Showing posts with label sembelihan 2. Show all posts
Showing posts with label sembelihan 2. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

Gambar-Gambar Praktikal Sembelihan Fasa II

Salam,

Di atas permintaan para pelajar yang terlibat dalam aktiviti Program Praktikal Sembelihan Fasa II tempoh hari, maka dengan ini bersantailah bersama kenangan dan memori indah yang tak akan dapat kita lupakan. Semoga memberikan kefahaman yang mendalam berkenaan tajuk ini yer.... dan sesiapa yang berminat nak ambil gambar dipersilakan dengan segala hormatnya.....free jer...

Selamat bersantai





Untuk membaca semula posting tersebut sila klik sini





Wednesday, May 6, 2009

Program Praktikal Sembelihan Fasa II 2009


Salam,

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi aktiviti Program Praktikal Sembelihan Fasa II 2009 melibatkan para pelajar tingkatan 5 SMK Membakut II telah dapat dijalankan dengan jayanya. Terdapat 4 kelas tingkatan 5 terlibat dalam aktiviti ini iaitu 5 Ibnu Khaldun (5IK), 5 Ibnu Sina (5IS), 5 Ibnu Qayyum (5IQ) dan 5 Ibnu Taimiyyah (5IT). Aktiviti ini berlangsung mulai jam 10:00 pagi (selepas waktu rehat) hingga jam 1:20 tengahari.



Membuat persediaan awal sebelum memulakan aktiviti

Aktiviti fasa II ini dijalankan atas permintaan pelajar tingkatan 5 kepada bonda pengetua SMK Membakut II. Terdapat beberapa orang guru juga singgah memantau dan meninjau tapak sembelihan serta memeriahkan suasana antaranya Cikgu Rosley Ajam, Cikgu Husaini, Mr. Lain Kok Chung, Cikgu Akhriee (PK Kokum) dan Ustazah Shaharoom.

Terdapat 15 ekor ayam menjadi korban aktiviti ini berbanding fasa I sebanyak 20 ekor. Kali ini cuma satu ekor sahaja yang tidak memenuhi syarat iaitu tidak putus betul urah murihnya. Apa boleh buat...adat belajar la kan...bukan terus jadi betul....kira ok la...yang fasa I haritu 2 ekor tidak cukup syarat.



Kerja-kerja awal dijalankan sebelum taklimat dimulakan

Para pelajara dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Taklimat awal serta ulangkaji ringkas dijalankan oleh penulis selaku guru mata pelajaran Pendidikan Islam bertanggungjawab. Para pelajar diingatkan semula mengenai rukun sembelihan dan juga syarat-syarat sah sembelihan. Begitu juga dengan perkara-perkara sunat sembelihan. Mereka nampaknya sudah mengulangkaji awal di rumah mungkin kerana terlalu excited untuk mengikuti aktiviti sembelihan ini.

Jurugambar professional menjalankan tugasnya....



Demonstrasi dan kemudian praktikal....



"Apa yang penting kerjasama...."

Memang semangat, kesungguhan dan kerjasama mantap di kalangan pelajar dapat dilihat semasa mengikuti aktiviti ini. Masing-masing memainkan peranan mereka dan alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku.



Meriah suasana aktiviti praktikal sembelihan di tempat pemanggangan.......

Matahari memang panas terik sebab waktu pun dah hampir tengahari. Walaubagaimanapun, pelajar bersama-sama memanggang ayam sembelihan di tempat yang disediakan.



"Ustaz...jemput testing kami punya..."

Amacam....terliur tak tengok persembahan pelajar....? simple tapi sangat menarik...

Apa lagi, diminta merasa kitapun layanlah...agar tidak menghampakan....



"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari....." menjadi kenyataan

Pepatah melayu memang diambil daripada pengalaman hidup manusia. "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...." memang betul-betul terjadi. Dalam keadaan yang panas terik...tetiba hujan lebat...tapi hujan tak lama. Lebih kurang 5 - 10 minit jer....Apa lagi, berlarian lak anak-anak ni menyelamatkan diri daripada air hujan. Kesian kepada kumpulan yang baru jer menghidupkan api sebab dah crowded sangat di tempat memanggang yang disediakan...lenjun dibasahi air hujan....

Walaubagaimanapun, ada juga kumpulan yang masih meneruskan usaha memanggang ayam mereka walaupun ada yang sudah kecewa dan membuat keputusan menghantar ayam mereka ke kantin jer. Sebagai guru, memang respek la kat kumpulan pelajar yang meneruskan juga usaha mereka itu walaupun hujan mulai turun renyai-renyai semula. So, kami (bersama Ustazah Juliah yang turut di tempat kejadian) memberi semangat kepada pelajar-pelajar tersebut.


Tekun menggoreng ayam sembelihan....masak aper tu ekk....?

Macam-macam jenis teknik masakan dipersembahkan. Arahan asal suruh panggang jer...senang urusan. Tetapi para pelajar ni memang kreatif dan inovatif....ada yang panggang seketul ayam, buat masak kicap, goreng kunyit dan yang paling menarik sekali buat sate brunei....SATE....mantap betul bebudak nih....rasa pun memang sedap...kalau anda rasa memang terangkat.....



Seronok santai dan menjamu selera bersama

Aktiviti ini berakhir dengan bacaan doa selamat dan menjamu selera bersama-sama setelah penat bertungkus-lumus 'mengusai' ayam sembelihan. Tahniah kepada semua para pelajar yang terlibat. Semoga aktiviti ini memberikan kenangan yang sangat indah disamping memperkukuhkan pengetahuan Islam mereka terutama bagi tajuk sembelihan serta merapatkan lagi ukhuwah antara guru dan pelajar.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah terutama bonda pengetua kerana memperkenankan permintaan anak-anak SMK Membakut II.

Begitulah serba sedikit coretan aktiviti untuk hari ini. Kepada semua pengunjung juga diharapkan selesa bersantai dengan blog santai ini.....

Selamat santai...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails