Saturday, February 27, 2010

Hari Kemuncak Sukan SMKM 2010

Salam,

Hari kedua sangat penat dan tak sempat nak buat liputan......hehehe....


Sedang mengatur strategi denga pelari harapan

Tak dapek den nnolong ee....

Hari kemuncak memang best dan rasanya terlalu banyak yang nak diceritakan. Memang puas hati dan seronok walaupun gagal mempertahankan kehebatan. Yang penting enjoy......kita layan gambar jer lah yer.....



Antara orang kuat rumah helang...Cikgu Bakri, Cikgu Sulaiman dan Kak V



Sebahagian guru dan pelajar Rumah Helang dihadapan khemah berhias


Semua warga SMKM yang komited sempat bergambar kenangan


Sebok mengurus anak helang...terpaksa mintak bantuan juruacara


Bendera rumah helang hasil kerja tangan Cikgu Bakri


Ketua2 rumah dan ajk yang masak ranum dek kepanasan matahari di padang


Team tarik tali yang digeruni....heheheh


Ni sewaktu minum mengatur strategi talik tali


Jangan main-main, bonda turut membantu mengatur strategi team tarik tali.....
sebab dah bertahun-tahun asyik kalah memanjang.....



Sebelum mula bergambar dan salam dulu, tangan dorang macam kayu cengal.....pergghhh...


Hari2 tarik kayu balak......mantap tapi tahun ni tersungkur juga.....


Wak din di barisan hadapan....penulis jadik anchor....duk belakang tak nampak......


Salam.....dah menang.....


Gambar lagi.......perrggggghhhh...pinggang dah mula terasa....


Bergambar dengan maskot helang di khemah berhias


Bersama team perbarisan....

Acara penutup......panazzzz teriks...


Keputusan akhir........


Menerima hadiah selaku ketua rumah oleh perasmi


Abis dah........akhir kata salam SANTAI....!!!






Thursday, February 11, 2010

Hari Pertama Sukan SMKM 2010


Gambar penulis sedang santai sambil mengurus anak-anak helang
sambil dibantu ibu-ibu helang.....heheheh.......

Alhamdulillah,

Jam sekarang sudah menunjukkan jam 12:28 minit tengah malam. Masih belum terasa mengantuk lagi mata penulis ketika ini. Kebetulan baru balik dari kerja malam....heheheh...biasa la buat part time, berkongsi ilmu dengan rakan-rakan.....

Lepas layan FB kejap tadi nampak banyak juga coretan rakan-rakan tentang pelbagai isu berkaitan sukan sekolah yang berlangsung untuk hari pertama ini. Bukan main lagi yer ada kumpulan berbaju CELCOM (Team Kasauari la tu....), ada yang pakai baju DiGi serba kuning dari atas sampai bawah (yang tu ibu rajawali) dan macam-macam lagi. Apa pun kita semua gembira hari ni....tul tak....

Memang tak dapat dinafikan kehebatan Rumah Rajawali hari ini. Jauh meninggalkan pesaing-pesaing yang lain....pergghhhh...14 pingat emas, mengatasi Helang 6 pingat emas, Kasuari 5 pingat emas dan tak lupa juga Cenderawasih yang berjaya juga menggondol walaupun satu pingat emas....kira okay la tu kan daripada tiada.....Apa agaknya rahsia dan formula Rajawali sehinggakan semua anak-anak burungnya berjaya menggondol pingat emas dalam hampir semua acara dan meninggalkan kami rumah-rumah yang lain hanya tempat kedua dan ketiga sahaja......pelik betul....share la rahsia tu.....

Apa pun kita semua enjoy hari ni. Seperti biasa penulis sempat juga memetik kamera walaupun dalam kesibukan mengurus anak-anak helang di pondok yang disediakan.....bukan senang mengawalselia anak-anak burung ni.....asyik terbang ke hulu ke hilir....pening jugak rasa sesekali tu....tapi layan jer la....yang penting hari ini berlalu dengan baik dan penuh semangat kesukanan.....


Pasukan sorang Rumah Helang.....harap tak menang sorak jer la....


Sedang mula menaikkan semangat rakan sepasukan


Tak kurang hebat juga sorakan Rumah Rajawali


Rumah Kasuari juga tidak mahu ketinggalan.....


Aksi anak helang menggondol emas acara 400 meter Lelaki A (Rayner Blasius)


Urusetia (dari rumah helang tu....) yang sibuk di pendaftaran peserta


Senyuman manja dan manis dari urusetia yang berdekatan....
mintak maaf la untuk acara lain....tak sempat nak berjalan-jalan.....


Akhir kata

Salam santai buat semua.....



Tuesday, February 9, 2010

Temasya Sukan SMKM 2010

Salam,

Lama dah tak menulis di blog ni, dan dah ada pun pembaca blog santai yang tertanya-tanya ke mana perginya penulis blog santai ni....heheheh.....

Sebenarnya biasa la, bila dah tak menulis sekali, penyakit kemalasan pun datang. Payah nak atasi penyakit ni. Tapi penulis tetap kuatkan semangat untuk meneruskan blog ni dan diharap semangat ni terus membara.....

Banyak sebenarnya perkara menarik dalam kehidupan yang tak dapat nak dikongsikan bersama dalam blog ni. Tetapi tidak mengapa, nanti bila penyakit "malas" tu dapat dibanteras, insyaALLAH dikongsikan juga di sini nanti.

Esok, merupakan hari SUKAN SMKM 2010. Ia akan berlangsung selama 3 hari bermula Rabu 10 Feb 2010 hingga Jumaat 12 Feb 2010. Wa...pejam celi...pejam celik dah nak sukan dah...Hari Jumaat ni acara kemuncak dan tugasan penulis sebagai ketua rumah sukan pun tamatlah dengan rasminya. Bukan senang juga nak menjadi ketua ni. Maklumlah di sekolah baru beberapa bulan di sini. Tetapi hati penulis sangat seronok dan gembira berada di sini. Setakat ni penulis sangat memuji dan kagum dengan guru-guru rumah helang (penulis santailah ketuanya). Begitu juga dengan para pelajarnya.....mereka memang hebat...

Tak lupa juga kepada pesaing-pesaing rumah helang iaitu cenderawasih, rajawali dan kasawari. Nampaknya mereka sudah mula menunjukkan kehebatan mereka. Para pentadbir yang terdiri daripada pengetua, penolong-penolong kanan, ketua-ketua bidang dan kaunselor juga sangat sporting dan sentiasa berada bersama dengan warga sekolah.

Memang rasa bertuah berada di sini. Memang rasanya bagi penulis, inilah kali pertama penulis menikmati perasaan seronok yang sungguh tulen tidak seperti tahun-tahun sebelum ini walaupun pernah diberikan tanggungjawab sebagai ketua rumah sukan. Walau apapun dan di mana juga penulis tetap berikan yang terbaik, dan penulis sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada semua......

Penulis sempat juga memetik kamera ketika pembahagian harta (bagi baju t-shirt rasmi da....) Macam-macam gelagat dapat dilihat....kepada yang sempat digambar, jangan mara yer jika gambar anda terpamer secara percuma di blog ini....heheh.....jom jumpa di kantin...tapi sendiri bayar aa....



Ni 'I' punyer.....ok tak...???


Pilih...jangan tak pilih....


Opps....jap, nak posing dulu....


Logo rasmi sekolah


Ni penulis punya....belum test lagi ni...baru bukak plastik..... heheheh...


Ni baju rasmi isteri penulis dapat (lengan panjang)....


Ni baju penulis beli sendiri daripada ibu Rajawali.....tapi warna HELANG


Gambar ni di ambil dari FB puan pengetua....jangan marah ye bonda....

Bah setakat ni dulu....

Selamat santai....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails