Salam,
Malam ni sewaktu posting ini ditulis penulis masih tersangat lah penatnyer perjalanan seharian dari Sandakan ke Membakut. Bayangkan jam 6:30 pagi bertolak dari Sandakan dekat jam 4:00 petang baru sampai rumah....perjalanan slow n steady sebab hujan lebat di pertengahan jalan. Jalan pun banyak berlubang dan rosak. Mujurlah tiada tanah runtuh ke apa....kalau tak tak sampai lagi la agaknyer....
Tapi penat itu dikira macam berbaloi jugak la bila mengenang balik ganjaran yang diperolehi dengan pengalaman kali pertama meyertainya. Maklumlah sekolah penulis ni bukan lah dari kalangan pelajar terpilih yang pandai-pandai. Sekadar sekolah kampung yang pelajarnya pun tak berapa ramai...lebih kurang 500 lebih jer.....
Apa pun tempat ketiga yang diperolehi tu kira boleh dijadikan pengubat la kepada kepenatan penulis kali ini. Kebetulan pulak lepas ni ada lagi aktiviti di KK yang terpaksa penulis sertai selama 4 hari dan selepas balik tu pulak sekolah penulis menganjurkan perkhemahan agung pulak.....lepas tu exam dan terus cuti sekolah pertengahan tahun......fuh.....padat lak rasanyer jadual kali ni.....tapi rasanya orang lain pun sama....hadapi jer la....dan syukur jer la sebab ada kejer daripada takder kejer yer tak.....
Cis menda la melalut tengah-tengah malam ni....kita layan gambar jer la sebab tak dapat nak fokus menulis.....
Selepas melapor diri, dan menuju ke lokasi pertandingan syarahan
Sewaktu berkumpul di dewan dengan semua kontinjen
Selepas menerima hadiah
Ini yang paling tak akan dilupakan kut, maklumlah CM yang bagi....
Kira bukan senang jugak la sebab format baru ni bukan macam dulu-dulu. Guru sediakan teks pelajar menghafal jer....tapi kali ni memang mencabar....ni penulis kasi sikit gambaran....
Penerangan
Peraturan syarahan agama spontan MTQSS 2012
Peraturan :
1 )
1.
Masa 7 minit
2.
2 minit ( persediaan isi setelah
cabut tajuk di atas meja ketua hakim )
3.
5 minit bersyarah
1.
5 minit dibahagikan seperti berikut
2.
Mukadimah syarahan ( 1 minit )
3.
Kemukakan 3 isi ( 3 minit )
4.
Penutup syarahan ( 1 minit )
2 ) Mukaddimah
1.
Membina teks syarahan spontan yang
baik :
2.
Mukadimah : mesti di mulai dengan
Bismilahirahnirahim ,selawat ,doa dan salam
3.
Memperkenalkan ucap pada pengacara ,
hakim, hadirin dan hadirat
4.
Beritahu tajuk yang dapat
2 ) Isi syarahan
1.
Mesti utama 3 isi dan setiap isi di
olah seperti berikut
2.
Mesti ada isi – 1 markah
3.
Huraian isi – 1 markah
4.
Contoh pada isi – 1 markah
5.
Isi dikaitkan dengan isu semasa –
1markah
6.
Peneguhan isi dengan tajuk – 1
markah
7.
Setiap isi ada dalil AL Quran / As
sunnah ( setiap dalil – 1 markah )
8.
Markah bonus akan diberi – 2 markah
jika peserta dapat utarakan syarahan dengan nas yang fasih dan dilafazkan dalam
ayat al quran atau hadis
9.
Peserta yang hanya membaca terjemahan
ayat / hadis akan ditandakan ada kelemahan / tidak diberi bonus
2 ) Gaya Persembahan
1.
Bentuk syarahan bukannya
pidato, bahas ,bercerita, membaca berita dll
2.
Nada ada tegas,lembut dalam gaya
yang terkawal dan ist
Pesanan
1.
Latih peserta hafal dalil dalil
ringkas dari al quran / hadis
2.
Ada watak istimewa / luarbiasa dalam
bercakap
3.
Cari isu terkini sekitar tahun 2011
dan terkini di media massa
4. Tajuk yang dibekalkan ke sekolah ( 5
tajuk ) hanya sebagai garis panduan untuk latih pelajar kea rah persediaan
syarahan spontan
Ok, setakat ni dulu...kita jumpa lagi lepas ni...insyaAllah....
Salam santai...
No comments:
Post a Comment