Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri 2009

Salam,

Lama dah tak layan blog ni....sian dia...asyik layan FB jer...alasan lain...kamera sedang rpoblem skrang ni...anyway, penulis masih akan meneruskan blog ni sebab nampanya pengunjung semakin ramai sejak ditinggalkan dan follower pun semakin bertambah....Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke blog ini samada secara sengaja atau tak sengaja....

Okay, Aidilfitri kali ni amat bermakna buat penulis, kerana dah tiga tahun tak balik beraya. bayangkan perasan nak balik berasa begitu membuak-buak sewaktu Ramadhan aritu. Menjejak kaki jer di rumah suatu perasaan kepuasan yang tak dapat digambarkan dapat dirasakan....tak tau nak cerita camana....sendiri jer rasa....

Cuti pun agak panjang...kira-kira 13 hari...dan dibahagi sama rata antara kedua-dua rumah di Taman Mutiara, Kuala Rompin dan Ulu Piol, Manong, Kuala Kangsar....kami suami isteri berpuas hati sebab dapat jumpa ramai kaum keluarga sebab hari raya ni hari berkumpul semua di rumah.....

Yang paling best sekali apabila melayan tetamu yang tak putus-putus datang berkunjung ke rumah...lepas sepuak...masuk lagi sepuak....sampai ada yang sampai kat jalan masuk ke rumah terpaksa patah balik beraya tempat lain dulu, sebab nampak terlalu ramai kaum keluarga datang hingga ke luar rumah...kebetulan tahun ni memang buta hidangan di luar.....tapi dalam rumah pun ada jugak sebenarnya....

Setakat ni la dulu cerita hari raya ni sementara masih berada dalam bulan syawal ni...kehangatan masih terasa....Kami sempat bergambar keluarga, tetapi masih kurang satu keluarga iaitu Eddie, Has dan Adam yang masih di German dan dijangka akan pulang Oktober ini.....selamat pulang ke tanah air dan sekalung tahniah buat kedua-nya dapat terus master dari oversea...bukan senang tu.....sebagai ahli keluarga memang bangga giler la....maknanya dalam keluarga kecil kami dah tiga orang yang dah ada master dan menyusul sorang lagi (isteriku) yang akan submit tesis tak lama lagi.....



1 Syawal 1430 bersamaan 20.09.2009

Untuk melihat gambar-gambar raya tahun ni
sila klik SINI


Sekian dulu....jumpa lagi nanti...

Selamat santai....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails