Wednesday, January 12, 2011

Pindah...!!!

Salam,

Sebenarnya tak tahu nak bagi tajuk yang sesuai untuk posting kali ni. Perasaan gumbira dan sedih bercampur-campur.

Barang sampai

Gumbira kerana hari ni sampai lagi barang yang diorder dari bookplanet iaitu sebuah buku yang penulis beli secara online. Bukan apa ianya satu pelaburan jangka masa panjang (melabur untuk ilmu). Asalnya nak beli buku "Masa Untuk Emas" tulisan Azizi Ali, tapi sebab dah ada rakan baik penulis dalam bisness yang beri pinjam (Tuan Mohd Nor-Bongawan) maka penulis beli satu lagi buku iaitu "111 Cara Mudah Berjimat Cermat" tulisan Arman Arshad. (Boleh searching di BookPlanet)

Demi ILMU ku labur jua....

Hadiah (pinjaman) dari seorang RAKAN SEJATI
Dia beli dua buah, satu untuk bagi orang baca - penulis jadi yang pertama....

Gumbira juga apa bila tadi rakan baik penulis yang sudah pun posting ke Kelantan Darul Naim (Cikgu Zakimi) datang kembali ke Sabah dan sempat melepak rumah penulis untuk bertanya khabar. Beliau juga membawa berita gumbira bagi mereka yang dapat posting balik ke Tanah Melayu (semenanjung lah..) iaitu dapat tuntutan kargo (lebih kurang RM5-6k) dan elaun gangguan (sebulan gaji)...yang tak boleh tuntut ialah elaun perpindahan. Titik. (Cerita lanjut kalau tulis kat sini panjang berjela...)

Sedih

Memang menyentuh perasaan hari ni apabila mendapat tahu rakan yang rapat dengan kita meninggalkan kita seorang demi seorang. Mula dengan Cikgu Raudah, Cikgu Zakimi, kemudian Cikgu Arisham dan yang terdekat esok akan pergi ialah Cikgu Yusman. Beliau ni seorang yang sangat mudah didekati dan memang bergaul dengan semua orang. Jadi hari ni merupakan hari terakhir dan memang ramai orang mencari beliau untuk ajak minum dan berbual sebelum beliau berangkat pulang ke Kedah....glamour betul beliau dan pastinya ramai yang sayang dengan beliau.

Aktiviti copy-mengcopy pun berlangsung....

Alesya sebagai penghibur....tak tidoq lagi...anak abah betoi...

Walaupun terasa kehilangan hidup perlu diteruskan dan penulis doakan semua rakan yang berpindah juga selesa, bahagia dan seronok bertugas di tempat baru. Seorang lagi rakan penulis iaitu Cikgu Hazwan juga menunggu hari (bukan menunggu hari nak bersalin...) tetapi untuk pulang juga ke Kuala Lumpur, khabarnya di TTDI (Taman Tun Dr Ismail.....)

Bergambar SANTAI untuk kenangan...

Bertambah sedinh mengenangkan nasib kami suami isteri yang terkonteng-konteng sedangkan rakan-rakan yang memohon semua mendapat apa yang mereka hasratkan. Walaupun begitu, penulis tetap tabah menerimanya dan tetap akan bersabar. Penulis amat yakin dan percaya masanya akan tiba juga nanti.....

Gumbira balik

Cukuplah cerita sedih ni....buat apa nak bersedih2...rilek la...yang seronoknya tadi macam-macam cerita keluar masa bersembang dengan dorang...biasa la luahan perasaan sekali sekala....dan sempat lagi menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar ke sekolah esok (antaranya fail meja - masa penulis pindah dari situ dulu tak hantar pun). Siap print-memerint di rumah penulis. Penulis sikit pun tak kisah maklumkah itulah sikit-sikit sumbangan yang dapat diberikan. Yang seronoknya apabila rakan-rakan berkumpul di rumah dan berkongsi macam-macam cerita....

Hidup kena diteruskan....selamat bertugas di tempat baru buat mereka dan harap lepas ni penulis pulak meyusuli dorang ni....

Selamat santai....


Tuesday, January 11, 2011

Rezeki Santai

Salam,

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 7 hari mula persekolahan untuk 2011 ni, pantas sungguh masa berjalan, bebanan kerja pun dah mula rasa semakin berat, tambahan pulak minggu beberapa hari lagi dah mula aktiviti kokum....merentas desa, latihan sukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, penulis tetap santai walau bagaimana sibuk sekali pun keadaan melanda.

Ok la, hari ni bukan nak cerita apa, tadi baru balik dari asrama lepas sembahyang Isyak, masa sampai rumah ternampak la sebuah lori lalu depan rumah dan terus ke rumah sebelah. Penulis hanya melihat jer la. Terdetik di hati kecil, mungkin lori ni cari rumah Cikgu Yusman kut (sebab dia akan berpindah ke Kedah). Tapi lori tu menuju ke rumah sebelah dengan rumah penulis. Lori tu membunyikan hon ke rumah sebelah. Ba...biarlah, detik hati penulis, mungkin orang sebelah beli perabut baru kut....dan penulis pun parking motor elok-elok (standby nak ke surau untuk subuh esok) dan terus masuklah ke rumah tanpa memperdulikan hal yang berlaku di luar.

Semasa salin baju, telefon berdering, nombor sangat cantik tapi tak dikenali...."Halo..En Norazman Md Noh ker....???...ada kiriman untuk Encik, kami dari Citilink...." perghhh...pe hal plak ni....bila masa plak ada beli barang ni, sikit pun tak teringat apa barang yang nak sampai ni....Bila keluar jer...."En Norazman ini barang Encik...." Mak ai....keciknya barang....masih lagi tak teringat apa barangnya.....

Ni le barangnya, lori punya besar barang ciput jer...

Kemudian bila dah masuk dalam dan belek punya belek, nampak perkataan 'bonuslink'. Barulah penulis teringat pernah redeem melalui internet point bonuslink (maklumlah asyik isi minyak jer guna bonuslink dan tak pernah peduli pun....) Masa tu sampai surat suruh update info, so, penulis terus la redeem apa barang berkenan di hati.

Ini lah barangnya, gumbira sungguh rasa hati dan penulis rasa sangat bersyukur, dan bertambahlah koleksi pendrive penulis dan kali ni dapat free jer.....

Pendrive Kingston 8 GB

Cukuplah untuk kali ni dan nanti jumpa lagi yer....

Selamat santai....


Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Panjang skit salam kali ni, maklumlah lama dah tak menulis di blog ni. Bila bukak balik blog ni rasa sayu...ya lah sebab dah lama tah berusik (update la). Asyik cerita lama jer...pastu agak berat jugak nak loading sebab banyak gambar. Jadi, sempena ngan tahun baru masihi 2011 ni, penulis kasi update la skit blog ni. Bukan apa sebab setiap hari ada pengunjung sekurang-kurangnya seorang atau dua orang baca kisah kehidupan di blog ni.

Untuk makluman pengunjung dan pembaca blog ni, suka penulis ingatkan di sini bahawa blog ni merupakan blog peribadi dan banyak cerita perihal diri penulis samada cerita kehidupan keluarga atau pun kerjaya. Bukanlah cerita sensasi seperti cerita artis, atau cerita hantu seram, cerita pelik2 dan sebaginya untuk menarik perhatian trafik online. Sebaliknya tulisan di blog ini hanya sebagai satu luahan perasaan yang penulis rasa kerana setiap kali meluahkan perasaan samada sedih, gembira dan sebaginya hati tu rasa bagai terubat.......

Kisah Permohonan Pertukaran

Secara ringkasnya penulis memang berasa agak dukacita dengan permohonan pertukaran kali ni sebab biasalah bila permohonan tak diterima siapa yang akan gembira...tul tak? tapi yang menyebabkan lebih sedih apabila melihat wajah isteri tercinta dan juga ayah bonda di kampung yang nampak teramat-amat-amat-amat sedih dan kecewa dengan keputusan tersebut. Walaupun sudah dibuat rayuan dan sebagainya penulis tetap belajar untuk menerima keputusan tersebut dan bersedia menghadapi cabaran untk tahun ini di lokasi sedia ada. Titik.

Lebih memilukan apabila rakan-rakan yang memohon dan tak menyangka dapat tukar diterima pulak. Dah la orang-orang tersebut agak rapat jugak dengan penulis seperti Cikgu Zakimi (ke Kelantan tanah kelahiran), Cikgu Abang Morsha (ke Kota Kinabalu tempat isteri), Cikgu Yusman (ke Kedah kampung sendiri), Cikgu Raudah (ke Perak pun balik kampung jugak) dan Cikgu Arisham (ke Melaka)....Terasa betul pemergian dorang ni. Hilang jugak la tempat berkongsi cerita hari-hari...Tinggal penulis dan juga beberapa orang lagi yang tinggal untuk memohon untuk akan datang. Apa pun life must go on....

Pasal Keluarga pulak

Sub topik ni juga boleh dikira sensitif kalau dibincang. Maklumlah kami ni belum ada perkembangan tambahan. Masih jugak lagi sorang anak sedangkan rakan-rakan lain sibuk menambak anak. Bukan apa, yang ada pun dah besar tokleh nak main macam main ngan baby. Baby dah tua ni lain....agresif skit, pastu dah ada hati dan perasaan...kalau baby kecik tu kita cium sejuta kali pun dia bukan tau apa ...ye tak....???

Semoga tahun ni ada la perkembangan. Setakat ni banyak la jugak usaha dilakukan jumpa doktor biasa dan juga pakar, cuba cara urut kampung dan sebagainya hingga banyak gak la RM abis. Tapi usaha tetap akan diteruskan demi kelangsungan hidup berkeluarga....

Pasal kerjaya

Sub topik ni boleh dikira ok jugak la...dari segi kerjaya utama sebagai seorang kakitangan kerajaan penulis merasakan sangat selesa buat masa ni berada di tempat bertugas sekarang. Banyak faktor yang mempengaruhi antaranya lokasi tak jauh dengan rumah, nak ke sekolah anak dekat, dengan rumah pembantu rumah pun tak jauh, hubungan sesama rakan sejawat dan boss pun kira ok la.....lagi pun motivasi kerja sentiasa berada di tahap tinggi dan keadaan sekeliling yang sangat kondusif untuk perkembangan minda dan kerjaya.

Meja penulis di sekolah, bersepah sangat,
tahun 2011 kasi clear semua,
biar lapang....
Di samping tu, penulis jugak terlibat seperti orang lain juga dengan beberapa bisnes...biasala nak meng'cover' perbelanjaan yang sentiasa meningkat sekarang ni. Yang ni rasanya ramai yang tahu jugak la kut. Secara separuh masa penulis menjadi Perunding Unit Amanah Islam (Unit Trust Consultant) yang berdaftar dengan FIMM (Federation of Investment Managers) dan dengan syarikat No1 Public Mutual. Dari segi pendapatan sampingan boleh dikira agak lumayan jugak la. Ini disebabkan penulis sangat berminat dengan bidang Pengurusan Kewangan (Financial Management) - mungkin dulu silap ambik 'course' kut masa di UIA, tapi apapun syukur sebab banyak membantu merancang masa depan.

Ada pulak tawaran dari Takaful Malaysia untuk menjadi Perunding Takaful. Sebelum menjadi guru penulis bertugas di Takaful Malaysia sebagai kakitangan tetap yang dah sah jawatan pun, tetapi resign sebab dapat KPLI (masa tu susah wo nak dapat....) Harap yang ni pun penulis dapat membantu ramai rakan dalam memberi kesedaran bidang kewangan kerana ia masih lagi di bidang Financial Management.

Perancangan 2011

Dengan penuh semangat, penulis berharap tahun ini banyak membawa kebaikan dalam kehidupan. Sebagai semangat permulaan, penulis habiskan masa untuk update blog ni dan rasanya akan luangkan banyak masa lagi dengan internet untuk berhubung dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja sebab penulis tahun lepas banyak keluar berjumpa ramai orang. Tahun ni rasanya banyak masa dengan laptop ni lakut sebab malas nak keluar jauh-jauh. Sekarang ni dengan pertambahan kereta di jalan raya dan juga dengan kenaikan harga macam-macam barangan termasuk harga minyak kira agak menyusahkan jugak la. Lagipun dah bosan dengan trafik jamm di jalan raya yang banyak membuang masa yang sangat berharga.

Lagi satu, beberapa projek 'mega' (bagi penulis la, tapi tok leh sebut lagi) yang akan dijalankan tahun ini dan diharapkan sukses sebab nak berjaya ni banyak halangan dan cabaran yang akan ditempuhi. Penulis juga berharap dapat menyimpan duit untuk tahun ini kerana setakat ni penulis sedar 'kuasa simpanan' walaupun sedikit tetapi tetap ia akan menampakkan hasil untuk jangka masa panjang. Berapa jumlahnya tu takyah la citer kat sini....nanti macam berlagak la pulak kan...???

Harapan

Uih..macam dah panjang la jugak tulisan kali ni, asal tadi nak tilih sikit2 jer....biarkan lah...sebab ini luahan dari hati penulis.......

Harapan tahun ini agar penulis menjadi lebih matang dalam meniti kehidupan seharian, nak tambahkan amalan, nak kurangkan marah-marah (penulis ni agak panas baran jugak tau...), lebihkan bersabar, banyakkan mengaji Quran, banyakkan membaca pelbagai jenis buku dan pelbagai jenis bacaan ilmiah untuk tambah ilmu dan banyak bantu mak dan abah menikmati sisa-sisa kehidupan mereka di kampung....

Rasanya cukuplah setakat ni dulu...nanti ada free sambung lagi ya...

Bagi yang ada komen, sudi apalah kiranya mencoret sekadarnya....boleh tulis kat ruangan bawah sebab baru add tu....terjumpa plak masa berlayar...biasa la kan...

Salam santai untuk semua..

Wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails