Saturday, February 5, 2011

Terkenang semasa dulu...

Salam,

Hari ni kebetulan meninjau-ninjau isi dalam pendrive penulis (dua tiga hari lepas clearkan hard drive), maklumlah sejak pakai beberapa pendrive ni dan saling bertukar-tukar sampai tak ingat apa isi kat dalamnya. So, penulis explore dan jumpa banyak la gambar lama-lama sewaktu muda-muda dulu...cewaaahhhh....

Gambar yang penulis pilih kali ni adalah sewaktu penulis terlibat dalam SUKMA ke berapa ekk...? lupa dah...waktu tu di Selangor dan penulis mendapat liputan daripada wartawan.

Sebenarnya penulis sendiri tak tahu orang yang bertanya soalan kepada penulis tu seorang wartawan dan penulis telah ditegur oleh pengurusan pasukan kerana membuat kenyataan tanpa kebenaran. tapi masalahnya masa tu memang betul-betul tak tau dan gambar tu pun di ambil bukanlah dalam sesi fotografi pun...main ambik gitu jer....mungkin masa tu keramahan penulis menjawab satu soalan daripada orang yang tak dikenali mencari pasukan Selangor...penulis tunjuklah kat sana tu bang...dan akhirnya kami bersembang-sembang bercerita pasal kejohanan itu...

Tetiba jer, esoknya penulis kena panggil sebab ada gambar masuk paper la konon...dalam hati tu happy la, dan kebetulan pulak masa tu baru lepas menang dan prestasi pasukan sangat memberangsangkan dan akhirnya isu tanpa kebenaran tu dilupakan begitu sahaja....

Walau apa pun ia tetap menjadi nostalgia dalam diri penulis dan bila tengok gambar ni memberi kekuatan kepada penulis untuk lebih berjaya dalam hidup walau apa juga rintangan yang dihadapi....tiada yang mustahil....yang penting yakin diri....



klik untuk besarkan imej....

Diharapkan pembaca santai tidak menganggap penulis ni nak menunjuk-nunjuk kehebatan la konon, sebab sikit pun tak terlintas di fikiran...ramai lagi orang yang lebih hebat berbanding penulis santai ni....cuma harapan penulis perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada siapa sahaja yang mengambil manfaat daripadanya.....

Sebenarnya banyak sangat gambar lama-lama dan kejohanan-kejohanan yang penulis pernah sertai terutama dalam sukan ini cuma kali ini gambar ini memang betul-betul memberi kekuatan kepada penulis buat masa ni...

Sekian dulu

Salam santai....





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails