Friday, February 4, 2011

Santai CNY 1 Malaysia di Membakut

Kad jemputan dari jiran sebelah....

Salam CNY & Gong Xi fa Chai,

Waa....meriah sungguh sambutan CNY kali ni di rumah jiran penulis. Tahun lepas pun 'grand' jugak sebab ada tarian singa dan persembahan panjat-memanjat oleh singa-singa jadian....terima kasih kepa jiran penulis suami isteri iaitu seperti nama dalam kad tu....sebelum ni dia memperkenalkan dirinya Mr Chong....tapi bila tengok nama Islam dia waa....sedap jugak...Ihsan Iskandar Chong....terima kasih kerana menjemput kami setaman....meriah sungguh tahun ni dan Gong Xi Fa Chai kami ucapkan kepada beliau.....


Chong (Ihsan) dan Zaleha (isterinya) meraikan tetamu yang hadir....

Seperti biasa jemputan memang ramai, nampak jer kelibat orang datang penulis dan isteri pun keluar meraikan bersama....maklumlah nanti bila dah terlalu ramai tak dapat plak jumpa tuan rumah sebab dia dah sibuk melayan tetamu...ye tak....? So, dorang ni memang seorang jiran yang sangat peramah tetapi pemalu.....sebab dorang memang jarang keluar rumah dan kami hanya berjumpa dan bertegur sapa di pagar rumah masing-masing jer.....cumanya bila ada majlis begini hubungan tu jadi lebih akrab la....


Aksi persembahan mercun....

Sebelum tarian singa bermula, punya panjang dia pasang mercun.....patut la dah dua tiga hari nampak tersadai batang besi tu kat tepi pagar rumah....ingatkan singa nak panjat rupanya buat penyangkut mercun.....Apa lagi dah la bingit telinga....asap pun berkepul penuh rumah....



Sewaktu tarian singa ni, kanak-kanak la yang paling seronok....Bukan apa. sebab nampak macam makhluk gergasi menari-nari depan mata....penulis pun mengambil kesempatan snap beberapa gambar.....untuk kenangan nanti bila dah balik semenanjung.....


Tu jiran-jiran melayu yang turut bersama....

Isteri penulis dan anak menyaksikan dari pagar jer....sebab kat sana dah ramai sangat...

Sekali-sekala sambutan begini memang seronok dan boleh mengeratkan silaturahim. Perkahwinan campur di Sabah ni dah menjadi satu kebiasaan dan bagi mereka menyambut hari perayaan begini memang suatu yang ditunggu saban tahun....tapi kata Chong, jenuh juga la membeli baju....baju CNY lain...baju Raya puasa lain lagi.....biasa la tu.... Tetamu yang datang pun dari berlainan bangsa menjadikan majlis sambutan ini mamang bertepatan dengan tema 1 Malaysia......cuma batas-batas pergaulan tu perlu di jaga.....tu kena faham sendiri la.....


Seronok sangat la tu....

Sempat lagi posing....

Kami ni menjadi pemerhati dan bersama memeriahkan lagi majlis jiran kami ni. Bagi penulis untuk merapatkan lagi hubungan sebagai jiran kita perlu juga memenuhi jemputan begini sekiranya dijemput dan penulis terpaksa menangguhkan temujanji dengan rakan di Kota Kinabalu untuk memenuhi jemputan jiran penulis ini.....

Jadi, stakat ni dulu cerita santai kali ni....semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua...

Salam santai...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails