Tuesday, April 14, 2009

Pekan lama Membakut banjir lagi

Salam,

Berita terkini 14 April 2008, Pekan lama Membakut dikejutkan lagi dengan kejadian banjir secara tiba-tiba berpunca daripada pembukaan empangan berhampiran yang tidak lagi mampu menampung air hujan yang turun daripada kawasan sekitarnya. Kawasan yang terlibat ialah di Pekan lama Membakut dan beberapa sekolah rendah berhampiran seperti SK Pekan Membakut, SK St Patrick dan Tadika & SK Pei Yin. (Ni berita dalam bahasa formal la....)

Berita bahasa tak formal plak....pagi tadi cikgu si Akrami telefon.."Cikgu tolong ambil anak kita ya...hari nda skul sebab banjir...." ba apa lagi ummi Akrami pun keluar la pegi ambil si Akrami. Jadi dapat cuti la Akrami hari ni....esok tak tau lagi...tapi tadi nampak macam air sudah mulai surut.....syiok la orang yang kat sekolah kat ulu tu kan....konfom nda skul esok...

Kejadian banjir di Beaufort baru-baru ni (gambar oleh nunung dari galeri www.membakut.info)

Tapi apa pun diingatkan kepada pelawat santai & blogger dari Membakut dan sekitarnya bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Perkara ini pernah terjadi sebelum ini dan yang paling hampir ialah kejadian banjir di Beaufort yang sangat serius. Jadi, sentiasa beringat dan berwaspada.....

Selamat santai dan berhati-hati selalu...

Wassalam


Sunday, April 12, 2009

Kursus lagi....

Klik gambar untuk besarkan
Salam,

Penat sungguh kelmarin sehari suntuk kursus....tapi memang banyak pengalaman, pendedahan, informasi berguna yang diperolehi. Tapi tak larat nak citer panjang....nanti lah yer... buat masa ni klik sini dulu untuk sedikit maklumat tentang kursus ni....

Selamat santai....

Friday, April 10, 2009

Kejutan....!!!


Mesej ringkas di shoutbox dari "az"

Salam,

Cerita bermula apabila blog mula dibuka malam ni. Bila baca di shoutbox ada nick "az" jemput ke blog beliau (gambar atas sekali). Bila dibuka masyaAllah....bukan sebarang orang rupa si "az" ni....seorang penulis buku / novel rupanya. Pernah datang ke sekolah untuk bagi ceramah kepada pelajar mengenai KOMSAS (Komponen Sastera) untuk subjek B.M.

Blog yang dimaksudkan....

"Azmah Nordin" satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Pernah memenangi banyak anugerah / hadiah berkaitan bidang penulisan seperti yang terdapat di blog beliau. Buku / tulisan-tulisan beliau telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tujuan rujukan sastera bagi para pelajar. Kalau nak cerita lanjut, lebih baik lawat blog penulis ni..klik pada gambar di atas atau klik di sini

Yang menjadikan kejutan lebih menarik lagi ialah lepas smayang Jumaat tadi singgah jap kat kedai Fadzlee (pelajar SMKM II ting 5 tu...sebelah kedai pakcik Hamzah) dia ada cerita lah pasal penulis "Azman Nordin" ni. Dia kata dia dah geng skrang ni dengan penulis tu, dia ada jumpa, kemudian nak beli buku tulisan penulis tu, tapi dia kata "tak payah beli, makcik bagi jer..." gitu la lebih kurang ayatnyer... pemurah sungguh...

Yang lebih menarik lagi ialah ada sahabat di sekolah tu, Cikgu Husaini Hussain ... dia pulak adalah ......... kepada penulis ni... tu yang menarik ...... pusing-pusing rupanya dunia ni macam kecil jer ba kan... Husaini pulak baru mula belajar berblogging... klik sini untuk ke blog Husaini...

Tu la kisah kejutan hari ni... anyway selamat berkenalan kepada "az". Semoga dapat banyak belajar tentang penulisan dan kehidupan daripada orang berpengalaman.

Kepada pembaca blog nih....harap dapat kongsi informasi berguna...

Selamat santai...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails