Monday, August 3, 2009

Ujian Allah

Salam,

Lama dah tidak menulis blog ini. Penulis hari ini baru pulih dari sakit selama seminggu. Boleh tahan jugak lah ujian Allah kali ni. Selalunya apabila kita sihat kita jarang untuk berfikir dan bersyukur tentang nikmat kesihatan yang tuhan bagi secara percuma. Namun apabila sedikit ujian dari Allah dengan menarik nikmat kesihatan, barulah kita betul-betul terfikir dan betul betul menghargai nikmat kesihatan yang tuhan bagi......betul tak...??? Lagipun penulis juga jarang demam atau jatuh sakit, jadi biasalah orang akan berkata bila orang jarang sakit sekali sakit memang teruk....begitulah kira-kiranya apa yang berlaku pada minggu lepas....

Mula rasa nak demam tu pada hari Isnin lagi. Sewaktu di sekolah pun badan sudah lemah-lemah dan sengal sengal. Ingatkan demam biasa, badan mula panas. Jadi jam 7:00 malam mintak tolong Cikgu Yusman bawakkan kami ke Klinik Beaufort sebab kami dua-dua suami isteri tak boleh nak memandu sebab demam. Jadi sewaktu pemeriksaan suhu badan penulis sudah tinggi iaitu 39 c. Maka Dr. Amjah Tangkim pun bagi ubat makan dua biji dan satu sutikan di bahu. Isteri dan anak masih ok walaupun badan mereka panas.

Kemudian, selepas pulang ke rumah, penulis tidak dapat rehat. Badan menjadi semakin panas. Memang penulis sebut kepada isteri..."Ma, panas betul badan abang ni macam terbakar rasanya..." memang panas macam terbakar, tuhan saja yang tahu...jadi kami call Cikgu yusman sekali lagi tepat jam 1:30 tengah malam. Dalam keheningan malam tu Cikgu Yusman datang dan terus bawak ke Unit Kecemasan Hospital Beaufort. Bila diperiksa suhu, memang tinggi, catatan bacaan digital 39.9c rasa macam mata nak jadi cair....punya dahsyat rasa panas masa tu.....jadi di masukkan air, habiskan sebotol kemudian panas masih belum reda....tambah lagi sebotol barulah suhu mula turun menjadi 37.7c. Masa tu jugak kena cucuk lagi sejarum di buntut.....aduis...dua kali kena cucuk dalam satu malam......

Hari Selasa dan Rabu dapat cuti sakit, demam kami masih berlarutan....Si Akrami pulak cikgu dia telefon suruh ambil sebab demam panas....nah...kena tiga-tiga orang sekaligus.....sapa nak jaga....ni yang susah ni...kami bernasib baik sebab ada Nursiah (maid) yang datang bekerja di rumah. Dialah yang menguruskan makan minum dan segala keperluan serta kerenah kami......

Penangan H1N1

Pagi Rabu, pergi klinik lagi, kalau ikutkan pembantu perubatan di Klinik Membakut, dia suruh kami kuarantin di rumah. Menurutnya semua simptom H1N2 (penyakit yang tengah popular sekarang ni...) sudah ada pada kami cuma tidak ada 'contact' sahaja. Maknanya kami tidak ke luar negara atau mana-mana tempat penyakit tersebut merebak. Jadi, balik rumah masih demam, layan FB cari maklumat di internet pasal penyakit tu....kemudian cari no Hospital Beaufort. bila dapat terus call untuk dapatkan maklumat jelas berkenaan H1N1.

Panggilan disambut operator kemudian di sambungkan kepada Dr. Yasin (kalau tak silap). Setelah beberapa minit bercakap dengan Dr tersebut (beliau juga gaya seolah-olah panik bila dengar H1N1) beliau meminta kami menunggu di rumah dan tidak ke mana-mana kerana mereka akan menghantar pegawai kesihatan untuk memeriksa kami. Kira-kira 10 - 15 minit ada orang memberi salam. dengan ambulan di luar rumah...... Apa lagi, kami pun terkejut beruk jugak lah...memang la demam tapi bukanlah H1N1 lagi...siap dengan pakai 'glove' dan 'mask'.....ramai jugak la bebudak kat depan rumah dan jiran-jiran datang melihat....

Sewaktu dalam ambulan, bertalu-talu panggilan masuk dan juga sms yang sempat kami layan bertanya khabar dari rakan-rakan yang ingin mengetahui perkembangan....masa tu jugak sempat penulis ambil beberapa gambar dengan handphone.....


Sewaktu dalam ambulan....


Mula-mula duduk, kemudian baring.....

Kami di bawa ke Klinik Membakut dulu pada mulanya, kemudian barulah di bawa buat kali ke dua ke Unit Kecemasan Hospital Beaufort....di sana darah kami diambil dan dibuat pemeriksaan. Setelah sekian lama menunggu dapatlah keputusan SAH negatif Malaria, Denggi, Cikunyunya buah pinggang dan perkara lain yang tak dapat disebut di sini. Soab Troat untuk mengesan H1N1 tidak dijalankan kerana tidak terdapat sebarang jangkitan dikesan dalam darah....so, clear jugak la...alhamdulillah....lega....tapi merasa gak la sekeluarga naik ambulan......hehehe....


Penat dan bosan menunggu di hospital...


Menunggu keputusan ujian darah....


Bosan.....

Cerita tak habis di situ sahaja. Selesai semua tu kami pun pulang ke rumah diberi preskripsi ubat dan cuti sakit. Jadi rehatlah kami di rumah....demam isteri dan anak sudah semakin pulih....Hari Jumaat badan penulis masih lagi panas....sekejap jer dia kurang kemudian datang balik...malam memang tak dapat tidur kerana kepanasan.....

Berubat Kampung

Hari Jumaat Nursiah pergi bertanya jiran-jiran yang kenal yang boleh tolong tengokkan penulis sebab demam tidak berkurangan....jadi dapatlah seorang....penulis call hj ni (bukan nama sebenar) minta tolong tengok-tengokkan....beliau kata nanti dia datang ke rumah....

Malam tu memang penulis tak tertahan lagi...dengan badan yang rasa sejuk tapi suhu yang panas dan tak boleh bangun sebab dan tak bertenaga. Nak makan tak boleh masuk sebab muntah balik...jadi minum air saja lah...lemah-selemah-lemah badan rasanya.....Kemudian hj tu pun mula lah sesi perubatan....kira lama jugalah....macam-macam dia minta...minta pisau, minta air, minta towel dsb.....kira-kira hampir dua jam baru selesai dan badan pun mulai rasa ringan...kepala kurang sakit dan sudah boleh bangun dan bersembang..... alhamdulillah.... lega......

Kemudian, kami duduk dan dia mula bercerita....menurut beliau dengan memohon maaf terlebih dahulu, beliau berterus terang memang ada orang menghantar sesuatu kepada penulis....dan beliau tidak memberitahu siapa orangnya atas sebab-sebab tertentu. Menurut beliau lagi penulis hanya perlu bersabar dan tidak perlu berdendam (memang begitu pun) dan beliau sudahpun mengeluarkan dan membuang benda yang di hantar tu ke pokok mangga di belakang rumah penulis......(dekatnya dia buang...huhuhu...)

Begitulah ceritanya....setakat ini selera makan sudah kembali, badan pun macam okay sudah, cuma tidaklah secergas sebelum ini....masih lagi batuk-batuk sehingga sekarang suara pun susah nak keluar.....

Bah stakat ni la dulu...panjang lebar sangat dah ni nanti sambung lagi aa....

Selamat santai....



3 comments:

Takilala said...

dia buang kat pokok mangga? buat baja kot. anyway, semoga anasir2 jahat ni tak mengganggu ustd lg.

azmie n family said...

takajud dn takidum juaku mbaca cerita ko ni tuan,sabar ja la.... inda apa tuan org yg inda puas ati tu nnt ada balasannya...

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

SalaM....
smoga ustaz sihat..
n sabar2 aja atas dugaan y dberi...
dkatnya manusia tue buang bnda tue...
sya slalu akn doakan kchatan ustaz...
moga2 org y wat ustaz mcm nie...
akan d blas dgn stimpal...
ustaz...
doakan kjyan kmi...
salam ukhwah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails