Friday, April 6, 2012

SMeKeM @ MTQ Zon Selatan 2012





Salam,

Kelmarin sewaktu berada dalam mesyuarat Kokum penulis menerima panggilan telefon dari isteri penulis yang baru pulang dari Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat Zon Selatan 2012 (MTQ) yang telah diadakan di SMKMA Limauan Kimanis.

Alhamdulillah, beliau dengan nada ceria menyatakan :

" Abang...kita dapat johan syarahan....! Syarahan perempuan ngan tilawah tempat kedua....!"

Penulis pun dengan spontan mengucapkan tahniah kepadanya dan menyatakan rasa gembira dan bangga dengan pencapaian itu terutama pencapaian Panitia Pendidikan Islam SMeKeM. Maklumlah, memang jarang sekali kami sampai ke peringkat itu. Kalau mengajar di sekolah tu nak mencari yang boleh mengaji pun payah....inikan nak mencari yang pandai bertarannum......begitu juga dengan syarahan dan hafazan....gitulah gayanyer....

Apa pun, memang perkara ini seharusnya menjadi kebanggaan kami di panitia dan juga warga sekolah keseluruhannya. Memang dalam perhimpunan mingguan minggu lepas telah diumumkan banyak kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami, dan kali ini ia menjadi lebih bermakna.....

Keputusan MTQ kelmarin yang melibatkan wakil SMeKeM adalah seperti berikut :

Pertandingan Syarahan Agama (L)
Keputusan : Johan
Wakil : Mohd Jamri Japar


Pertandingan Syarahan Agama (P)
Keputusan : Naib Johan
Wakil : Nur Ayu Sufiah Khairul


Pertandingan Tilawah Al-Quran (P)
Keputusan : Naib Johan
Wakil : Siti Norsyafiqah Yassin


Tak ada pulak gambar yang diambil oleh isteri penulis sewaktu aktiviti MTQ kelmarin sebab dia banyak ambil gambar video bacaan tilawah sampai memori full. So tak dapat la nak tunjuk gambar. Mungkin nanti bila ada gambar dari peserta sendiri penulis akan upload la kat sini insyaAllah.

Walaubagaimanapun, penulis ada ambil ambar dengan jurufoto tetap dan berpencen SMeKeM iaitu Cikgu Khairul Anuar dan ini gambar dalam perhimpunan mingguan minggu lepas....

Gambar ini gambar penyampaian hadiah kemenangan MTQ Peringkat daerah Beaufort 2012 di SMK Gadong, Beaufort disampaikan oleh Pengetua SMeKeM Puan Zarida Mohd Junaidi sewaktu perhimpunan mingguan.


Johan Tilawah Al-Quran (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nor Syafiqah Yassin

Johan Syarahan Agama (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nur Ayu Sufiah Khairul

Johan Syarahan Agama (L) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Mohd Jamri Japar

Ketiga Hafazan Al-Quran (L) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Ahmad Rusyaidi Najmi Azhan

Ketiga Hafazan Al-Quran (P) Peringkat Daerah Beaufort 2012
Wakil : Nor Azirah Masri

Tahniah la diucapkan kepada guru-guru panitia yang bertungkus-lumus dan bersusah payah melatih para pelajar ini seperti isteri penulis sendiri Ustazah Khairulasma Shapiai, Ketua Panitia PAI Ustaz Mohd Mazlan Abdul Mulok, Ketua Panitia B. Arab merangkap ahli panitia PAI Ustazah Haslindawati Derahman, Ustazah Adibah Mat Jusoh, Ustazah Shanti Darzilah Awang dan juga penulis sendiri lah.....

Kepada Jamri yang akan mewakili SMeKeM dan juga Zon Selatan ke MTQ peringkat negeri Sabah yang akan di adakan pada 20-22 April ni di SMKA Sandakan diucapkan selamat berjaya, buat sehabis baik dan semoga membawa pulang kejayaan untuk mengharumkan lagi nama SMeKeM dan menambah pengalaman bagi dirinya.

Semoga kejayaan ini boleh dikira sebagai sumbangan kecil dalam meningkatkan dan menaikkan nama SMeKeM.

Proud to be SMeKeM citizens....!!!

Salam santai....








Monday, March 26, 2012

Kursus Pengurusan Homestay @ PULAKOP


Kenangan bersama penghulu kursus di Homestay Mitabang, Kiulu


Salam,

Apa khabar semua. Hari ni dah 26 Mac 2012...kejap jer masa berlalu...dah hujung bulan tiga....dan dah lebih kurang 3 hari penulis baru pulang dari Kursus Pengurusan Homestay anjuran PULAKOP.

Apa tu PULAKOP...? PULAKOP ni ringkasan dari Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi, satu badan/pusat latihan yang di naungi oleh SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia). Banyak memberi latihan/kursus kepada ahli-ahli koperasi seluruh Malaysia. Penulis pun kira baru berkenalan dengan PULAKOP ni. Itu pun hasil research sendiri dan lihat sahabat-sahabat pergi menuntut ilmu di sana.

Sebenarnya sepanjang tahun PULAKOP menganjurkan pelbagai jenis kursus/latihan/kemahiran tertutama kursus berkaitan keusahawanan, pengurusan dan sebagainya. Penulis mula tertarik dengan PULAKOP pun bila nampak dalam takwim tahunan dia tu ada menganjurkan Kursus Pengurusan Homestay. Masa tu tahun 2011, dan agak malang sikit penulis dah terlepas beberapa kali anjuran pada tahun tersebut. So, penulis hanya sempat mengikuti beberapa kursus yang agak tidak berkaitan dengan diri penulis tapi masih lagi pengurusan keusahawanan contohnya macam Kursus SPA / Refleksiologi dan juga Kursus Pengurusan Majlis. Terkini dalam tahun ini sebelum kursus homestay ni ialah Kursus Komputer MS Publisher.

Gambar kenangan penulis semasa kursus Komputer MS Publisher....
ini pun gambar draf untuk diedar bagi sesiapa nak tempah....
Masa ni pengetua penulis (Pn Zarida Mohd Junaidi) pun ikut sekali....

Banyak yang penulis dapat belajar dan ada pun yang telah penulis terapkan dalam urusan seharian penulis.

Kalau nak tahu banyak pasal PULAKOP ni boleh klik sini la....


KURSUS PENGURUSAN HOMESTAY

Sebenarnya dalam banyak-banyak kursus yang ada tu memang ini lah kursus yang penulis nanti-nantikan dalam hidup ini.....wow...dalam hidup....! Akhirnya dapat jugalah mengikutinya dan banyak belajar dari kursus ini. Maklum lah sebelum ini penulis telah menjalankan perniagan secara buta jer...tanpa informasi lengkap berkenaan homestay....kalau anda nak tahu boleh klik kat sini pasal homestay penulis dan di sini untuk informasi di FB.

Yang bestnyer bila dah tau pasal homestay ni memang betul-betul berlainan dengan apa yang penulis fahami sebelum ini. Jauh panggang dari api.......saaaaaaangat berbeza.....!!!

Tapi takperla.......yang penting dapat ilmu dan yang pang best sekali dapat kengkawan baru....ha...yang ni kira paling best la setiap kali kursus. Tambahan pulak dapat kengkawan dari kawasan yang tak pernah penulis sampai.....Sri Aman, Sarawak.....jauh tu....memang best....!

Panjang cerita kalau penulis nak kongsi di sini, rasanya cukup dengan kongsi gambar-gambar menarik sepanjang kursus ni pun dah cukup menceritakan bagaimana seronoknya penulis dapat menimba ilmu bersama teman-teman baru.....



Sesi pertama oleh Setiausaha Persatuan Homestay Sabah

Bergambar sebelum bertolak ke Tamparuli

Bersama penghulu kursus ketika tiba di tapak lawatan

Sesi penerangan oleh tuan rumah homestay Mitabang

Antara aktiviti dijalankan....buat atap nipah

Berjaya menyesaikan puzzle....
namanya Binsulung (kena keluarkan tali dari rotan)
jika dapat di keluarkan maka boleh berkahwin dengan anak gadis tempatan....!

Melawat rumah penginapan homestay....

Pemandangan indah yag memukau penginapnya....
subhanallah cantik betul


Gambar kenangan sebelum berangkat pulang

Singgah lagi beraksi di rumah terbalik.....

Ramai-ramai nak beraksi

Ucapan akhir Penghulu sebelum meletakkan jawatannya.....


Begitulah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi. Bukan apa....dah abis kursus ni dua tiga hari ni asyik teringat kat kengkawan. Kami memang sangat mesra walaupun hanya beberapa hari kenal tetapi hubungan sudah jadi macam adik-beradik.


Gambar kenangan yang sentiasa di ingatan.....
pun gambar yang belum dihantar ke kedai....kira ok la kan....? janji santai.....!


Semoga kita berjumpa lagi di lain masa. Salam santai buat kalian semua....

Wassalam...







Sunday, March 11, 2012

Sepetang yang santai di Sawangan, Kuala Penyu

Salam santai,

Alhamdulillah, hari minggu sempena cuti sekolah ni penulis sempat berjalan ke Pantai Sawangan, lokasinya di Pekan Kuala Penyu, Sabah. Dari rumah penulis kira-kira 40 km dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari Membakut (ikut jalan Kg Binsulok).



Ha...ni pertama kali penulis dan keluarga sampai ke sini. Dah hampir 9 tahun duduk kat Sabah ni baru ni tahu ada tempat secantik ini di sini. Itu pun dari kengkawan yang cycling (tapi penulis tak ikut la) dan juga kebetulan minggu lepas penulis menghantar pelajar dan rakan jurulatih ke jeti nak ke Pulau Tiga (di kenali dengan Survivor Island - lokasi penggambaran rancangan realiti tv). Sembang-punya sembang rupanya dekat bebenor dengan rumah penulis tapi tak tahu.....ciss...!!! Penulis ikut jalan Kg Binsulok, sebab jambatan ke Kuala Penyu dari Binsulok dan siap......kira macam dekat sikit kut.....


Petang yang SANTAI

Memang tempat ini sangat cantik dan warna air yang kehijauan memang membuatkan fikiran melayang-layang umpama berada di syurga. Cantik sesangat-sangat.....siapa yang belum sampai sini memang wajib la datang sekali untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini.

Apa kata jom tengok gambar pulak....

Penulis dan isteri merangkap 'girlfrend' bercanda di tepian pantai.....ceeewahhh....!!!

Ini pulak bodyguard from Beijing....hmm....

Bawak bekal

Apa yang best sekali ialah kami bawak kopi o panas dan juga biskut untuk dinikmati di atas jeti Sawangan. Yang menariknya di sini jeti tu teramat lah panjangnya. Penulis agak-agak la lebih dari 100 meter dari tepi pantai. Jauh wo....! Anginnya pulak pergh......punyalah kuat....kira jeti tu macam bergoyang-goyang jugak la...ditambah pulak dengan ombak yang gagah perkasa menghentam kayu jeti yang agak uzur.....

Sampai di pertengahan kami berehat dulu, kat sini pun cantik jugak macam ada sempadan air....lepas dari tengah tu airnya agak jernih dan kehijauan....kira boleh tengok la apa yang ada kat bawah....dan di pinggiran jeti tu pulak ramai jugak la kaki-kaki pancing melayan joran mereka....fuhhhhhs,,,memang santai.....!!!

Sampai ke hujung jeti kami cari port yang menarik...pergh....layan kopi o panas.....kunyah lak biskut coklat dan biskut kering.....memang santai......! Lapas tu melihat kehijauan laut bersama angin kencang yang bertiuo ibarat meniup segala masalah dan tekanan yang ada di tempat kerja selama ni....hilang dan terbang segala masalah yang mengganggu fikiran selama ini....hilang bersama angin lalu yang kencang......pergh....santai betul.....!!!



Jeng3x......layan biskut ngan kopi o panazzzz.....!!!

Orang posing dia pun nak posing jugak......hmm

Posing...layan angin sambil membuang segala masalah ke laut....!!!

Heppi benor gayernyer....

Jemput minum....!!!

Santai......macam kat umah pulak.....!

Petang yang santai, indah dan damai......

Orang buang masalah ke laut dia pun sama..........!

Bahaya o....! silap haribulan ke laut ni nanti.....!

Lepak bawah pokok pulak....

Sekali sekala melepak kat jeti....rasa tak nak balik.....!

Balik ke Membakut......ikut jalan Kuala Penyu - Kota Klias - Beaufort....

Begitulah hari ini berlalu.....cuti yang santai dengan belanja yang sangat menjimatkan....kami pun balik ke Hotel Membakut di Taman Desa Jaya lah.....hehehehe....

Salam santai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails