Thursday, February 10, 2011

Persiapan Hari Kemuncak Sukan @ Santai

Penulis bersama isteri dan anak dan juga Cikgu Suhaimi...



Salam,

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua Kejohanan Sukan SKM Membakut 2011. Memang sangat memenatkan bila hari sukan ni. Walaubagaimanapun, penulis tetap santai dan gembira bersama rakan sejawat dan juga anak-anak didik di sekolah ini.

So, hari ni selepas sukan selesai tengahari tadi, penulis bersama dengan beberapa rakan dari Rumah Sukan Helang (Hijau) telah bertungkus-lumus dan menghabiskan masa kami menyiapkan Pondok Rumah Sukan kami. Maklumlah pihak sekolah telah mengadakan Pertandingan Pondok Berhias antara rumah-rumah sukan. Memang seronok la melayan kerenah para pelajar dan juga rakan-rakan yang bersama-sama menghabiskan masa menghias pondok rumah sukan kami.

Kami berkumpul seawal 4:00 petang dan telah selesai tadi kira-kira jam 9:00 malam. Kami antara yang terawal pulang dan rumah-rumah sukan lain masih bertungkus-lumus menghias pondok mereka.


Potong-memotong kain...

Antara orang kuat rumah Helang, Cikgu Halimah...!

Menjelang malam, pelajar asrama pun turun bersama...

Siap la dulu, esok sambung 'final touch' seawal sesudah subuh....

Bergambar dengan geng Kasuari.....jiran pondok kami

Antara yang tinggal sebelum pulang....

Yang menariknya kali ini, walaupun sibuk menyiapkan pondok dari awal petang, kami (guru dan pelajar Muslim) solat Maghrib Berjemaah dan membaca Surah Yasin bersama-sama sebab kebetulan malam ni Malam Jumaat....kemudian sambung kerja dan berhenti semula Solat Isyak Berjemaah dan menyudahkan kerja yang tertangguh. Kerjasama antara kami yang Muslim dan Non-Muslim amat baik dan kami saling memahami antara satu sama lain. Yang Non-Muslim tidak pernah curi tulang sewaktu kami menunaikan solat berjamaah....

Begitulah hari ini berlalu....walaupun badan ni terasa sangat penat tetapi hati sangat gembira....

Salam santai buat semua....

Lagi GAMBAR PERSIAPAN klik SINI



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails