Saturday, May 2, 2009

10 working tips

1) Do not get into trouble
2) Aim for greater heights
3) Stay focussed on your job
4) Exercise to maintain good health
5) Practice Team work
6) Rely on your trusted partner to watch your back,
take your time trusting others
...
7) Save for rainy days
8) Rest and relax
9) Always smile when your boss is around
10) Nothing is impossible

Friday, May 1, 2009

Selamat bercuti hujung minggu...

Salam,

Posting ni ditulis di sebuah cyber cafe di Centre Point, Kota Kinabalu. Terima kasih kepada semua pengunjung blog ni. Nampaknya cerita panas banyak menarik pengunjung ke blog santai untuk menilai sendiri blog ini. Adakah blog ini blog santai atau blog panas (tak kena dengan tema santai kalau panas...)

Dalam era globalisasi arus perdana, kemudahan ICT sangat memainkan peranannya dalam membantu memudahkan perhubungan dan urusan seharian. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku yang menjadikan blog ini agak panas ketika ini. Sebenarnya tidak ada apapun yang menarik berlaku yang mencetuskan peperangan atau pergaduhan atau pepercahan atau perbalahan....(banyak betul atau...)

Bagi yang baru berkenalan dengan dunia IT (mungkin sebab blog santai baru nak berjinak-jinak dengan komputer - yang tak terlibat jangan terasa plak...) BLOG merupakan satu platform untuk seseorang menulis dan melemparkan idea samada bernas atau tidak, menyatakan luahan samada dibaca atau tidak, berkongsi maklumat dan informasi samada berguna untuk seseorang itu atau tidak dan sebagainya. Fungsinya sama juga dengan FACEBOOK, FRIENDSTER atau lain-lain medium pengantaraan. Seseorang penulis itu boleh menulis apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan moral dan tatasusila masyarakat apatah lagi dengan syariat agama (jangan buat blog lucah plak-memang ramai la pengunjung tu nanti....)

Blog santai merupakan salah satu blog penulis untuk berkongsi pelbagai maklumat, informasi, idea, luahan perasaan, kejayaan, kegagalan dan sebagainya (maknanya ni blog peribadilah...) Blog lain yang diuruskan penulis ialah blog e-hikmah. Blog ini berkongsi kejayaan pelajar, guru dan coretan pelbagai aktiviti sekolah (secara sukarela bukannya rasmi pun...atas inisiatif sendiri jer...) Pelbagai tafsiran dan penilaian dibuat oleh pengujung blog ini terhadap penulis itu terpulanglah kepada setiap inividu. Bukannya mengutuk, menghentam, mengata orang dan seumpamanya. Tujuannya mulia untuk berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca dan berkongsi komen dan ulasan atas dasar ilmu dalam keadan santai.

Kalau diikuti dari awal penulisan blog ini pun tidak ada yang mengutuk, mengata, menghentam sesiapa samada individu atau organisasi. Sebab itu penulis menulis mengenai PENYUCUK atau PELAGA kerana penulis telahpun dihina dan dicerca dihadapan khalayak sejawat tentang blog ini. Bukannya pasal kerja pun....tu la masalahnya. Walaubagaimanapun penulis telahpun memaafkan orang yang mencerca dan menghina dari belakang itu (walaupun dia belum meminta maaf secara terbuka) dengan berhadapan dan meminta penjelasan sebenar bukan menyerang tak tentu hala (itu bukan sifat penulis...) Puncanya apa.....ada orang yang tiba-tiba baru membaca blog ini dan melaporkan perkara yang tidak tepat hingga menimbulkan salah faham antara penulis dengan orang yang dimaksudkan. Hubungan yang terbina bukan atas dasar ukhuwah tetapi atas dasar salah faham. Sungguh tidak baik orang yang mengadu domba itu....bertaubatlah...

Secara jujur dan ikhlas penulis memohon ampun dan maaf secara terbuka sekiranya kehadiran blog ini menyebabkan anda (kalau terlibat la....kalau tak tak yah terasa la) kurang selesa dan membenci penulis. Marilah kita sama-sama maju kehadapan bersama arus pembangunan meneruskan perjuangan dakwah dan jihad mendidik anak bangsa melalui medium dan platform ini. Tunjukkan bahawa orang Islam juga tidak ketinggalan dengan arus kemodenan. Islam boleh....dan bukan melihat sesuatu perkara itu secara negatif. Bukalah minda, lihatlah secara positif dan berkongsilah ilmu pengetahuan ALLAH yang maha luas ini.

Akhir kata, teruskan bersantai dengan blog ini, ampun dan maaf dipinta dan sekiranya tidak selesa dengan blog ini tidak perlu layarinya (banyak blog lain lagi yang lebih bermanfaat...)

Panjang la plak posting kali nih...baru lepas bersantai tepi laut, idea mencurah-curah....

Selamat bercuti hujung minggu dan selamat santai....



Selamat Hari Pekerja...

Kambing pun sonok dapat cuti hari ni...he...he...he...
Salam,

Alhamdulillah cuti hari ni...Selamat Hari Pekerja kepada diri sendiri dan semua para pekerja samada yang sedang bekerja atau sedang bercuti....cadangan nak ke Pulau Tiga terpaksa dibatalkan. Semalam dapat SMS "amaran angin kencang dan ombak dijangka bertiup 40 - 50 knot dan ombak setinggi 5.1 m. Segala kesulitan amat dikesali..." So, agak terkecewa la sikit hari ni sbb dah lama perancangan nak ke Pulau Tiga anjuran Kelab Guru SMK Membakut II nih...apa boleh buat, terpaksa la tangguh dulu....

Gambar kambing kat atas tu saja-saja dibubuh situ menunjukkan bahawa seronok hari ni cuti dan bukan bermaksud pekerja macam kambing plak....Kene beri penerangan sejelas-jelasnya kat sini khas buat pengunjung blog ni yang sengaja mencari kesalahan dan keburukan orang. Bila masuk sini samada baca atau tidak sentiasa nampak yang negetif jer...tak pernah nak menilai perkara positif atau benda baik yang ada sini. Suka menjadi PENYUCUK dan PELAGA orang lain. Memang takde kerja lain....Khas buat penyucuk2 dan palaga2...bukalah minda dan carilah informasi dan ilmu yang dikongsi di blog ini....

Apa pun kepada semua pengunjung terima kasih kerana menjadi pelawat setia mengikuti dan berkongsi maklumat di sini. Semoga dapat memberi manfaat dan harap semua pengunjung blog ni berada dalam keadaan ceria selalu....

Sebelum terlupa...setinggi penghargaan buat pemberi komen di posting panas di bawah. Komen anda semua memberi motivasi yang sangat baik buat diri ini....terima kasih banyak...

Selamat santai....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails