Monday, January 31, 2011

Penantian satu penyiksaan...

Salam,



Bertemu kembali di ruangan santai ini. Semasa posting ni buat penulis tengah menunggu giliran untuk memeriksa kereta kesayangan penulis iaitu Proton Gen 2 di Pusat Servis EON di Kolombong Kota Kinabalu. Kebetulan plak hari ni cuti dan sekolah penulis mengambil cuti berganti Isnin, Selasa & Rabu sempena ngan CNY (Khamis & Jumaaat). So, minggu ni cuti penuh dan penulis mengambil kesempatan ini untuk servis kereta dan membaiki mana perlu di masa terluang ini.


Ini bukanlah kali pertama penulis menjadi 'penunggu' di pusat servis ni, dah banyak kali dah sejak kereta tu dibeli. Ketera tu penulis beli masa mula-mula posting ke Sabah dan maknanya dah 7 tahun kereta tu beri perkhidmatan kepada penulis. Kebetulan plak bayaran bulanan dah lama abis bayar...penulis bayar instalment selama 4 tahun jer....tahulah masa tu bayar bulan hampir seribu lebih....so, skrg dah tiga tahun dah takder instalment...


Bila dah takder bayar bulanan ni memang lah ringan banyak, tapi maintenance la pulak kena jaga....dah namanya kereta lama...macam-macam hal lak dia buat....bunyi sana sini dan sebagai pemilik kereta penulis jer yang dengar bunyik-bunyik tu...kekadang isteri penulis pun tak dengar apa-apa....tapi seminggu dua ni makin kuat lak bunyi di sekitar enjin tu macam nak gugur / roboh enjin dibuatnya....dah la perjalanan dari Membakut hampir dua jam (campur trafik jamm la...) sampai kena tunggu lagi...hish...penat tul rasa badan....


Sambil menunggu tu ada plak di sediakan komputer kat sini. So, penulis apa lagi layann la sementara menjadi 'penunggu tegar' di pusat servis kereta tu....


Banyak dah sejarah perkhidmatan kereta lama penulis ni. Boleh kata hampir seluruh Sabah dah dilayannnya...puas dah pakai...kekadang tu time dia meregam rasa nak jual jer...tapi sayang la plak...nak mendapatkannya bukan senang.... yer tak...? so, jadikla dia sebagai kenderaan pengangkutan rasmi penulis....


Antara posting menarik yang pernah penulis catatkan di ruangan santai ni dengan kereta tu ialah Le Tour De Sabah...seluruh Sabah wo...jauh dah dia berjalan....kebetulan masa tu cuti so, bila lagi nak menjelajah Sabah tul tak....??? klik la kalau nak baca...gambar pun ada banyak...


Ni plak gambar-gambar dari Muka Buku...(FaceBook la...)




Ekspedisi Semporna (126 gambar)


Ekspedisi Tawau (35 gambar)



Sekian dulu la kali ni...temankan penulis yang menjadi penunggu ni dengan membaca kisah santai penulis...


Wassalam...



1 comment:

Bonda Mozidah said...

Penantian memang menyiksakan tapi kalau diisi masa dengan menulis di blog ini, itu telah memanfaatkan masa yang ada. Bukan saja penulis dapat menulis, malah menajamkan ilmu dan bahasa serta dapat manfaat pada pembaca seperti saya. Syabas kerana tahu menilai masa.. Masa yg lepas tak akan terganti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails