Saturday, March 3, 2012

Motivasi AMAR Jelajah Malaysia di SMK Membakut




Salam,

Alhamdulillah hari ni berlangsung satu program motivasi di sekolah penulis anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Membakut. Program apa.....Program Motivasi bersama seorang yang datang dari Kuala Lumpur iaitu AMAR atau nama sebenar beliau ialah Arif Muazzim Abdul Rahman. Beliau biasa dikenali sebagai artis nasyid solo, tetapi kini bergiat sebagai motivator ke solah-sekolah seluruh Malaysia.

Nampak gayanya AMAR memang mempunyai banyak kelebihan selain bernasyid, beliau menyampaikan kemahiran belajar atau cara belajar secara berkesan secara santai diselangi dengan nyanyian lagu dari album beliau, acara silap mata, demonstrasi pembelajaran berkesan, permainan interaktif dan pelbagai lagi. Pandangan peribadi penulis gaya persembahan beliau yang santai dan menghiburkan amat menarik dan memang berjaya menarik minat pendengar yang berada di dewan tersebut.

Pada penulis cara beliau memang lain dari yang lain sepanjang penulis menjadi guru dan mendengar pelbagai jenis ceramah motivasi. Interaksi berterusan dengan audien dan berada di hadapan audien dengan penuh yakin beserta idea silap mata spontan memang satu pengisian yang menghiburkan.

Tahniah kepada UBK kerana berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini. pada penulis ia perlu lagi diperluas ke sekolah-sekolah kerana memang ia mencapai objektif menyampaikan ilmu kaedah pembelajaran berkesan dan strategi untuk berjaya.

Kita saksikan beberapa gambar yang sempat penulis petik semasa ia berlangsung.


AMAR semasa beraksi

Antara silap mata yang membuatkan penonton tergamam....


Penulis tak banyak plak amek gambar pegun tapi banyak ambil video, tak sempat lah nak upload semua. Sapa nak boleh jumpa penulis bawa pendrive la.....heheheh


Lepas habis motivasi ada acara autograf, dan isteri penulis dan anak sempat juga mendapatkan autograf daripada AMAR.

Ramai juga berbaris nak mendapatkan autograf...

Tak sia-sia juga berbaris....

Sempat gak bawak balik cenderahati dari AMAR...


Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

Salam santai....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails