Sunday, July 5, 2009

Hujung minggu yang santai

Salam,

Alhamdulillah, hujung minggu kali (sabtu & ahad) dapat bersantai di rumah jer...kalau tidak biasanyer memang akan keluar samada ke KK atau ke Beaufort. Bukan aper, hari ni isteri mesti siapkan at least final draf tesisnya sebelum first proof reading....memang makan masa skit nak nyiapkan tesis ni...kalu tak kuat semangat payah jugak la nak lepas.....mungkin ada orang ingat senang jer nak buat master ni....tapi hakikatnyer kalau tak menangis tu macam takder kenangan la bila grad nanti.....


Sarapan santai....


Nasi lemak sedap... dua cara pembungkusan dan harga yang berbeza...
rasanyer pun berbeza dan mantap....


Nasi yang pertama dalam daun pisang....kuantiti sedikit....tapi aroma memikat....


Nasi lemak kedua...makan dalam daun pisang yang pertama...
strategi untuk dapatkan aroma....


Tidak la ada apa yang menarik sangat pagi minggu ni....macam biasa hari ni ke tamu (macam pasar minggu atau pasar tani la kalau di kampung...). Cuma agak menarik apabila nampak nasi lemak bungkus daun pisang....ngancam...terliur nengoknyer...kali ni ramai juga peniaga yang menggunakan daun pisang bila menjual nasi lemak...biasanyer sebelum ni, mereka menggunakan plastik biasa yang kecil untuk membungkus nasi lemak...dan biasanyer kalau di kantin tu (SMKM II la....) bebudak makan nasi lemak tak payah pakai pinggan...tebuk lubang di bawanhnyer dan terus direct ke mulut.....

Jadi, penulis pun angkat la tiga (sorang satu untuk di rumah, kami bertiga jer...)....pastu jalan-jalan lagi jumpa pulak satu lagi tempat jual nasi lemak....dulu memang selalu gak beli di sini sebab sambal dia tu merah menyala dan memang kene dengan citarasa penulis....bah...bila dah lama tak jumpa ditegurnya babu atu (makcik penjual tu menegur...), jadi dalam segan-silu bila dah ditegur lama tak nampak tu, kene la beli ambil hati...lagipun murah jer nasi lemak babu tu....teka harganyer baper....????

RM 0.50 jer sebungkus.....(gambar atas sekali dalam plastik tu...) memang kalau di semenanjung memang payah la nak jumper...tambahan pulak kalau duduk di bandar....nasi lemak mesti RM 1.50 ke atas punyer...tapi di Membakut ni masih lagi harga dulu-dulu....alhamdulillah semoga tuhan murahkan rezeki babu jual nasi lemak murah ni.....

Kenduri kahwin...

Bila matahari dah tinggi dan mula menjelang tengahari, kira-kira jam 11.30 pagi, penulis bertolak ke sebuah kenduri kawin di atas jemputan salah seorang kakitangan SMKM yang mengahwinkan anaknyer.....dapat menantu orang Kedah citernyer....jadi anak nanti orang Kebah atau Sadah lah....hehehe...gabungan Kedah dan Sabah...gurau jer....jgn mara aa.....


Kad jemputan kawen anaknyer Pakcik Kahar....staff SMKM
merangkap
geng jemaah masjid Pekan Membakut


Bergambar kenangan dengan Pakcik Kahar dengan cucunyer....
belum pencen sudah bercucu...hebat...


Makan semeja dari kiri Cikgu Azmie, penulis santai dan Cikgu Mozaki (Kimi da...)

Bukan aper...ada la perkara yang menarik di sini. Antaranyer persembahan muzik 'life' dari sebuah band yang agak dikenali juga lah di sini.....Salah seorang tu (kiri sekali) memang sangat dikenali....Cikgu Joe...PK I SMKM...sapa tak kenal....wah memang hebat bah orang ani...banyak la citer2 yang disampaikan mengenai Cikgu Joe ni.....sumer citer yang baik dan hebat....memang beliau sangat meminati bidang muzik ini dari dulu dan ada juga sebahagian guru-guru di SMKM yang pandai, aktif dan hebat dalam kumpulan seperti ini....mereka ni (sewaktu penulis makan santai) memainkan lagu-lagu melayu asli....yang slow, steady dan santai...kene dengan feel masa makan...hehehe....memang siouk la....

Makan plak semeja dengan Cikgu Azmie...juga merupakan salah seorang orang kuat yang masih aktif dalam bidang ni....macam-macam citer keluar...asam garam hidup bersama minat dalam muzik ni...pernah beliau bercerita pengalaman...memang mereka menghiburkan orang ramai dengan alunan muzik yang enak, tetapi di belakang pentas mereka menderita kelaparan, hanya meggi menjadi santapan....sadis...tetapi itulah perkongsian pengalaman dari Cikgu Azmie....



Habis je makan...penulis pun ke hadapan pentas mengambil gambar dengan ihsan kamera Mr Kimi sebab tertarik dengan band muzik Cikgu Joe....citernyer kebanyakan atau kesemua peralatan terlibat kektika itu adalah milik Cikgu Joe....minat betul orang ni.....

Kemudian datang seorang perempuan (penyanyi kumpulan la kut...) datang mempersembahkan lagu....penulis pun snap la satu gambar....tu na seperti di bawah... Untuk maklumat pengujung blog ini yang bukan dari Sabah, memang menjadi kebiasaan di dalam majlis perkahwinan di sini ada persembahan karaoke atau muzik iringan bersama dengan DJ jemputan memeriahkan suasana....tapi kali ini betul-betul berbeza....penulis layannnn jer...


Tu la penyanyi nyer...tapi penulis suka irama instrumental tanpa penyanyi.....


Cikgu Agku Johari Pg. Abu Bakar....PK Pentadbiran SMK Membakut
juga merupakan seorang ahli muzik


Sedang asyik penulis mengambil gambar, tetiba Cikgu Joe pun buat posing mengancam dan apa lagi....itu macam hint....posing maut.....penulis pun ambil satu gambar Cikgu Joe buat tatapan peminat di SMKM dan juga buat semua pengunjung blog santai.....orang yang hebat...slow and steady...memang respek giler la....(bukan nak jek aa....ikhlas...)

Itu lah citer hujung minggu ini yang penuh santai...minda sudah semakin rileks dan semakin terbuka....tidak macam sebelum ini...kali ini memang perasaan santai itu semakin tebal dan kuat....terus teringat nak balik kampung.....hehehe...

Sekian dulu buat kali ini, mohon maaf sekiranyer ada terlanjur kata...

Akhir kata, salam ceria dan santai selalu....

Wassalam...






Friday, July 3, 2009

Santai sesantainyer......

Salam,

Alhamdulillah, semalam puas melayan FB dan membaca berita-berita terkini dari pelbagai sumber....untuk hari ni nak layan macam semalam rasa macam rugilah pulak.....sekali-sekala bolehlah....hari ni kena lebihkan pengisian rohani pulak.....

Jadual mengajar masih belum diperolehi kerana masih ada urusan melapor diri dari guru yang sepatutnya melapor masih belum selesai....jadi apa lagi, jadi guru relief (guru ganti) jer la.....apa pun penulis okay saja bah.....memang terasa sudah 'gian' mengajar....maklumlah seminggu dah rileks......



Slip tugasan guru ganti kelmarin....beserta tugasan.....


Slip tugasan guru ganti.....hari ini...

Nampaknyer pengurusan di sini amat sistematik berbanding dengan pengalaman penulis sebelum ini. Bukanlah niat penulis hendak membandingkan sekolah tetapi apa yang baik yang boleh dikongsi harus diterima dengan baik untuk tujuan penambahbaikan.......

Minda penulis juga semakin terbuka apabila berada di sini bersantai bersembang bersama rakan guru berkenaan pendidikan dan PIBG terutama apabila minum bersama dengan Cikgu Farina selaku orang kuat PIBG, begitu juga dengan rakan guru lain bila bercerita berkenaan sukan, agama, bisness, pengurusan dan sebagainya....syukur alhamdulillah....

Sesekali teringat kat anak-anak murid di SMKM II....sapalah yang mengajar dorang menggantikan penulis....kerana di sana pun kurang juga guru agamanya.....setakat makluman dari rakan guru di sana...mereka terpaksa digabungkan kerana tiada guru mengajar....harap mereka memberikan keputusan yang terbaik......

Akhir kata, selamat santai bersama penulis di blog ini.....

Salam santai....


Thursday, July 2, 2009

Lawak Santai

Salam,

Sekadar bersantai sambil membaca cerita lawak........

Lawak santai 1 :
Sorang jer....?

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Saya adalah penjaga gol!"

-------------------------------------

Lawak santai 2 :
Jangan menyebok

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas.

Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga :

"Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi :

"Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas :

"Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi :

"Bila kau nak gerak ni??".

Aku selamba jer kata :

"Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata :

"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Selamat santai...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails