Thursday, February 11, 2010

Hari Pertama Sukan SMKM 2010


Gambar penulis sedang santai sambil mengurus anak-anak helang
sambil dibantu ibu-ibu helang.....heheheh.......

Alhamdulillah,

Jam sekarang sudah menunjukkan jam 12:28 minit tengah malam. Masih belum terasa mengantuk lagi mata penulis ketika ini. Kebetulan baru balik dari kerja malam....heheheh...biasa la buat part time, berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.....

Lepas layan FB kejap tadi nampak banyak juga coretan rakan-rakan tentang pelbagai isu berkaitan sukan sekolah yang berlangsung untuk hari pertama ini. Bukan main lagi yer ada kumpulan berbaju CELCOM (Team Kasauari la tu....), ada yang pakai baju DiGi serba kuning dari atas sampai bawah (yang tu ibu rajawali) dan macam-macam lagi. Apa pun kita semua gembira hari ni....tul tak....

Memang tak dapat dinafikan kehebatan Rumah Rajawali hari ini. Jauh meninggalkan pesaing-pesaing yang lain....pergghhhh...14 pingat emas, mengatasi Helang 6 pingat emas, Kasuari 5 pingat emas dan tak lupa juga Cenderawasih yang berjaya juga menggondol walaupun satu pingat emas....kira okay la tu kan daripada tiada.....Apa agaknya rahsia dan formula Rajawali sehinggakan semua anak-anak burungnya berjaya menggondol pingat emas dalam hampir semua acara dan meninggalkan kami rumah-rumah yang lain hanya tempat kedua dan ketiga sahaja......pelik betul....share la rahsia tu.....

Apa pun kita semua enjoy hari ni. Seperti biasa penulis sempat juga memetik kamera walaupun dalam kesibukan mengurus anak-anak helang di pondok yang disediakan.....bukan senang mengawalselia anak-anak burung ni.....asyik terbang ke hulu ke hilir....pening jugak rasa sesekali tu....tapi layan jer la....yang penting hari ini berlalu dengan baik dan penuh semangat kesukanan.....


Pasukan sorang Rumah Helang.....harap tak menang sorak jer la....


Sedang mula menaikkan semangat rakan sepasukan


Tak kurang hebat juga sorakan Rumah Rajawali


Rumah Kasuari juga tidak mahu ketinggalan.....


Aksi anak helang menggondol emas acara 400 meter Lelaki A (Rayner Blasius)


Urusetia (dari rumah helang tu....) yang sibuk di pendaftaran peserta


Senyuman manja dan manis dari urusetia yang berdekatan....
mintak maaf la untuk acara lain....tak sempat nak berjalan-jalan.....


Akhir kata

Salam santai buat semua.....



Tuesday, February 9, 2010

Temasya Sukan SMKM 2010

Salam,

Lama dah tak menulis di blog ni, dan dah ada pun pembaca blog santai yang tertanya-tanya ke mana perginya penulis blog santai ni....heheheh.....

Sebenarnya biasa la, bila dah tak menulis sekali, penyakit kemalasan pun datang. Payah nak atasi penyakit ni. Tapi penulis tetap kuatkan semangat untuk meneruskan blog ni dan diharap semangat ni terus membara.....

Banyak sebenarnya perkara menarik dalam kehidupan yang tak dapat nak dikongsikan bersama dalam blog ni. Tetapi tidak mengapa, nanti bila penyakit "malas" tu dapat dibanteras, insyaALLAH dikongsikan juga di sini nanti.

Esok, merupakan hari SUKAN SMKM 2010. Ia akan berlangsung selama 3 hari bermula Rabu 10 Feb 2010 hingga Jumaat 12 Feb 2010. Wa...pejam celi...pejam celik dah nak sukan dah...Hari Jumaat ni acara kemuncak dan tugasan penulis sebagai ketua rumah sukan pun tamatlah dengan rasminya. Bukan senang juga nak menjadi ketua ni. Maklumlah di sekolah baru beberapa bulan di sini. Tetapi hati penulis sangat seronok dan gembira berada di sini. Setakat ni penulis sangat memuji dan kagum dengan guru-guru rumah helang (penulis santailah ketuanya). Begitu juga dengan para pelajarnya.....mereka memang hebat...

Tak lupa juga kepada pesaing-pesaing rumah helang iaitu cenderawasih, rajawali dan kasawari. Nampaknya mereka sudah mula menunjukkan kehebatan mereka. Para pentadbir yang terdiri daripada pengetua, penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang dan kaunselor juga sangat sporting dan sentiasa berada bersama dengan warga sekolah.

Memang rasa bertuah berada di sini. Memang rasanya bagi penulis, inilah kali pertama penulis menikmati perasaan seronok yang sungguh tulen tidak seperti tahun-tahun sebelum ini walaupun pernah diberikan tanggungjawab sebagai ketua rumah sukan. Walau apapun dan di mana juga penulis tetap berikan yang terbaik, dan penulis sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada semua......

Penulis sempat juga memetik kamera ketika pembahagian harta (bagi baju t-shirt rasmi da....) Macam-macam gelagat dapat dilihat....kepada yang sempat digambar, jangan mara yer jika gambar anda terpamer secara percuma di blog ini....heheh.....jom jumpa di kantin...tapi sendiri bayar aa....



Ni 'I' punyer.....ok tak...???


Pilih...jangan tak pilih....


Opps....jap, nak posing dulu....


Logo rasmi sekolah


Ni penulis punya....belum test lagi ni...baru bukak plastik..... heheheh...


Ni baju rasmi isteri penulis dapat (lengan panjang)....


Ni baju penulis beli sendiri daripada ibu Rajawali.....tapi warna HELANG


Gambar ni di ambil dari FB puan pengetua....jangan marah ye bonda....

Bah setakat ni dulu....

Selamat santai....




Wednesday, January 6, 2010

10 langkah capai kebebasan kewangan 2010

Salam,

Selamat datang tahun baru 2010. Nampaknya bertemu kembali kita di blog santai ni. Ini adalah artikel pertama untuk blog ini dari penulis. Artikel ini bukan ditulis sendiri oleh penulis tetapi melalui emel yang diterima di mailbox. Memang banyak emel terutama yang di spam masuk ke inbox penulis. Tetapi setelah membaca artikel ini macam best pulak isinya dan penulis berbesar hati untuk kongsikannya dengan pembaca setia blog ini.

Ini isi emel tu........


Ketika membuat bisnes trip ke Tawau 2009,
untuk banyak lagi gambar sila klik sini

Salam azmanasma,

2009 telah meninggalkan kita dan 2010 telah tiba!

Hari ini saya akan tunjukan bagaimana orang biasa boleh mencapai
kekayaan dan kebahagian. Saya telah lakukannya dan sekarang adalah
masa untuk anda pula.

Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat
Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan
hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada
kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa
selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang.


Sekarang, apa yang perlu kita lakukan...

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.
Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan,
kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,
sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa
1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun
ianya nampak seperti "mustahil". (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)

Perkara penting yang perlu anda ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras...
tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.


Masa untuk bertindak:

1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat
komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika
anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting.
Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan
jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?
Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan
anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan
sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar.
Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

4. Buat matlamat BARU untuk tahun 2010. Buat keputusan apakah langkah yang perlu
diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai
had masa.

5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!)
Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang anda akan berganda menjadi
RM170,000 dalam masa 40 tahun.

6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes.
Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook "Bagaimana Untuk ..... "

7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang
special untuk keluarga.

8. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak
mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Pasukan bolasepak
Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK
untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti
mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Mari kita jadikan 2010 tahun paling bermakna!


Demi kejayaan anda,

Mohd Nizam & Hisham


PS: Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja
untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Jika anda telah bersedia pada tahun 2010...

Selamat santai...........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails