Thursday, August 13, 2009

Sambutan Kemerdekaan SMKM 2009


Salam,

Hari ini Khamis, 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah, SMK Membakut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52. Sambutan ini telah dijayakan oleh semua warga SMK Membakut termasuk para guru dan pelajar serta kakitangan sekolah ini. Ia bermula dengan Program Jelajah Merdeka yang dijalankan pada sebelah pagi. Seramai 41 orang pelajar berbasikal diketuai oleh Cikgu Mohd Faizal Jikal beserta beberapa orang guru pengiring mengiringi para pelajar berbasikal dengan motosikal dan kereta. Pihak PDRM dan Jabatan Penerangan turut terlibat dalam konvoi jelajah merdeka ini.



Jelajah Merdeka SMK Membakut 2009

Sebelum berlepas para pelajar diminta berkumpul di tapak letak kereta dan taklimat ringkas diberikan oleh guru bertanggungjawab iaitu Cikgu Ag Saad Pg Tahir kepada para pelajar. Bacaan doa oleh Ustaz Norazman Md Noh sebelum dilepaskan dan para peserta jelajah merdeka di lepaskan oleh Cik Malina bt Jamarin, Pegawai Penerangan Daerah Beaufort dan Cikgu Agku Johari Pg Abu Bakar selaku PK Pentadbiran yang mewakili puan pengetua Pn. Mozidah Hamzah yang tidak dapat turut bersama kerana berkursus.


Doa dibaca sebelum dilepaskan

Penulis sempat bergambar kenangan sebelum dilepaskan


PDRM dan Jabatan Penerangan memberikan kerjasama
yang baik sepanjang Jelajah Merdeka


Setelah selesai Program Jelajah Merdeka, semua peserta jelajah masuk ke Dewan untuk mengikuti Ceramah 1 Malaysia yang disampaikan oleh En. Supian Musa, Pen. Pengarah Cawangan PENTARAMA, Jabatan Penerangan Sabah Malaysia. Setelah selesai ceramah semua warga SMK Membakut disajikan dengan Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan di kalangan pelajar menengah rendah dan menengah atas.

Bersantai seketika melepaskan kepenatan setelah selesai Jelajah Merdeka
dari kiri penulis santai, Cikgu Sulaiman, Cikgu Dg Rogayah, Cikgu Fatimah (PK HEM), Cikgu Faizal dan Cikgu Esther


Pasukan bunga manggar bersedia mengiringi peserta jelajah merdeka masuk ke dewan


Antara urusetia yang sibuk bertugas, dari kiri Cikgu Wong, Cikgu Fazidah dan Cikgu Vivien


Jualan merdeka turut dijayakan oleh Unit Katering SMK Membakut

Banyak acara menarik berlangsung di dewan sekolah antaranya Sketsa Patriotik, Syair, Koir serta penyampaian sijil dan hadiah bagi pertandingan yang telah dijalankan. Antara pertandingan yang yang telah dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform, Pertandingan Basikal Ceria Merdeka dan Pertandingan Kelas Ceria Merdeka. Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutup telah di jalankan oleh Tuan Hj. Aminuddin bin Yakub, Pemimpin Kemajuan Rakyat N24 Membakut.


Persembahan Koir oleh para pelajar

Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga SMK Membakut yang telah menjayakan Sambutan Kemerdekaan pada kali ini. Semoga sambutan kali ini banyak memberikan input berguna kepada semua untuk menghayati erti kemerdekaan dengan lebih mendalam. Sesungguhnya penulis berasa amat berbangga dan bertuah menjadi salah seorang warga SMK Membakut yang dicintai....

Salam Kemerdekaan 1 Malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Selamat Santai


8 comments:

Zarinah Talib said...

best mmg best... tp panat ooo..wpn sy ( as S/U smbtn ) tlg kak shida( as penyelaras) ckit2 ja ..tp tatap panat..byk aturcara tepaksa diubah d saat2 akhir..next yer glrn ckg ag Saad jd ketua kelab Setia..jd dia lah org nya yg akan handle smbtn ni thn depan...

Bonda Mozidah Hamzah said...

Menarik, syabas dan tahniah to SMK Membakut.

Gerald Venantius said...

saya ada limpas nampak kamu ni tadi...waaaa....

Vivien Chok said...

Syok kan sek pertama di membakut buat jelajah merdeka biarpun kecil-kecilan.. Yg penting komitmen guru2 mengiring... Yg best tu ada anugerah penunggang basikal yang plg selamat.. Kongsi la hadiah tu, faizal! Thn depan, kita buat jelajah lagi ya.. hehehe

Jaidah Abdul Kadir said...

yessss.....very sporting...sporty sangat2...haha! anyway, tahun depan aku mau bawak bas lagik, biar suma boleh join..kahkah!!!

Ayasu Kuro-Obi said...

Mu dok gohek ke?

Faz17 said...

cntik la koir tgktan 3 duranta 2...

Faz17 said...

cantikla.....koir tgktan 3 duranta...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails