Salam,
Alhamdulillah hari-hari berlalu terlalu cepat. Banyak perkara yang penulis lalui tetapi tak sempat dikongsi di sini. Syukur kepada Allah kerana setakat ini terlalu banyak nikmat yang dikurniaNya yang sepatutnya kita sebagai hamba dan insan yang lemah perlu bersyukur.
Kejohanan Sukan MSSD Membakut
Semalam baru sahaja berlalu hari yang penuh dengan setinggi-tinggi pujian daripada bonda pengetua dan juga barisan pentadbiran sekolah di atas kejayaan sekolah yang boleh juga dikira agak 'miracle' kali ini. Kontinjen SMKM telah berjaya merangkul 20 pingat emas menewaskan pencabar kedua SMK Weston sangat jauh di belakang dengan 11 pingat emas, begitu juga dengan pesaing dari sekolah lain di daerah ini. Satu pencapaian yang memang memberansangkan kerana biasanya hanya setakat 5 pingat emas berjaya diperolehi setiap tahun tetapi kali ini kejayaan begitu gemilang sekali.
Walaupun penulis tidak terlibat dengan acara sukan secara langsung, tetapi penulis terpaksa bertungkus lumus menggantikan (relief) guru yang terlibat di padang. Bayangkan kalau 26 orang guru terlibat di padang dan hanya tinggal separuh lagi di kelas...memang kami akan menjadi mangsa menggantikan mereka. Walaubagaimanapun penulis sangat enjoy dan berjaya memilih kelas sendiri untuk diganti dan banyak juga yang sempat dilakukan memandangkan hanya sebahagian kecil sahaja pelajar yang terlibat di padang.....
Bukan sahaja sukan bahkan akademik juga turut menyumbang kecemerlangan apabila keputusan PMR dan STPM diumum baru-baru ini. Lagi dua tiga hari keputusan SPM pulak yang keluar...apa keputusannya...bersama kita nantikan....
Kumpulan KECIK memenangi Rajalawak
Dapat komisyen dan laptop percuma.....alhamdulillah
MFAS Abg Morsha menyampaikan laptop di dalam majlis tertutup
Duit tu bank punya....hasil daripada pembacaan di forum
"How to manipulate financial instrument in Malaysia"
Laptop free hasil dari jualan melebihi RM100k untuk bulan Februari 2010
Ni la rupanya laptopnyer....bukan apa, ianya membantu memudahkan jualan....
Ini sebenarnya yang membuatkan penulis rasa sangat-sangat bersyukur di atas rezeki yang tidak disangka-sangka ini. Allah telah memudahkan dan memurahkan rezeki penulis. Susah mau cerita detail di sini kerana takut ada nanti pembaca yang salah faham tentang apa yang penulis lakukan. Penulis santai ini sekarang sedang bergiat dengan industri unit amanah yang sangat memberikan pulangan memuaskan sekiranya betul strategi dan formulanya.....Itu kena cerita offline....sebab itu penulis lebih selesa menyampaikan secara terus berhadapan supaya lebih mudah faham daripada bercakap tidak nampak muka macam ni....
Bestnyer....alhamdulillah
Terima kasih buat orang yang memperkenalkan penulis kepada bidang ini iaitu MFAS Abg Morsharuddin Abg Ibrahim dan MFGAM Aladin Yusuf @ Lim Yung Ming atas sokongan dan dorongan mereka dalam membantu penulis membuat jualan.....tiada yang mustahil dibumi ni dan penulis bersedia untuk berkongsi RAHSIA ini bersama pembaca santai......boleh sms 019-5800065 atau emel ke azmanasma@gmail.com
Cukuplah setakat ni dulu coretan santai kali ni....nanti senang sambung lagi....
Salam santai
No comments:
Post a Comment