Friday, August 5, 2011

Hari terakhir pengetua Mozidah Hamzah di SMK Membakut




Salam Ramadhan dan salam perpisahan,

Hari ni agak sukar dilupakan kerana penulis masih lagi mengalami kejutan akibat pertukaran bonda pengetua SMK Membakut yang di segani lagi dikasihi iaitu Puan Mozidah Hamzah.


Antara kenangan penulis dan isteri bersama dengan bonda pengetua Mozidah Hamzah

Walaupun sudah mengetahuinya beberapa hari lalu iaitu beberapa hari sebelum bulan Ramadhan namun hati kecil penulis terasa amat kehilangannya. Walaubagaimanapun penulis berasa berbangga kerana berkhidmat di bawah pimpinan beliau selama lebih 3 tahun di SMK Membakut.

Laporan akhbar 'serah tugas' pengetua di PPD Papar

Banyak yang dapat penulis pelajari dari beliau dan selama berkhidmat sebagai pendidik ini, memang penulis rasa dibimbing dengan baik untuk menjadi seorang guru dan pendidik yang baik. Beliau menggunakan pelbagai pendekatan sebagai seorang pemimpin untuk memandu SMKM sehingga SMKM menjadi sebuah sekolah yang agak menonjol juga di daerah Membakut ini.

Tambahan pula dengan hubungan beliau yang amat rapat dengan pemimpin-pemimpin masyarakat yang banyak membantu sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti di sekolah. sebagai warga SMKM, penulis memang berasa berbangga beliau berada di SMKM.

Tetapi, ia tidak bertahan lama kerana penulis dan semua warga SMK Membakut terpaksa menerima arahan pertukaran bonda ke SMK Benoni dan berkhidmat sebagai Pengetua Cemerlang di sana. Walaupun pertukaran itu tidak jauh dan hanya pertukaran antara daerah sahaja tetapi pemergian bonda Mozidah meninggalkan SMKM memang amat di rasai oleh seluruh warga SMKM.

Bukanlah tujuan penulis mencoret di ruang ini untuk memuji-muji beliau tetapi sekadar untuk meluahkan rasa kehilangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata sebenarnya kerana amat banyak pengalaman pahit manis bersama dengan beliau di sekolah ini.

Antara perkara menarik dan merupakan keistimewaan beliau yang paling susah penulis lupakan ialah kemahiran beliau dalam bidang ICT. Dengan menggunakan Mac book dan Ipad sentiasa di tangan beliau merupakan seorang yang sentiasa update dengan isu-isu semasa, dan yang paling istimewa ialah beliau suka memaparkan aktiviti-aktiviti sekolah dengan menggunakan "Imovie". Penulis biasanya bertugas menjadi orang belakang tabir bersama dengan seorang lagi teman sejawat iaitu Cikgu Suhaimi Ghani menjadi orang yang mengurus teknikal sebelum persembahan. Memang itulah antara memori yang memang tak akan dapat luput dari ingatan....

Antara persembahan multimedia bersama dengan bonda Mozidah dan para VVIP

Otai multimedia beraksi...

Sekian dulu lah corat-coret santai kali ini. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kami berkekalan hingga bila-bila teutama dalam bidang profesional pendidikan. Sesungguhnya kenangan bersama beliau akan sentiasa terpahat di ingatan.... Selamat bertugas buat bonda di SMK Benoni, Papar...

Salam santai...


2 comments:

Bonda Mozidah said...

Satu persembahan yang baik dari segi bahasa dan lakarannya. Bonda sendiri tak tau apa lagi yang boleh di ucapkan buat Norazman dan keluarga. Sesungguhnya bonda sangat gembira sepanjang bersama kalian berdua, warga SMKM serta masyarakat Membakut. Terima kasih ya Norazman dan isteri kerana dapat bekerjasama sebagai satu keluarga selama 3+ tahun. Semoga kita akan terus berkongsi ilmu agar ukhuwah dapat terjalin wpun kita terpisah daerah. Salam kasih dan sayang buat kalian.

Bonda Mozidah said...

Satu persembahan yang baik dari segi bahasa dan lakarannya. Bonda sendiri tak tau apa lagi yang boleh di ucapkan buat Norazman dan keluarga. Sesungguhnya bonda sangat gembira sepanjang bersama kalian berdua, warga SMKM serta masyarakat Membakut. Terima kasih ya Norazman dan isteri kerana dapat bekerjasama sebagai satu keluarga selama 3+ tahun. Semoga kita akan terus berkongsi ilmu agar ukhuwah dapat terjalin wpun kita terpisah daerah. Salam kasih dan sayang buat kalian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails