Saturday, February 27, 2010

Karnival Pendidikan sempena Program Juara Rakyat


Salam,



Hari ini berlangsung Karnival Pendidikan sempena Program Juara Rakyat Peringkat Parlimen P176 Kimanis. Macam-macam gerai pameran dan jualan dibuka. Sebenarnya penulis berminat juga untuk membuka gerai ‘bisnes’ penulis sendiri, tapi apakan daya, mungkin bukan tuah penulis kali ini. Walaubagaimanapun bisnes tetap juga dijalankan.


Penulis jugak ditugaskan untuk menyediakan tempat pertandingan untuk Pertandingan Khat. Mula-mula tempat di tingkat bawah kat kelas tingkatan 6, tetapi ditukarkan ke kelas tingkatan 3 kerana bilangan peserta yang terlalu ramai.....maknanya sambutan memang menggalakkan....


Salah seorang peserta pertandingan khat


Malu bila di gambar


Orang rumah (isteri) penulis pun sibuk jugak dia menguruskan Unit Kebajikan sekolah. Menyediakan tabung untuk kutipan dengan penuh semangat dan membuka gerai jualan makanan dan minuman ringan untuk menambah tabung unit tersebut. Apa lagi, penulis sekalu driver rasmi terpaksala melayan dengan penuh senang hati…..


Tabung Unit Kebajikan SMK Membakut yang sudah dihias isteri penulis


Kumpulan KECIK Rajalawak (asal dari kampung....)



Sedang syiok melayan keranah beberapa pelajar dan juga tetamu tiba-tiba ada pelajar memaklumkan bahawa ahli kumpulan tersebut ada datang juga ke pameran hari ni. Penulis macam biasalah, mana layan sangat Rajalawak ni….malas…tak berapa ilmiah sangat….lagipun masa tak berapa mengizinkan.


Tiba-tiba bila penulis jalan sikit ke depan menghala ke pagar nampakla si budak ni (ahli kumpulan KECIK tu la…) dia bagi salam, “Assalamualaikum Ustaz….” kata dia….penulis tengok muka dia macam kenal….apa lagi dia pun peluk…”Ustaz amacam…???”…dia tanya “Bagus…” penulis jawab dan meneruskan….”Waa…dah glamer skrang ni yer…”dan berlaku la sembang-sembang ringkas sebab ramai lagi nak tengok dan jumpa dia…..sempat jugak la penulis bergambar…maklumlah orang dah glamour seMalaya…..


Sempat jugak melawak....


Walaubagaimanapun, dalam hati penulis, bila masa aku mengajar budak ni. Camana dia boleh panggil aku ustaz….??? Puas memikir dan bertanya kepada beberapa pelajar lain. Macam ada bayangan tapi betul2 tak ingat bila penulis mengajar budak ni…..Masuk bilik guru tanya lagi, maklumlah budak Kampung Brunei kan….pun masih tak dapat tangkap lagi tentang budak ni…..tanya budak pengakap…pun ingat2 lupa….ada yang kata dia dulu nakal, budak gangster….mungkin penulis pernah marah dan rotan dulu kut….(sebab dulu selalu kejar budak ke surau sambil bawak rotan)


Di bawah ni gambar beliau yang dapat dijumpai dalam laptop penulis.....


Kelas 4 Dedikasi, setelah dibongkar di folder Majalah HIKMAH

Orangnya berdiri di tengah dua dari kiri


Safuan (KECIK) duduk sambil genggam penumbuk tu....


Duduk di tengah, tiga dari kanan (muka tertutup)

Gambar peserta Dikir Barat Peringkat Bahagian Beaufort 2004,

tahun tu Peringkat Negeri di Sandakan


Duduk ditengah2 sebelah yang bagi peace tu.....

yang ni peserta Dikir Barat Peringkat Bahagian Beaufort 2005,

berjaya ke Peringkat Negeri di Keningau


Abis di sekolah, balik rumah citer dengan isteri dan dia pun tak dapat ingat juga batch mana budak ni dulu….mungkin budak ni ada join apa2 apa aktiviti yang penulis pernah terlibat barangkali….Apa lagi bukak laptop tengok gambar2 lama….SAH…..jumpa dalam gambar SADATEK (Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Bahagian Beaufort 2004) masa tu dia form 4. Carik lagi jumpa juga masa SADATEK 2005 (dia form 5). Penulis jumpa jugak gambar kelas dia (sebab penulis adalah guru unit majalah masa dulu) dalam koleksi gambar majalah….barulah puas hati…memang geng budak nakal jugak la dulu ni….namanya Safuan Madeaming….kalau tak salah….tapi dulu jer nakal.....


Sempat bergambar dengan YB Hj Arifin Arif, sewaktu penyampaian hadiah


Tahniah buat anak murid nakal suatu ketika dulu,

penulis doakan kejayaan buat beliau dalam kehidupan


Memang tak berhenti melawak.....bangga jugak la anak murid ingat kat cikgunyer....


Kesimpulan


Dengan apa yang berlaku hari ni maka tergambarlah di mata dan ingatan penulis, budak yang dulu tak pernah diberi perhatian dan jugak kategori nakal, jkalau diberikan peluang sewajarnya InsyaALLAH akan jadik manusia, dan jangan sekali-kali di ‘ignore’ di ‘reject’ atau dihina dimaki…..mungkin mereka ini akan menjadi lebih berjaya daripada rakan2 mereka yang memang bijak pandai sewaktu sekolah dulu.

Aksi eksklusif selamba untuk pembaca blog santai

Apapun tahniah buat Safuan dan semoga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi

Di bawah ni saja dipetik serba sedikit pengenalan kumpulan KECIK ni


1. NAMA PENUH
• Safuan Madeaming
• Mohd Ilham Rusdy
2. NAMA SAMARAN
• WAN
• ACHOE
3. UMUR
• 20 tahun (Wan)
• 19 tahun (Achoe)
4. ASAL
• Beaufort - Sabah (Wan)
• Tuaran - Sabah (achoe)
5. STATUS
• Bujang (Wan)
• Bujang (Achoe)
6. PEKERJAAN
• Petronas (Wan)
• Staf cyber (Achoe)
7. PENGALAMAN
• Pengalaman kami banyak…pahit manis ada tapi sukar untuk digambarkan
8. KEBOLEHAN SELAIN MELAWAK
• Menyanyi,menari dan bermain alat muzik
9. SIAPAKAH PELAWAK KEGEMARAN ANDA? KENAPA?
• S. Samsudin, Saiful Apek, Aziz Satar, Zizan sebab mereka boleh menjadi ikon@mentor kepada kami
10. MENGAPAKAH ANDA MENYERTAI RAJA LAWAK?
• Kami menyertai raja lawak sebab kami mempunyai bakat itu
11. APAKAH YANG ANDA AKAN LAKUKAN JIKA BUMI KITA DITAKLUK ALIEN?
• Kami akan menjadi ultraman dan berjuang untuk menyelamatkan bumi
12. JIKA DIBERI PELUANG UNTUK MENJADI HERO, SIAPAKAH ANDA DAN KENAPA?
• Ultraman, Batman sebab mereka kuat dan mempunyai tugas yang sama
13. SEKIRANYA ANDA SEDANG DILAMUN CINTA,
APAKAH CIRI-CIRI KEKASIH YANG ADA PADA ANDA?

• Romantik (Wan)
• Penyayang (Achoe)



Salam santai


2 comments:

Anonymous said...

hebat anak murid ustaz...lepas kena sokong dio ni kt RajaLawak...

Unknown said...

perghh..
lama x jenguk blog ustaz..hehe..
nk p jg klmrn..
tp xda teman lak..

safuan dah femes haa skrg...
seb bek x smbong,igt lg kat ustaz..
bagus3..thumbs up 4 him...

p/s: klu ustaz igt..geng dorang ney d'gelar geng nescafe..bulan posa minum nescafe..truk btl..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails