Sabtu dan Ahad lalu merupakan hari yang agak memenatkan bagi penulis suami isteri. Isteri penulis setuju untuk buat open house sempena Aidilfitri untuk kelas yang di ajarnya. Pergh....punya ramai datang....Penulis tak bagitau pun kat kelas yang penulis ajar...kalau tak sendat padat dan bertambahlah tahap kepenatan.....
Bukan apa, kalau ramai kakitangan yang tolong bantu InsyaAllah lah ringan sikit beban...tapi memandangkan tahun ni kesihatan penulis tak berapa memuaskan dan perkara yang sama juga dihadapi isteri penulis maka tahun ni buat ala kadar dan kelas dia saja lah....tu pun punya ramai yang datang....kalau macam tahun sebelum ni kelas penulis, kelas isteri dan juga pelajar dari sekolah lama penulis lagi....fuuuussshs....tak terkata la penatnya....
Walaubagaimanapun penulis dan isteri tetap happy bersama dengan pelajar yang hadir. Kami tak buat pun open house untuk rakan-rakan guru lagi tahun ni....tengok la dulu keadaan kesihatan camana dulu, kalau ok boleh teruskan kalau tak ok tak payah lah.....
Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi beraya rumah kami, harapa dapat menerima layanan kami seadanya sebab bila dah ramai ni kena layan sekejap-sekejap jer la dan selebihnya banyak di dapur.....gitu lah adatnya...yer tak...?
Begitu juga kepada pembantu rumah (Nursiah) penulis dan keluarganya yang sudi beraya rumah penulis. Penulis amat gembira dan seronok melayan kerenah meeka sekeluarga....
Kalau nak tengok semer gambar kat facebook klik sini...
Akhir kata, salam Aidilfitri buat semua sementara masih dalam Syawal lagi ni....
Assalamualaikum, Salam Lebaran dan Salam Kemerdekaan,
Hari ni dah 7 hari umat Islam menyambut Aidilfitri dan nampaknya ramai yang dah kembali meneruskan rutin harian termasuklah diri penulis sendiri. Bila dah kat rumah ni, terkenang-kenang pulak kenangan-kenangan manis masa balik raya. Cutinya pendek tapi penuh makna buat diri penulis. Maklumlah, balik kampung setahun sekali, kadang-kadang dua kali...pastu kali ni dapat balik Johor dan Perak sekali, dapat jumpa hampir semua ahli keluarga dan sanak saudara yang dah sekian lama tak berjumpa....
Hari 'Balik Kampung'
Hari yang paling best....sebab perjalanan tu jauh yang membuatkan penulis sekeluarga membuat persiapan rapi. Kalau takde perancangan silap-silap boleh tersangkut tengah jalan atau putus bekalan / bajet....cuti pulak dapat awal sehari. Penulis gerak dari Membakut hari Khamis (awal sehari sebab sepatutnya Jumaat baru cuti...) jam 4 pagi, selepas sahur di rumah dan sampai di KKIA lebih kurang jam 5 pagi dan terus check in....jam 6 pagi terbang....
Yang bestnyer balik kali ni, dapat naik kapal terbang yang ada tv kat setiap seat....hahaha...biasa la bila dah jarang-jarang dapat habis la dieksplore dan diselongkar dan ditekan-tekan apa kandungan cerita dalam tu....tak payah citer kat sini la sebab kalau dapat rasa sendiri lagi best....satu lagi yang best, pramugari yang servis kami tu dari Korea (nampak nama Korea kat name tag dia) cakap Melayu sepatah dua pastu ketawa-ketawa....hahaha...dah la comel pastu mesra alam lak tu....heheheh
Suasana dalam flight
Sewaktu menunggu flight ke JB...transit KLIA
Sampai kampung halaman
Satu perasaan yang tak dapat digambarkan bila sampai kampung ni.....rasa kepala hotak tu lapang sungguh...hilang semua masalah / perkara-perkara yang merunsingkan hotak selama ni. Dapat pulak jumpa adik-beradik dan bercerita dan bergelak ketawa.....pergh....memang best la....
Waktu santai bersama keluarga...
Esok "RAYA"
Kalau masa kecik-kecik dulu ni la masa yang ditunggu-tunggu....tapi bila dah besar ni kena tunai tanggungjawab la sebagai anak yang membantu menanggung keluarga....keluar la ngan abah ke pasar.....pasar mana....? Pasar Endau.....lagi ramai sedara mara dapat jumpa di sana, yang tak dikenali dan baru dikenali pun ramai....bila jalan ngan abah, ramai yang menegur dan bertanya...anak ker ni...kerja kat mana...kerja apa dan macam-macam la tanya....macam interview nak kawen plak rasanyer hehehhe.....
Abah tengah memilih barang...sempat gak snap gambar....
Apa yang penting.....kerjasama....
Satu lagi perkara yang best masa nak raya ni ialah kerja kat dapur ramai-ramai....semua orang ada tanggungjawab masing-masing...kalu dah siap kena tolong plak yang belum siap....memang best la....keluar semua citer-citer masa kecik-kecik dulu dan kami semua gelak ketawa sakan....tambah pulak yang kecik-kwcik pun turut membantu lagi la mengimbau kenangan silam sebab rupa sama masa kami kecik-kecik dulu.....hahaha biasa la...potostat kan....
Sebenornyer kejernyer tak la banyak mana, tapi berborak tu yang lebihnyer....tapi memang best la sebab bila dah jarang jumpanyer, banyak la modal bercerita...ye tak....? setahun punyer modal.....hehehe
Pagi Syawal - "Raya"
Aktiviti biasala bila dah raya ni....bangun pagi awal, siap-siap diri, urus dapur pastu semayang raya....balik rumah bersalaman dan makan-makan.....rasanya semua orang yang berkeluarga melalui pengalaman yang sama.....bagi penulis tahun ni kira best jugak sebab semua berkumpul di kampung kecuali adik penulis dan pasangannya beraya di Sg Petani, Kedah....dia tak balik sebab raya ke 4 kena pegi Switzerland atas urusan kerja.....apa boleh buat....mana yang ada ni pun dah meriah....kalau dia balik lagi la pecah perut kami semua berketawaan terutama melayan kerenah anak-anak....
Sedondon...tiga generasi...
Bergambar raya.... keluarga penulis santai dan mak & abah
Beraya rumah nenek...
Balik ke Perak
Oleh kerana cuti yang pendek, raya kedua penulis sekeluarga gerak ke Perak, beraya rumah mertua di Manong, Kuala Kangsar......lagi sekali penulis terpaksa menempuh perjalanan yang panjang....penulis gerak dari Rumah di Tmn Mutiara Rompin jam 7 pagi dan non stop sampai di Manong, Perak jam 3 petang.....wow....first time sampai awal....hahaha....biasanyer kalau penulis yang bawak keta kalau cuti panjang memang malam la baru sampai....tapi sebab raya keta banyak atas jalan, nak berenti rehat pun takde selera sebab sesak lagi menyesakkan di semua perhentian yang ada......
Sampai pulak di Perak, memang best jugak....penat jalan jauh....lepak-lepak lepas sarapan esoknya paginya, tengok gambar homestay di Rompin mak abah sini pun berkenan nak melancong ke Rompin dan tengok homestay sambil jumpa mak abah di Rompin.....maklumlah lama dah dorang tak berjumpa... Apa lagi, jam 10 pagi sembang-sembang, jam 12 kami set untuk gerak ke Rompin....tak sampai 24 jam pun duk kat Perak......hahahha....lagi sekali kami akan melalui perjalanan yang penjang tapi kali ni ngan konvoi la tiga kereta....penulis (Unser LGX), adik ipar penulis (Honda Jazz) dan sorang lagi adik ipar (Keta beso...Vellfire...). Kami pun ramai-ramai gerak ke Rompin.........best woooo....!!!
Ni video yang telah di upload ke youtube....
Tapi maklumlah bila jalan jauh ni, tambah pulak barang orang tua kena berenti rehat gak la....kami terpaksa rehat di KL....apa lagi biras penulis yang loaded tu sponsor la kami hotel....duduk lakami kat hotel Eastern KL....berapa bintang entah...tapi regenyer RM700 gak la sebilik.....ada dua bilik connecting room dan ada hall di depan....dia ambil dua set.....pergh...hotel ajer dah dah seribu lebih.....dia kata bukan apa...biasanya company dia bayar 4-5 ribu untuk entertain client, kali ni dia kata belanja sikit jer untuk keluarga apa salahnya....lagipun jarang-jarang.......hahaha...penulis pun enjoy la menumpang tuah adik-beradik......
Ngan anak-anak saudara....
Lepak mandi-mandi kolam sebelum meneruskan perjalanan...
Beraya di Endau
Ini yang menjadi persoalan bila di tanya penulis ni orang mana...? kejap Rompin (Pahang) kejap Endau (Johor)......buat pengetahuan yang belum tahu.....sebenarnya kampung penulis ni di sempanan Pahang dan Johor.....Rompin Pahang punya....Endau Johor punya......itu jer....heheheh. So, setelah tiba di Rompin, penulis bawak family menyinggah la di rumah nenek penulis di Endau....Jadi mertua penulis dari Perak dapat berjalan lah ke beberapa negeri....Johor dan Pahang.....melintasi N. Sembilan, Melaka dan Selangor....fuyyo....!
Dari kiri isteri penulis, ibu mertua, nenek dan ibu penulis....
Jamuan makan sekeluarga dan doa selamat....
Dari kiri ayah penulis, ibunya, isterinya dan anak perempuannya.....
Begitulah corat-coret Aidilfitri kali ni.....walaupun cutinya teramat pendek tapi dapat dilalui dengan penuh makna sekali.....alhamdulillah syukur kepada Allah kerana penulis masih mempunyai keluarga yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain....semoga ukhuwah persaudaraan kekal selamanya...
Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan buat semua....
Hari ni agak sukar dilupakan kerana penulis masih lagi mengalami kejutan akibat pertukaran bonda pengetua SMK Membakut yang di segani lagi dikasihi iaitu Puan Mozidah Hamzah.
Antara kenangan penulis dan isteri bersama dengan bonda pengetua Mozidah Hamzah
Walaupun sudah mengetahuinya beberapa hari lalu iaitu beberapa hari sebelum bulan Ramadhan namun hati kecil penulis terasa amat kehilangannya. Walaubagaimanapun penulis berasa berbangga kerana berkhidmat di bawah pimpinan beliau selama lebih 3 tahun di SMK Membakut.
Laporan akhbar 'serah tugas' pengetua di PPD Papar
Banyak yang dapat penulis pelajari dari beliau dan selama berkhidmat sebagai pendidik ini, memang penulis rasa dibimbing dengan baik untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang baik. Beliau menggunakan pelbagai pendekatan sebagai seorang pemimpin untuk memandu SMKM sehingga SMKM menjadi sebuah sekolah yang agak menonjol juga di daerah Membakut ini.
Tambahan pula dengan hubungan beliau yang amat rapat dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang banyak membantu sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah. sebagai warga SMKM, penulis memang berasa berbangga beliau berada di SMKM.
Tetapi, ia tidak bertahan lama kerana penulis dan semua warga SMK Membakut terpaksa menerima arahan pertukaran bonda ke SMK Benoni dan berkhidmat sebagai Pengetua Cemerlang di sana. Walaupun pertukaran itu tidak jauh dan hanya pertukaran antara daerah sahaja tetapi pemergian bonda Mozidah meninggalkan SMKM memang amat di rasai oleh seluruh warga SMKM.
Bukanlah tujuan penulis mencoret di ruang ini untuk memuji-muji beliau tetapi sekadar untuk meluahkan rasa kehilangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata sebenarnya kerana amat banyak pengalaman pahit manis bersama dengan beliau di sekolah ini.
Antara perkara menarik dan merupakan keistimewaan beliau yang paling susah penulis lupakan ialah kemahiran beliau dalam bidang ICT. Dengan menggunakan Mac book dan Ipad sentiasa di tangan beliau merupakan seorang yang sentiasa update dengan isu-isu semasa, dan yang paling istimewa ialah beliau suka memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah dengan menggunakan "Imovie". Penulis biasanya bertugas menjadi orang belakang tabir bersama dengan seorang lagi teman sejawat iaitu Cikgu Suhaimi Ghani menjadi orang yang mengurus teknikal sebelum persembahan. Memang itulah antara memori yang memang tak akan dapat luput dari ingatan....
Antara persembahan multimedia bersama dengan bonda Mozidah dan para VVIP
Otai multimedia beraksi...
Sekian dulu lah corat-coret santai kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kami berkekalan hingga bila-bila teutama dalam bidang profesional pendidikan. Sesungguhnya kenangan bersama beliau akan sentiasa terpahat di ingatan.... Selamat bertugas buat bonda di SMK Benoni, Papar...