Thursday, September 3, 2009

Kena TAG...

Salam Ramadhan,


Lama dah tak berblog, asyik layan FB ajer. So, kali ni penulis kena jawab tag daripada sahabat blog Bicara Santai http://kuina.kujie2.com/. Kalau tak jawab, bahaya sebab blog dia ada CCTV & radarrrr.......

Tag dia berbunyi : 3 sebab kenapa aku berblog....(why I blog)

1. Minat dengan teknologi terkini terutama bidang ICT.

Susah nak cakap bab ICT ni. Tak boleh ketinggalan sebab banyak membantu kehidupan dan kerjaya. Sewaktu mengajar pun penulis lebih selesa menggunkan teknologi. Lebih mudah dan banyak membantu pelajar lebih memahami isi pelajaran. Mungkin disebabkan oleh gabungan audio dan visual membantu menguatkan ingatan. Di samping tu, dalam bisness kecil-kecilan yang dibuat penulis selama ni pun banyak menggunakan teknologi ni. Maklumlah senang nak promosi....hehehe....

2. Kongsi cerita, pengalaman dan macam-macam yang boleh ditulis di blog.

Banyak benda boleh kongsi terutama yang melibatkan gambar. Kalau pergi jalan-jalan, kursus ker atau apa saja aktiviti senang di rekod dan dicatat di sini. Di samping penulis sendiri boleh mengimbau kenangan silam....ceewahhhs....

3. Menambah sahabat dan kenalan.

Ni satu lagi sebab. Rakan taulan baru dan lama boleh berhubung melalui blog. Mereka boleh tahu cerita penulis dan penulis boleh tahu cerita mereka. So, we will always keep in touch...

Tu jer la kut....tiga sebab utama la....sebab-sebab lain banyak lagi kut....

So, selamat menjalani ibadah puasa.....


Wassalam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails