Sunday, July 25, 2010

Santai di Manukan

Klik gambar untuk kasi besar.....


Salam,

Alhamdulillah hujung minggu ni santai lagi. Kali ni di pulau pulak....! Waa....pulau mana tu...? Mana lagi kalau bukan di Pulau Manukan dan sekitarnya.... Kebetulan ada urusan bisnes sskit sambil survey peluang yang ada. Penulis merancang bersama seorang teman seperjuangan (masa sambung Master aritu dan juga bisnes partner) iaitu Cikgu Mohd Nor Ag Tuah yang mengajar di SMK Bongawan. Bukan main seronok lagi si Akramie bila ayah kata pada malam sebelum tu "esok kita ke Pulau nak...? kalau nak naik bot tidur awal...lambat tinggal..." apa lagi, punya awal dia tido sebab tak sabo nak tunggu esoknya....

Esoknya awal pagi kami dah bersiap dan bersarapan dulu di kedai mamak dekat Lok Kawi. SSudah selesai sarapan kami meneruskan perjalanan ke Jesselton Point, jeti tempat naik bot dari Kota Kinabalu ke sekitar pulau Taman-Taman Sabah.

Naik bot

Sebenarnya, yang seronok sangat ke pulau ni ialah sebab dapat naik bot. Bukan main seronok lagi si Akramie.... penulis pun turut seronok sebab dapat bawak keluarga bersantai. Maklumlah asyik kene tinggal di rumah jer bila ayah pergi berurusan. So, sekali sekali dapat pegi jenjalan memang exited sangat. Memang dapat meluangkan masa yang berkualiti di samping menjalankan aktiviti yang menyeronokkan bersama.

Hari tu punya la ramai pelancong. Rasa macam pesta pulak. Menurut pengusaha bot yang ada di situ setiap hujung minggu memang ramai pengunjung terutama apabila cuti panjang. Semua exited nak ke pulau dan ingin melihat sendiri kecantikan pulau yang seringkali diwar-warkan sangat cantik dan menarik.

Bila kami semua dipanggil naik ke bot, hati mula seronok bercampur risau. "Keciknyer bot ni" hati kecil berkata....naik jer la, insyaAllah selamat....lagipun memang dah biasa orang naik bot tak pernah pulak dengar citer karam....kebetulan cuaca memang sangat baik pada pagi tu....

Apabila enjin bot memecah kesunyian dan angin kuat menerjah muka perasaan seronok semakin kuat. Tambahan apabila melihat anak dan isteri ceria gembira. Mereka siap menjerit-jerit keseronokan apabila bot menghempas ombak laut. Kekadang apabila bot terlalu laju dan bertembung dengan ombak yang agak besar memang bunyi seperti dinding menghempas kayu bukannya air, dan bunyi macam kapal nak pecah. Hmm...penulis buat muka macam biasa dan tiada apa-apa (biasa la control macho...heheheh)

Tak sampai 15 minit kami pun sampai di Pulau Manukan dan dijanjikan untuk di ambil semula pada jam 2:00 petang. So, kami lepak jer sini santai dan maka-makan sehinggalah jam yang dijanjikan....

Banyak aktiviti boleh dijalankan di sini.... hmm dah mengantuk la pulak...esok la sambung...

Pastikan anda mengikuti episod seterusnya kerana ombak besar yang menggerunkan dalam perjalanan pulang kerana cuaca kurang baik dan adakah kami selamat sampai di jeti Jesselton Point....??? nantikan.... (hehehe dah ngantuk sebenarnya...penat....!!!)

Selamat santai...


1 comment:

Azeyana Zainal said...

salam..

WOW!manukan...the best pulau penah pegi..

pergh...Ustaz..perenggan last tu dh macam ending drama bersiri je..xpun dialog pengacara "nntikan kesudahannya"...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails