Monday, March 2, 2009

Kejohanan Bowling Kelab Guru SMK Membakut

Salam,

Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup Kelab Guru SMK Membakut (sekolah isteri) telah diadakan di CPS BOWL, tingkat 8, Centre Point, Kota Kinabalu. Kejohanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Bermula jam 9:00 pagi para peserta kejohanan telah tiba dengan membawa kaum kerabat masing-masing (ada bawak pasangan masing-masing, pak sedare n mak sedare sebagai penyokong, mak sendiri dan sebagainya).

Gambaran tempat kejohanan...

Selepas pendaftaran dijalankan, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan acara iaitu acara berpasangan dan individu. Kami berdua mengikut acara berpasangan menentang pasangan saudara penganjur sendiri (Tuan Arisham dan pasangannya). Terdapat 8 pasangan yang terlibat dalam kejohanan ini. Tahniah guru-guru SMK Membakut, anda semua sporting la....

Penyokong setia....

Sebelum kejohanan bermula kami tak ketinggalan berposing dengan bola bowling dan melakukan streching (pemanasan badan), maklumlah duk dalam air-cond. Tambahan pula, esok sekolah, takut nanti sakit urat pulak....

Membantu pemilihan bola bowling...

Pemilihan bola bowling berdasarkan berat dan juga lubang jari yang sesuai dengan peserta. Ada yang bola dah sesuai, tapi lubang pulak yang tak muat. Lubang dah muat jari, bola la pulak berat. Apa kan daya, bukan professional. Kalau tak memang tempah khas punyer bola bowling tu...

Bola bertuah...

Setelah puas mencari seluruh tempat bowling tu barulah jumpe bolah bertuah. Bola tu la (hijau) yang di gunakan sepanjang kejohanan.

Aksi peserta bowling di samping penyokong setia memberi semangat...

Baju corak kuning ialah bonda pengetua SMK Membakut...

Tak ketinggalan beraksi...bersebelahan dengan puan pengetua SMK Membakut, Bonda Pn. Mozidah Hamzah. Bukan sahaja pengetua, malah hampir semua guru (termasuk penolong -penolong kanan) dan staff sokongan bersama memeriahkan suasana kejohanan. Ada yang berentap sesama sendiri hingga ke titisan peluh yang terakhir.....

Adalah diharapkan agar aktiviti yang dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim seperti ini dapat diadakan selalu...tak gitu...??? Semoga menjadi contoh kepada yang lain.

Selamat santai...




1 comment:

PPIM NEGERI SABAH said...

salam... sebenarnya kak dg pun nak pegi men bowling itu hari...tp oleh kerana anak sepupu akak pula kawin hari tu...cancelled le pulak... anyway..terasa juga nak membalun bola tu...lepas stress....heheheheh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails