Sunday, June 14, 2015

"SNACKING" sihat Herbalife



Tadaa.....

"Ini lah rupa aiskerim buatan sendiri dibuat dari Herbalife Formula 1. Amacam rupa dia...? Ada rasa nak sikit tak...?"


Memula idea ni datang masa jenjalan kat Kedai DIY. Bila nampak menda ni terus amek dan dalam hati cakap nanti kat rumah nak try buat lah. Itupun lepas banyak kali baca kat online cara buat "Homemade Ice Cream" ni.


"Camana sara saya buat. Saya ni bukan chef professional, cuma main buat suka-suka jer. So, resepi pun main campak-campak dan guna apa yang ada kat dapur jer....."

Macam-mana caranya :

1. Sediakan bahan-bahan berikut :

- 4 scoop Herbalife Formula 1 Cappucino & Coklat
- 1 scoop Herbalife Formula 3
- 400 ml susu low fat / susu soya
- 3 biji kurma dipotong kecil
- 1 sudu kecil chocolate rice
- 1 sudu kecil chocolate chip
- 1 bekas shake untuk goncang-goncang

2. Cara membuatnya ;

- Masukkan F1 + F3 dan susu low fat dalam shaker dan shake, shake, shake macam nak buat breakfast tu. Lepas tu sediakan bekas eskrim. Letak potongan kurma tu dalam bekas eskrim. Masukkan bahan yang dah di shake tadi sikit demi sedikit dan masukkan choclate rice & chocolate chip tu sekali dalam tu. Dah siap tutup dan masukkan dalam freezer.



Haha...bab ni paling best...
Pakai baju leklok, pastu suruh seiapa yang ada dekat untuk amek gambar...
Eh...apa da...itu pun nak kena ajar ker...

Orang Herbalife jer selalu buat cenggini
Sebab ia ajar lifestyle
Ajar buat snacking cara sihat
Nak makan banyak pun lantak la
Lagi makan banyak lagi bagus
Sebab banyak khasiat
Takde gula, garam, pewarna tiruan dan pengawet
Snacking pun yang jenis ta berminyak dan sangat sihat


Nikmati lah eskrim anda ikut cara anda sendiri. Ni saya bagi cadangan, puasa kan dah dekat...bulan puasa nanti masa terawih atau lepas maghrib boleh belasah eskrim ni sepuas-puasnya. Nak amek masa berbuka pun teramat lah nikmatnya...

Herbalife bukan saja ajar cara sarapan sihat, tapi juga ajar cara hidup sihat dan ada komuniti sihat sekeliling kita yang membantu membentuk suasana kita. Kalau anda masih dalam program perkongsian macam ni sangatlah bermanfaat supaya kita tak terbabas ikut selera makan tak berkhasiat.

So, kongsi lah dengan kengkawan anda dan kongsi jugak cadangan, pendapat anda supaya saya boleh improve bagi lagi sedap....heheh

Maklumlah dengan cara herbalife saya dah berjaya turun 65kg berat badan dan makin sihat, cergas dan aktif tanpa lelemak yang menggeleber...siap timbul otot-otot badan lagi sebab mengamalkan pemakanan sihat dengan pengambilan protein yang cukup.

Ok lah...cukuplah celoteh kali ni...

Kepada semua pembaca selamat mencuba.

Thursday, June 11, 2015

Tips saya turun berat




Assalamualaikum

"Ramai personal inbox saya mintak tips turun berat. Soalan sangat senang tapi nak jawab panjang lebar..."

Saya share tips pada pandangan peribadi saya, mungkin sesuai dan mungkin tidak sesuai bagi anda...

Jika sesuai amalkan & sebarkan, jika tidak sesuai abaikan...

Tips turun berat saya :

1. Cari ilmu
- Nak buat sesuatu kena dengan ILMU, bukan buat membuta-tuli. Jika anda pernah cuba dan GAGAL maknanya anda buat dengan membuta-tuli sebab anda pasti berjaya jika buat dengan ILMU.

2. Cari mentor/guru/coach
- Lebih baik mereka yang berpengalaman, melalui sendiri pengalaman itu. Macam orang nak berniaga kena cari orang yang dah berjaya...jangan salah cari...

3. Buat pelan
- Pelan pemakanan, pelan senaman dan bila dah buat kena ikut...if you fail to plan you plan to fail....yang ni kena rujuk coach/mentor anda...

4. Istiqomah
- Ramai sangat yang semangat peringkat awal...masuk minggu kedua semangat mula down, bila takder ilmu & mentor lagi buruk padahnya...akhirnya semua ke laut...

5. Doa
- Mohon pada Allah, jika Allah izinkan ia pasti berlaku, jika belum berjaya kena usaha lagi sebab tak cukup untuk Allah izinkan ia berlaku...

Cukup le 5 dulu....kalau anda coachee saya boleh la saya jawab banyak persoalan inbox, kalau anda dah ada coach jangan sia-siakannya....guna sebaiknya...




  Like Fan Page saya :

www.facebook.com/NorazmanHerbalife

Jika perlu personal coaching boleh wasap saya :

Norazman Md Noh
+6019-5800065

Coach @herbalife



 
* Penolak tuntutan :
Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza.

* Disclaimer :
Results are not typical. Individual result may vary.

#tips #turun #berat #inspirasi
#motivation #motivasi #determination #traintotransform #train #slim #herbalife

Monday, June 8, 2015

FAT to FIT


Adakah saya hari-hari ke GYM?
Jawapannya TIDAK

Adakah saya diet tak makan NASI?
Jawapannya TIDAK

Adakah saya bergantung dengan PRODUK?
Jawapannya TIDAK

Adakah saya akan berhenti makan PRODUK?
Jawapannya TIDAK

Adakah saya untung besar jika orang BELI dengan saya?
Jawapannya TIDAK

Adakah saya akan paksa orang buat itu dan ini bila jadi COCHEE saya?
Jawapannya TIDAK

Adakah anda akan BERJAYA jika hanya melihat saja perkembangan orang lain di sekeliling anda tanpa anda ambil TINDAKAN?
Jawapannya tentu sekali TIDAK

Teruskan berangan-angan...


 

 Norazman Md Noh
+6019-5800065

Real Life NUTRITION & SKIN testimony


* Penolak tuntutan : Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza.
Alhamdulillah
Selesai Success Training Seminar KL hari ni
Sebelum turun lift terserempak dengan real life testimoni
Apa lagi, ambil gambar dulu seround, testimoni SKIN...
Gambar saya nampak gelap sikit, si afeeqa ni kata : "abang ni kurang pakai SKIN...."
Ok, lepas ni nak tepek bertepek-tepek SKIN...tengok la nanti...eeeiiii...

* Kulit berminyak sebab dah petang dan penat pun, tapi still glowing gitu...

Tuesday, May 26, 2015

Jom pekena shake sedap...!


Alhamdulillah
Petang ni bunyi guruh kat luar
Tak jadi nak berkayuh
Buat weight training kat rumah jer
Lepas tu perut lapar berkeroncong bagai...

Pergi dapur nak cari protien
Nampak F1, pisang, kurma ngan susu low fat...
Bukak peti ais ambil kiub ais
Capai blender...campak semua dalam tu...

Tadaaa....nikmat segala nikmat dunia
Masuk shake sedap dalam perut
Kualiti makanan yang tiada bandingan
Kurang LEMAK, MANIS, MASIN & MINYAK...
Penuh nutrisi dan khasiat

Manfaat tak payah senaraikan
Anda tengok gambar dan cerita pun dah boleh tahu
Sambil makan, sambil bergambar, sambil berniaga....semua kat rumah
Inilah yang orang kata "WORK FROM HOME"

I like my lifestyle
Siapa nak jadi macam saya...?
Tukar lemak kepada cerita menarik dan pendapatan...

Boleh hubungi :

Norazman Md Noh
+6019-5800065

#workfromhome #workout #shake #protein #promosi #sihat #wellness #healthymeal #healtyfood #healthy #income #sideincome #pendapatan #pendapatansampingan

Saturday, May 23, 2015

Pelik & menarik...



* Penolak tuntutan : Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza.

Antara banyak-banyak gambar malam tadi, gambar ni memang menarik perhatian saya.

Selepas selesai majlis, kami buat focus grup, kemudian saya mengiringi sahabat sentral sihat saya untuk bergerak pulang.

Tiba di lobby sahabat saya Coach Khubaid & Coach Abduh geram tengok seluaq besaq saya, depa masuk berdua dalam tu....muat....!!!

Kemudian nak cuba masuk baju lama saya pulak....terkezut saya....muat jugak....!!!!

Hakikatnya itulah saiz saya dulu dengan berat lebih 130kg pada masa itu. Lepas hilang berat badan 65kg ni saya terbayangkan saya bawak beban sebelum ini sebanyak 6 kampit beras 10kg dan sekampit berat 5kg ke hulu dan ke hilir.

"Saya terperangkap dalam diri sendiri, banyak perkara saya tak boleh buat, hanya dapat tengok saja dari kejauhan. Sejak dari itu, saya bertekat saya mesti berubah...dan Alhamdulillah Allah izinkan dengan Herbalife".

Anda boleh kongsi kisah saya, semoga anda dapat inspirasi untuk berubah.

Jika anda atau ada kenalan anda yang tetiba terdetik nak mintak bantuan saya sebagai coach anda boleh hubungi saya melalui cara berikut...

Norazman Md Noh
+6019-5800065

IG : www.instgaram.com/norazmanmdnoh

Fan Page : www.facebook.com/NorazmanHerbalife

Wednesday, May 6, 2015

My transformation...


Kisah saya turun 65kg berat badan & naikkan semula dengan otot
------------------------------------

Kalau 3 tahun yang lalu saya tidak ambil keputusan untuk berubah...mana mungkin saya dapat hasil seperti sekarang....

Saya ambil masa yang lama untuk berfikir, menilai, mencari daripada masa untuk turun...
Dah cuba bermacam cara tapi tak berkesan...dengan herbalife pun dua kali cuba dan GAGAL. Kali ketiga pada 5 Mei 2012 (saya sangat ingat tarikh tu sebab itu hari pertama saya cuba semula) dengan keinginan dan keazaman dari dalam...Akhirnya dengan izin Allah, saya berjaya turunkan juga dengan Herbalife...


Belajar dari orang yang turun berat badan, ikut pelan pemakanan tapi tak berapa dapat buat senaman sebab badan terlalu berat dengan ketinggian yang sangat rendah (saya ni pendek). Lepas turun dalam 30kg baru boleh start senaman...

Ikut semua training, cari ilmu di event, jumpa kengkawan dengan masalah dan semangat yang sama....InsyaAllah kejayaan akan ada di depan...

Sekarang dalam proses menaikkan otot dan mengurangkan lemak menggeleber walaupun hakikatnya memang tak menggeleber tapi ada juga kawasan yang belom pejal....heheh

Kepada yang berusaha, teruskan misi anda...semoga kisah saya memberi sedikit kekuatan untuk anda meneruskan misi peribadi anda...



All the best...!!!

Kisah baju besar


* Penolak tuntutan : Keputusan adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza.



Ni gambar baju rasmi korperat sekolah lama saya
Tempah khas untuk semua staff

Bila tengok balik rasa macam tak percaya
Besar gedabak
Itu pun dah stail potongan nampak kurus line putih tepi
Tukang jahit pun geleng kepala sebab dia rugi kain
Harga bayar sama...

Saya nak hantar repair
Kecilkan bahagian tepi
Tapi sebab kena buang banyak sangat
Lebih 10 inci kiri dan 10 inci kanan
Kedai jahit tak sanggup repair
Takut rosak baju

Semua tu adalah cerita saya
Pengalaman sebenar
Melalui tranformasi
Turun berat badan 65 kg
Dengan nutrisi Herbalife
Cuma masa gambar ni saya baru turun 53kg

Saya pasti
Ramai yang seperti saya
Dapat manfaat sama
Saya dah masuk tahun ketiga
Badan makin sihat dan selesa
Senang nak ke sini ke sana

Sekadar perkongsian
Bila tengok gambar baju lama...

Kongsilah jika bawa kebaikan
Tidak perlu minta izin
Sama-sama kita kongsi pahala

Norazman Md Noh
+6019-5800065

Ni saya suatu waktu dahulu
Itu bukan moto saya
Itu moto orang punya

Saya teringin naik
Saya pun cuba
Boleh naik, tapi tak boleh capai handle
Sebab apa...? sebab pewut kaco...
Kaki pun tak sampai
Sebab apa...? sebab peha beso...

Bila tengok balik
Saya rasa kesian kat diri saya
Tak boleh buat menda yang orang biasa boleh buat

Apa salah saya...?
Saya cuma GEMOK sikit jer
Baru 128kg ++ masa ni
Tinggi pun tak seberapa
Nampak gemok pendek le

Ada orang besar lagi dari saya
Lalu saya berazam dan bertekad
Menda tu semua tak salah

Saya yang tak dapat sebab salah saya

Sekarang...sapa nak bagi saya pinjam moto...?

Heheh....teringin...

Tuesday, May 5, 2015

Berapa lama nak kurus macam saya...?



Saya ambil masa hampir 3 tahun untuk berubah. Ia satu proses yang lambat yang perlu saya lalui. Saya tak perlu tergesa-gesa untuk berubah atau mengikut kehendak orang lain.

Hasilnya, Alhamdulillah...jerih-perit yang dilalui amat berbaloi. Banyak masa dan tenaga dikeluarkan untuk mencari ilmu pengetahuan sebelum melakukan perubahan.

Bila ditanya soal kekuatan, saya hanya boleh jawab ia mesti datang dari dalam diri. Jika ia datang dari luar ia tidak akan bertahan lama...

Tidak perlu ikut cara sesiapa, saya hanya ikut cara saya berdasarkan ilmu & pengalaman yang dikutip dari training, seminar, perjumpaan dan sebagainya...

Nak seribu daya, taknak seribu alasan...

Jika anda nak berubah, wasap saya mana tahu saya boleh kongsi jalan dengan anda....anda yang huat keputusan....itu saja cara saya boleh tolong anda...





Kongsi cerita anda...

 Gambar diambil oleh seorang sahabat
dalam salah satu event di Pulau Pinang

A picture paint a thousand word

Can you share your weight lost experience...

It would be very much appreciated if you can put your before after pic

But....I know, only people with BIG heart will share their story...

Then, share if your care

Sekadar sembang kosong...


Biasanya
Minggu pertama & kedua semangat
Masuk minggu ketiga dah start turun sikit
Haa...mula la rasa down...
Caner nak buat ek...?

Saya dulu akan rujuk coach
Coach biasa dah lalui
Dan tahu cara nak atasi
Kita akan lega lepas tahu jawapan

Semuanya berlaku ada sebab
Badan memang ada perkembangan
Cuma kita tak nampak dan perasan
Gitu le citer pengalaman lalu...

Saya jumpa gambar lama
Sekali tengok saya sendiri takut

Nasihat ikhlas saya
Teruskan perjuangan
Sebab masa tu ia baru bermula
Ia bermula pada masa kita rasa nak berhenti
Kalau kita berhenti maka habis la cerita
Kalau masih kuat semangat kena bermula lah semula...

Sekadar sembang kosong...

Camana nak mantain semangat...?

Gambar dipetik dari album Kevin Zahri pada Grand Dinner 
JK1M musim ke-4 di Kuala Lumpur


Soalan :

Camana nak mantain semangat ustaz?

Jawapan saya :

Saya pun manusia biasa, semangat turun naik, 

itu adalah normal. Iman pun bertambah dan berkurang.

Tapi saya ada cara saya, mungkin sesuai dan mungkin 

tidak sesuai dengan semua orang... 

Antara yang saya buat ialah :

1. Set matlamat
- Apa yang saya nak capai, biar jelas dan boleh diukur. 

  Kena logik, dan dalam kemampuan saya.

2. Tulis
- Catatan / rekod amat penting, perubahan kecil pun kita 

  boleh nampak kalau kita rekod, masa tu baru ada semangat 
  sebab perubahan berlaku tapi sikittttttt sangat....
  jangan kita mudah down...

3. Cari ilmu
- Banyak cara, hadiri event, apa pun event yang boleh capai 

  matlamat kita, bila tahu cara dan jumpa yang berpengalaman 
  baru senang jalan...

4. Cari mentor / coach
- Cari yang pernah lalui jalan yang bakal kita lalui, sebab dia 

  dah lalui onak durinya dan kita dapat elak banyak kesilapan 
  yang dia dah buat, jalan kita lebih mudah....
  dah cari kena la ikut...

5. Positif
- Fikiran, persahabatan, semangat semua kena positif...

  masuk jer negatif habis rosak semua...pandai-pandai la pilih...
  penting nak bentuk persekitaran kita...

6. Jadikan amalan
- Omputeh kata 'lifestyle'. Diet tu susah, tapi kalau dah jadi 

  amalan ia akan mudah. Pilih makanan yang baik. 
  Makan ikut sunnah. Makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang. 
  Nabi ajar lama dah kita taknak ikut....degillllll.....!

7. Doa
- Mintak sungguh-sungguh kalau nak berubah. 

  Biar Allah nampak kesungguhan kita. Ini patut bubuh No 1, 
  tapi karangan saya jadi no last pulak.... smile emoticon

Ingat...! Semua berlaku dengan IZIN Allah...

Sekadar perkongsian saya...

Norazman Md Noh
+6019-5800065

Monday, April 23, 2012

MTQ Peringkat Negeri Sabah 2012 - Sandakan




Salam,

Malam ni sewaktu posting ini ditulis penulis masih tersangat lah penatnyer perjalanan seharian dari Sandakan ke Membakut. Bayangkan jam 6:30 pagi bertolak dari Sandakan dekat jam 4:00 petang baru sampai rumah....perjalanan slow n steady sebab hujan lebat di pertengahan jalan. Jalan pun banyak berlubang dan rosak. Mujurlah tiada tanah runtuh ke apa....kalau tak tak sampai lagi la agaknyer....

Tapi penat itu dikira macam berbaloi jugak la bila mengenang balik ganjaran yang diperolehi dengan pengalaman kali pertama meyertainya. Maklumlah sekolah penulis ni bukan lah dari kalangan pelajar terpilih yang pandai-pandai. Sekadar sekolah kampung yang pelajarnya pun tak berapa ramai...lebih kurang 500 lebih jer.....

Apa pun tempat ketiga yang diperolehi tu kira boleh dijadikan pengubat la kepada kepenatan penulis kali ini. Kebetulan pulak lepas ni ada lagi aktiviti di KK yang terpaksa penulis sertai selama 4 hari dan selepas balik tu pulak sekolah penulis menganjurkan perkhemahan agung pulak.....lepas tu exam dan terus cuti sekolah pertengahan tahun......fuh.....padat lak rasanyer jadual kali ni.....tapi rasanya orang lain pun sama....hadapi jer la....dan syukur jer la sebab ada kejer daripada takder kejer yer tak.....

Cis menda la melalut tengah-tengah malam ni....kita layan gambar jer la sebab tak dapat nak fokus menulis.....


 
Selepas melapor diri, dan menuju ke lokasi pertandingan syarahan

Sewaktu berkumpul di dewan dengan semua kontinjen
Sewaktu di lokasi syarahan

 
Selepas menerima hadiah


 Ini yang paling tak akan dilupakan kut, maklumlah CM yang bagi....


Kira bukan senang jugak la sebab format baru ni bukan macam dulu-dulu. Guru sediakan teks pelajar menghafal jer....tapi kali ni memang mencabar....ni penulis kasi sikit gambaran....

Penerangan Peraturan syarahan  agama spontan MTQSS 2012

Peraturan :
1 )
1.       Masa 7 minit
2.       2 minit ( persediaan isi setelah cabut tajuk di atas meja ketua hakim )
3.       5 minit bersyarah
1.       5 minit dibahagikan seperti berikut
2.       Mukadimah syarahan ( 1 minit )
3.       Kemukakan 3 isi ( 3 minit )
4.       Penutup syarahan ( 1 minit )

2 )   Mukaddimah
1.       Membina teks syarahan spontan yang baik :
2.       Mukadimah : mesti di mulai dengan Bismilahirahnirahim ,selawat ,doa dan salam
3.       Memperkenalkan ucap pada pengacara , hakim, hadirin dan hadirat
4.       Beritahu tajuk yang dapat

2 )    Isi syarahan

1.       Mesti utama 3 isi dan setiap isi di olah seperti berikut
2.       Mesti ada isi – 1 markah
3.       Huraian isi – 1 markah
4.       Contoh pada isi – 1 markah
5.       Isi dikaitkan dengan isu semasa – 1markah
6.       Peneguhan isi dengan tajuk – 1 markah
7.       Setiap isi ada dalil AL Quran / As sunnah ( setiap dalil – 1 markah )
8.       Markah bonus akan diberi – 2 markah jika peserta dapat utarakan syarahan dengan nas yang fasih dan dilafazkan dalam ayat al quran atau hadis
9.       Peserta yang hanya membaca terjemahan ayat / hadis akan ditandakan ada kelemahan / tidak diberi bonus

2 )    Gaya Persembahan
1.       Bentuk syarahan  bukannya pidato, bahas ,bercerita, membaca berita dll
2.       Nada ada tegas,lembut dalam gaya yang terkawal dan ist
Pesanan

1.       Latih peserta hafal dalil dalil ringkas dari al quran / hadis
2.       Ada watak istimewa / luarbiasa dalam bercakap
3.       Cari isu terkini sekitar tahun 2011 dan terkini  di media massa
4.   Tajuk yang dibekalkan ke sekolah ( 5 tajuk ) hanya sebagai garis panduan untuk latih pelajar kea rah persediaan syarahan spontan


Ok, setakat ni dulu...kita jumpa lagi lepas ni...insyaAllah....

Salam santai...



Sunday, April 15, 2012

Testimoni Pelajar Amali Sembelihan



Salam santai,

Dua tiga hari ni, masih lagi bercerita pasal sembelihan. Sebagai guru yang mengajar pelajar, penulis amat gembira dengan tulisan salah seorang daripada mereka yang dapat penulis petik dari Facebook. Ini lah perkongsian beliau.....



EzzaD's Ezz

Assalamualaikum, saya Mohd Ruhaizad bin Mohd Tali, pelajar SMeKeM ingin menyatakan pengalaman saya semasa mengikuti aktiviti amali penyembelihan haiwan bagi subjeK Pendidikan Agama Islam.

Amali ini telah dilakukan pada 11 april 2012 bersamaan pada hari selasa,amali ini dijalankan di surau SMeKeM dan dilakukan oleh semua murid tingkatan 4 dan diketuai oleh ust norazman dan juga dibantu oleh guru-guru yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.Aktiviti amali ini dijalankan pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam12 tengah hari, kami menjalankan aktiviti penyembelihan ini dengan mengunakan 14 ekor ayam dan sebanyak 13 ekor ayam telah sah disembelih dan 1 ekor ayam tidak sah atas sebab-sebab yang tertentu.

Aktiviti amali penyembelihan ini telah membuatkan kami lebih faham tentang rukun dan syarat sah bagi menyembelih haiwan, sebelum melakukan aktivi ini kami telah diberikan taklimat oleh UST NORAZMAN cara-cara untuk menyembelih dan beberapa aspek keselamatan yang perlu di titik beratkan,kami diberikan beberapa kumpula dan 1 kumpulan mestilah mempunyai 2 atau 3 orang ahli dan mempunyai 1 ekor ayam.

Sebelum kami memulakan aktiviti penyembelihan,ust norazman telah menyembelih 1 ekor ayam bagi menjukkan kami cara menyembelih dan memegang ayam.Semasa kami mula menyembelih, keadaan amat riuh rendah kerana ini adalah pertama kali kami penyembelih haiwan dan perasaan gugup itu telah menyelubungi kami semua,semasa menyembelih UST NORAZMAN akan memerhati dan memeriksa ayam yang telah kami sembelih untuk mengetahui sama ada URAT HALKUM dan URAT MARIH betul-betul putus.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi setiap pelajar ialah ketika menyembelih dan merasakan urat murih dan urat halkum putus.kami bukan sahaja belajar cara menyembelih ayam terapi kami juga berlajar cara untuk membersihkan ayam dari mencabut bulu ayam sehingga membersihkan bahagian dalam perut ayam sampailah memotong ayam.

Selepas kami selesai membersih dan memotong ayam kami telah memanggang ayam tersebut bagi menjadi juadah makan tengahari kami,aktiviti sampingan yang kami lakukan ialah mengadakan pertandingan memanggang ayam dan ayam yang kami panggang itu akan dirasa oleh guru-guru yang terlibat dan akan diberikan markah.

Aktiviti amali penyembelihan ini sangat bagus bagi pelajar-pelajar kerana boleh menambah pengetahuan serta memberikan pengalaman yang sangat berharga, aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengurangkan rasa bosan ketika belajar kerana jika hanya belajar didalam kelas tanpa ada aktivi amali, pelajar akan berasa bosan dan minat untuk belajar akan kurang. Di lain waktu, kami berharap aktiviti ini akan diteruskan bagi memupuk minat pelajar untuk berlajar.

Sekian terima kasih.

yang benar saya

MOHD RUHAIZAD BIN MOHD TALI.
------------------------------------------------





Yang ini pulak dipetik dari Time Left (Amirul Aiman Habas) 

...sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah memuat naik gambar aktiviti kita yang penuh bermakna ini , disini saya ingin meluahkan atau dalam erti kata lain menceritakan pengalaman yang saya dapat daripada aktiviti ini . apa yang saya dapat dari pada aktiviti ini ialah saya dapat mempelajari bagaimana cara untuk menyembelih sembelihan selain itu saya juga kini tahu dimana terletaknya urat-urat tertentu yang mesti putus apabila disembelih serta cara yang betul dan sah ketika melakukan sembelihan .


selain itu sembelihan juga dapat mengeratkan silaturrahim serta mewujidkan semangat berkerjasama dan saling bersaing dalam cara yang sihat seperti yang ada dalam gambar tersebut dimana Setiap kumpulan yang diberikan berusaha mengurus bahan-bahan mereka dan mereka juga ingin menjadi terbaik dari segi masakan iaitu rasa dan kreativiti (hiasan) bukan itu sahaja aktiviti sembelihan ini juga dapat memberikan mereka-mereka yang mengikuti aktiviti ini, contohnya sahabat saya iaitu Syarifah Nadzirah yang dulunya takut untuk memegang ayam dan Menyembelih ayam tetapi dengan adanya aktiviti ini dia dapat Melakukanya dengan Lancar, walaupun selepas ayam disembelih dia terus sahaja menangis kerana takut dan kasihan .


Untuk pengetahuan anda lebih lanjut , dengan adanya aktiviti ini turut dapat melihat bakat-bakat terpendam setiap ahli yang mengikuti disebabkan oleh cara memasak dan menghias serta menarik hati juri untuk merasa masakan mereka . Bukan sahaja sembelih malah Memangang juga ada dalam aktiviti ini ya . oleh itu banyak manfaat yang saya boleh dapat daripada aktiviti ini , saya harap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi semula dan lebih ramai lagi yang menyertainya . salam dari saya ,


Assalamualikum ~
------------------------------------------------------------


Banyak lagi gambar dapat dipetik dari lensa kamera pelajar, antara yang menarik....

Close-up

Memberi penerangan di mana uratnya....

Nak pegang pun takut....camana...?

Muka puas hati....berjaya menyembelih...!

Orang perempuan pun kena belajar.....

Tunjuk cara....

Cari urat dulu....jangan main potong jer....!


Sesungguhnya ianya memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan amat menarik untuk dikenang. Sebenarnya dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam banyak lagi perkara yang boleh dibuat latihan amali cuma masalah besarnya ialah masa. Kena pandai mencari masa yang sesuai, maklumkan sekolah memang padat dengan aktivitinya tersendiri. Tapi yang paling penting kalau kita mahu dengan sedikit usaha insyaAllah dapat dijalankan juga.

Salam santai....


Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Amali Sembelihan 2012 SMeKeM




Salam,

Alhamdulillah hari ini Panitia Pendidikan Islam SMeKeM telah berjaya menjalankan Aktiviti Amali Sembelihan Pelajar Tingkatan 4 2012. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai pengukuhan kepada sukatan pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 bidang Ibadah. Ia juga memberikan penglaman baru kepada para pelajar khususnya mereka yang tak pernah menyembelih binatang (ayam) dan tak pernah memotong dan menguruskan ayam di rumah....maklumlah biasanya ibu yang membuat semua kerja rumah.....

Penulis selaku guru pembimbing dan juga selaku guru matapelajaran sangat sukacita menjalankan aktiviti ini bersama para pelajar SMeKeM yang amat disayangi......ceawah...! Maklumlah, belajar twori di kelas tak sama dengan pembelajaran melalui pengalaman. Rasanya melalui pengalaman mereka lebih ingat isi pelajaran dan pengalaman ini akan menjadi kenangan mereka sewaktu di sekolah.

Aktiviti dimulakan seawal jam 7:00 pagi, di mana pelajar berkumpul dan penulis memberi taklimat ringkas dan ulangkaji serba sedikit berkenaan tajuk sembelihan. nampak pelajar amat bersungguh-sungguh untuk menjalankan aktiviti kali ini. Itu yang menyebabkan penulis bertambah bersemangat nak menjalankan aktiviti sembelihan ini bersama mereka....

Walau bagaimanapun, penulis tak dapat nak mengambil gambar-gambar sewaktu sembelihan dijalankan kerana terpaksa memantau pelajar menyembelih. Maklumlah, bila pisau di tangan pelajar dan ayam pulak tak pendai nak duduk diam-diam , jadi penulis terpaksa berhati-hati memantau dan sentiasa bersama-sama dengan para pelajar supaya kejadian tak diingini tidak terjadi.

Kali ni penulis di bantu beberapa orang guru Panitia Pendidikan Islam khususnya iaitu Ustazah Khairulasma (isteri penulis), Ustazah Adibah dan juga Ustazah Haslindawati. Kebetulan Cikgu Isham Ismail (Ketua Warden) asrama juga bersama dengan kami menjadi hakim untuk mengadili hasil kerja para pelajar.

Hmmm.....dah cerita serba-sedikit pasal hari ni mari kita saksikan beberapa gambar yang sempat penulis ambil sewaktu aktiviti....


















Jadi macam mengajar masakan la pulak......semua ayam dipanggang...tiada masakan yang fancy-fancy....tapi pelajar ni memang kreatif betul....menggunakan sumber alam untuk menambah selera masakan mereka....

Begitu lah gambar-gambar yang sempat di rakam, gambar sebenar aktiviti sembelihan nanti kita tunggu para pelajar upload sendiri dari kamera mereka di Facebook....nanti kita saksikan....

Untuk melihat aktiviti-aktiviti sembelhan yang pernah penulis jalankan sebelum ini bolehlah klik di ruangan bawah, bukan apa, saja sebagai kenangan......

Program Praktikal Sembelihan 2009

Program Praktikal Sembelihan Fasa II 2009

Sekian dulu buat kali ni, nanti kita bersantai di sini lagi....

Salam santai...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails