Wednesday, July 20, 2011

Jarang berlaku.....tapi berlaku juga

Salam,

 
Pagi tadi sewaktu penulis nak ke bank untuk cucuk duit, bila sampai kat bank mesin pulak tak boleh pakai. Masih dalam keadaan menyala, mungkin baru restart balik dan belum sampai ke fungsi mesin....Apa boleh buat...balek jer la.....

Selamat santai.....!!!

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-9 Akrami

Salam,

Sempat bergambar masa di Tamu Beaufort minggu lepas
Hari ni 19 Julai 2011 sekejap jer rasanya dah 9 tahun umur anak penulis ni. Takde yang istimewa dibuat sekadar ummienyer menempah kek untuk makan kami bertiga....maklumlah ahlinyer tak ramai. Sebiji kek ditempah special untuk guru kelas dia. Tu pun atas permintaan dia sendiri. Mungkin dia sayang lebih guru tu kut....

Apa pun ayah ucap Selamat hari Lahir buat along, semoga along lebih matang, dengar cakap ayah ummie dan jadi anak yang soleh yang berkualiti....tu jer harapan ayah buat along....




 


Thursday, July 14, 2011

Santai-minda hari ini.....



" Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak-banyak bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik..."

Selamat santai............!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails