Hari ini sementara mengemas rumah nak menyambut salah seorang rakan lama (masa sekolah dulu) dari KL bersama keluarganya, penulis sempat bermain-main dengan ulead studio gambar Sambutan Kemerdekaan k2 52 SMK Membakut atau lebih tepat Program Jelajah Merdeka. Biasalah menggunakan kreativiti yang tak seberapa ni, dan sekadar enjoy menghiburkan diri sendiri maka inilah hasilnya....jangan mara aa...
Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts
Showing posts with label jelajah merdeka. Show all posts
Saturday, August 15, 2009
Thursday, August 13, 2009
Sambutan Kemerdekaan SMKM 2009
Salam,
Hari ini Khamis, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah, SMK Membakut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52. Sambutan ini telah dijayakan oleh semua warga SMK Membakut termasuk para guru dan pelajar serta kakitangan sekolah ini. Ia bermula dengan Program Jelajah Merdeka yang dijalankan pada sebelah pagi. Seramai 41 orang pelajar berbasikal diketuai oleh Cikgu Mohd Faizal Jikal beserta beberapa orang guru pengiring mengiringi para pelajar berbasikal dengan motosikal dan kereta. Pihak PDRM dan Jabatan Penerangan turut terlibat dalam konvoi jelajah merdeka ini.
Jelajah Merdeka SMK Membakut 2009
Sebelum berlepas para pelajar diminta berkumpul di tapak letak kereta dan taklimat ringkas diberikan oleh guru bertanggungjawab iaitu Cikgu Ag Saad Pg Tahir kepada para pelajar. Bacaan doa oleh Ustaz Norazman Md Noh sebelum dilepaskan dan para peserta jelajah merdeka di lepaskan oleh Cik Malina bt Jamarin, Pegawai Penerangan Daerah Beaufort dan Cikgu Agku Johari Pg Abu Bakar selaku PK Pentadbiran yang mewakili puan pengetua Pn. Mozidah Hamzah yang tidak dapat turut bersama kerana berkursus.
Penulis sempat bergambar kenangan sebelum dilepaskan
PDRM dan Jabatan Penerangan memberikan kerjasama
yang baik sepanjang Jelajah Merdeka
yang baik sepanjang Jelajah Merdeka
Setelah selesai Program Jelajah Merdeka, semua peserta jelajah masuk ke Dewan untuk mengikuti Ceramah 1 Malaysia yang disampaikan oleh En. Supian Musa, Pen. Pengarah Cawangan PENTARAMA, Jabatan Penerangan Sabah Malaysia. Setelah selesai ceramah semua warga SMK Membakut disajikan dengan Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan di kalangan pelajar menengah rendah dan menengah atas.
Bersantai seketika melepaskan kepenatan setelah selesai Jelajah Merdeka
dari kiri penulis santai, Cikgu Sulaiman, Cikgu Dg Rogayah, Cikgu Fatimah (PK HEM), Cikgu Faizal dan Cikgu Esther
dari kiri penulis santai, Cikgu Sulaiman, Cikgu Dg Rogayah, Cikgu Fatimah (PK HEM), Cikgu Faizal dan Cikgu Esther
Pasukan bunga manggar bersedia mengiringi peserta jelajah merdeka masuk ke dewan
Antara urusetia yang sibuk bertugas, dari kiri Cikgu Wong, Cikgu Fazidah dan Cikgu Vivien
Jualan merdeka turut dijayakan oleh Unit Katering SMK Membakut
Banyak acara menarik berlangsung di dewan sekolah antaranya Sketsa Patriotik, Syair, Koir serta penyampaian sijil dan hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan. Antara pertandingan yang yang telah dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform, Pertandingan Basikal Ceria Merdeka dan Pertandingan Kelas Ceria Merdeka. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup telah di jalankan oleh Tuan Hj. Aminuddin bin Yakub, Pemimpin Kemajuan Rakyat N24 Membakut.
Persembahan Koir oleh para pelajar
Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga SMK Membakut yang telah menjayakan Sambutan Kemerdekaan pada kali ini. Semoga sambutan kali ini banyak memberikan input berguna kepada semua untuk menghayati erti kemerdekaan dengan lebih mendalam. Sesungguhnya penulis berasa amat berbangga dan bertuah menjadi salah seorang warga SMK Membakut yang dicintai....
Salam Kemerdekaan 1 Malaysia
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Selamat Santai
Selamat Santai
Subscribe to:
Posts (Atom)