Friday, July 10, 2009

Gelagat santai ceria SMKM

Salam,

Hari ni genap 10 hari penulis berada dalam suasana baru. Orang kata yang baru biasanya memang best. Gitulah yang penulis rasa setakat ini....maknanya akan datang tak tau lagi la....mudah-mudahan masa akan datang serupa jugalah seperti sekarang....

Saksikanlah gelagat-gelagat rakan-rakan yang sporting ketika waktu santai (bukan waktu mengajar aa....) layan Facebook dan blog santai....kebetulan ada kemudahan internet di sini berbanding sebelum ini....ni bukan salah guna aa...ni guna se-optimum mungkin berkongsi-kongsi maklumat terkini dengan cara yang santai.....


Melayan santai dengan apple i mac.....betul ker...???
Cubaan meracun yang hampir berjaya
...

Memeriahkan suasana santai....

Kebetulan hari ni hari Jumaat....ada la salah seorang guru ni bersedekah dengan membuat kek (kek apa namanya tu penulis tak berapa tahu....mintak mahap la yer....). Cikgu Farina namanya....apa lagi dengan bantuan Cikgu Jaidah mengagih-agihkan kepada rakan-rakan guru lain.....mantap...sedap......kalu boley buat slalu yek....


Inilah orang yang rajin buat kek tu...boley bisnis kueh ni.....

Ni la kek yang penulis dapat sebelum di 'mamam'....





Menikmati kek yang lazat sambil santai.....
Yang ni sebahagian jer la....yang lain tak sempat snap....


Begitulah sebahagian gelagat, semoga dengan perkongsian ini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama rakan guru di sini. Sesekali teringat juga rakan-rakan lama di SMKM II....rindu gak la....ntah dorang ingat ker lagi ngan penulis nih....tak per lah....yang penting semua orang bahagia dan ceria..........

Bonda tak ada pegi mana yer....??? kalau ada mesti lebih ceria.....!!!

Salam santai....


Semangat baru.......tetap santai


Demi kasih sayangku kepadamu...ku hantarmu ke GYM supaya lebih lansing gitu....

Salam,

Sejak masuk kat sekolah baru ni, memang kehidupan penulis semakin berubah....perubahan daripada yang sudah sedia baik kepada yang lebih baik....alhamdulillah...syukur kepada ALLAH. Rakan-rakan guru di sini juga nampaknya agak sporting dan penulis selesa bergaul dengan mereka.....

Baru-baru ini, rakan-rakan isteri penulis merancang untuk pergi ke gymnasium untuk mengikuti aktiviti senamrobik di Gimnasium Rakyat Beaufort. Suatu ketika dulu (sebelum viva master aritu....) penulis juga aktif untuk mengangkat besi bersama teman-teman setaman perumahan....masa tu geng-geng pergi gym ni terdiri daripada Cikgu Yusman (merangkap instruktor), Cikgu Abg Morsha, Ustaz Ali Karimi, Ustaz Azizi, sesekali Cikgu Zakimi dan penulis....

Kenangan indah yang memang tak dapat dilupakan masa tu ialah masa kali pertama layan besi tu, kami dilatih oleh sifu yang juga merupakan jaguh Sabah dalam sukan bina badan sewaktu ketika dahulu iaitu Augustin Ikin. Badan dia jangan cakapla...memang berketul-ketul la....bila training dengan dia, seingat-ingat penulis memang tiga hari tiga malam tangan jadi keras tak boleh nak bengkok dan lurus....nak gosok gigi pun kena goyang kepala kat berus sebab tangan tak boleh goyang, nak pakai baju pun macam robot dan nak makan mulut kena tuju ke tangan bukan tangan yang suap ke mulut....tu la penangan main besi...tapi lepas tu, terus rasa ringan badan dan seluar pun kurang dua tiga lubang talipinggang....memang best la....

Sekarang tiba giliran isteri pulak bila kengkawan dia ajak buat senaman. Penulis tidak teragak-agak terus setuju sebab untuk kesihatan dan kebahagian senaman memang perlu. Kebetulan pulak bila ada kengkawan bagi sokongan moral lagi la semangat ...tul tak...So, berikut gambar-gambar yang sempat di snap sewaktu di gym tu....jangan salah faham pulak nak amek gambar-gambar awek plak....amek gambar bini la...tu la girlfriend dunia akhirat mudah-mudahan......



Yang ni Jadual hari Selasa haritu (high impact) menurut instruktornya....
fokus baju merah maroon




Senamrobik dan konsultasi senaman dan penjagaan kesihatan
fokus baju purple....

Jadi, begitulah hari-hari berlalu minggu ni...semoga berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam.....lagipun insruktor juga memang seorang pakar dalam bidangnya....

Teruskan bersama blog santai....

Salam ceria selalu...



Thursday, July 9, 2009

Kejutan santai....!!!

Salam,

Tepat jam 9:45 pagi ini, sewaktu pelajar sedang keluar rehat dan penulis sedang bercerita-cerita dengan rakan-rakan meja sebelah, tiba-tiba bonda muncul dan datang terus ke meja penulis.....berdegup-degap jugak la jantung ni....tapi penulis buat rileks jer.....control macho la kunun......

Kemudian bonda mintak tengok blog santai....apa lagi.....buka jer la....kemudian layannnnn.....




Bonda yang khusyuk melayan blog santai.....


Wajah ceria bonda ketika membaca blog santai.....
fuhhs..penulis rasa sungguh lega....


Tu la dia seorang pemimpin / lady bos / bonda yang dihormati lagi disegani di sekolah ini.....beliau memang sentiasa meronda di bilik guru dan juga tempat-tempat lain membuatkan semua orang sentiasa bekerja.....

Alhamdulillah, penulis dapat rasakan satu 'paradigm shift' di sekolah baru ini, mudah-mudahan perasaan suka dan gembira ini berkekalan sampai bila-bila.....

Sekian dulu,

Selamat santai..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails