Saturday, February 25, 2012

Rumah Terbalik






Salam santai semua,


Semalam semasa penulis dalam perjalanan ke Kem Malanggang, Kiulu, Tuaran penulis sempat mnginggah ke satu destinasi pelancongan yang terbaru di Sabah iaitu di kenali sebagai "Rumah Terbalik". Haaa....apa yang menarik kat sini.....! Rumah ni baru 24 hari beroperasi semasa penulis sampai ke sini dan memang suatu pengalaman yang baru yang lain daripada yang lain.

Biasa kita dengar cerita rumah terbalik ni kat luar negara jer kan....skrang ni dah ada dah kat Malaysia....tak yah pegi jauh-jauh. Lokasi dekat dengan Kem Malanggang, kebetulan penulis masa balik dari Ujian Kecergasan Jurulatih Pusat Ko Negeri tempohari ada rakan jurulatih bercerita pasal tempat ni. Penulis nampak dari tepi jalan tapi tak sempat nak berhenti sebab dah laju sangat. lagi pun minggu depannya akan ke kem juga (hari ni la tu...) untuk Kem Kepimpinan Murid Peringkat Negeri Sabah 2012.

Apa lagi, dekat benor dah dengan kem....so, penulis singgah kejap....rupanyer....perrghhhh...kena bayar la pulak.....RM18 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tetapi oleh kerana penulis bawak pelajar yang kira pakai pakaian sekolah (t-shirt sekolah) maka dapat lah diskaun skit.....RM cikgunyer RM10 hengget dan muridnya RM5 hengget.....

Bila masuk dalam tu....nah....semuanyer terbalik....dari sekecil-kecil barang hingga ke sebesar-besar barang. Tapi kami tak boleh pegang atau ambil gambar....itu yang tak bestnyer....yer la kan....tu kan daya tarikan dia....kamaera semua kena simpan dan cuma perlu dengar penerangan sedikit sejarah camana rumah tu boleh jadi terbalik.....memang menarik sangat dan anda yang berminat kena la jenguk-jenguk tempat nih......

Oleh kerana tak banyak gambar di dalam rumah tu, kita tengok kat luar jer lakan....hehehehe

Jangan sakit kepala aa...

Kesian kancil tu....

Sidai baju pun terbalik....

Saja bikin pening....

Kameraman pun dah mabuuuukkk.....!

Apa nih.....? pening lagi...

Macam mana awan kat bawah.....?

Angkat keter la konon....

Cenderamata

Jemput masuk ke kadai cendramata...


Tu jer la gambar-gambar yang dapat dikongsi...semua gambar dari luar jer....kat dalam tak boleh amek gambar....

Lepas tu, kami pun melapor diri untuk Kem Kepimpinan Murid Peringkat Negeri Sabah dan beraktiviti seperti biasa....


Taklimat kem kraf

Pasang khemah


Bermulalah aktiviti pagi....taklimat oleh kem komandan

Bersama rakan Jurulatih dari SMK Membakut....
Dari kiri Tn Afizzi, Jurulatih, Pn Halimah, Jurulatih Kanan, Penulis....Juruletih sokmo....
Gambar minggu lepas sewaktu Majlais Pentauliahan Jurulatih Pusat KoKurikulum Negeri Sabah 2012

Semoga anda semua sronok bersantai bersama blog santai....

Selamat santai....




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails