


Istiadat perjumpaan pengakap seperti biasa


Ucapan dan amanat terakhir oleh orang yang diraikan....ceewaaahhh....


Pengampaian cendera kenangan


Nyam...nyam....nyaman....

Wah...meriah sungguh bebudak pengakap ni...siap beberapa kali tepukan pengakap dan tepukan semangat bergema memecah keheningan petang meraikan penulis yang telah menjadi milik orang lain......uacapan dimulakan oleh Pengerusi Persatuan Pengakap adik Mohd Naim Abdullah, disusuli oleh Cikgu Abdul Manaf Abdullah (bukan adik-beradik aa...) selaku Ketua Guru Penasihat dan penulis selaku orang yang diraikan.....

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan guru pengakap yang hadir iaitu Cikgu Ali Rahman, Cikgu Manaf, Cikgu Lee Swee Eng, Guru Pelatih Cikgu Ridzuan dan Cikgu Qistimona dan juga AJK tertinggi persatuan yang bersusah payah mengadakan jamuan mengingati sumbangan penulis yang tidak seberapa ini......kenangan dan memori indah bersama kalian tetap diingatan terutama sewaktu perkhemahan, kawad dan latihan koir yang telah menjadi johan di peringkat sekolah selama 4 tahun berturut-turut. Teruskan kecemerlangan bersama pengakap dan amanat penulis terakhir....."Once a scout, always a scout...."

Untuk akhirnya, penulis hari ini memang berasa gumbira dan bersyukur kerana melalui hari ini dengan penuh ceria....

Teruskan melayari blog santai....

Salam santai buat semua....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails