Wednesday, March 4, 2009

Santai di Kota Kinabalu

Salam,

Hujung minggu lalu, kami sekeluarga bersantai di Pusat Bandar Kota Kinabalu. Mana lagi tempat popular KK kalau bukan Pasar Filipin. Kenapa namanya begitu...???? Mungkin sebab ramai orang Filipin di situ.. agaknya lah...Bukannya kat tempat beli mutiara ngan kristal tu, tapi kat pasar basah tempat jual ikan 'fresh' baru turun dari kapal ba....

Semasa bersantai, sempat kami melihat gelagat budak-budak mandi laut (sebelah paser tu tempat bot berlabuh). Bukan main seronok lagi dorang. Tanggal pakaian pun kat situ jugak tanpa segan silu...

Menikmati angin laut Selat Melaka...

Ikan kaler biru...ikan aper ekk...???

Kepala ikan basar telah dipotong...

Sempat berposing ditengah-tengah pasar...

Kepala ikan dipanggal...

Banyak sungguh ikan sagar....

Kekuasaan Allah

Salam,

Allah maha besar dan maha berkuasa. Kejadian yang berlaku berupa bala dan bencana hanya sekelumit daripada kekuasaan dan kebesaranNya. Gambar-gambar di bawah adalah daripada Hurricane Lili yang berlaku di Teluk Mexico....








Ambil pengajaran daripadanya.....salam santai...

Monday, March 2, 2009

Kejohanan Bowling Kelab Guru SMK Membakut

Salam,

Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup Kelab Guru SMK Membakut (sekolah isteri) telah diadakan di CPS BOWL, tingkat 8, Centre Point, Kota Kinabalu. Kejohanan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Bermula jam 9:00 pagi para peserta kejohanan telah tiba dengan membawa kaum kerabat masing-masing (ada bawak pasangan masing-masing, pak sedare n mak sedare sebagai penyokong, mak sendiri dan sebagainya).

Gambaran tempat kejohanan...

Selepas pendaftaran dijalankan, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan acara iaitu acara berpasangan dan individu. Kami berdua mengikut acara berpasangan menentang pasangan saudara penganjur sendiri (Tuan Arisham dan pasangannya). Terdapat 8 pasangan yang terlibat dalam kejohanan ini. Tahniah guru-guru SMK Membakut, anda semua sporting la....

Penyokong setia....

Sebelum kejohanan bermula kami tak ketinggalan berposing dengan bola bowling dan melakukan streching (pemanasan badan), maklumlah duk dalam air-cond. Tambahan pula, esok sekolah, takut nanti sakit urat pulak....

Membantu pemilihan bola bowling...

Pemilihan bola bowling berdasarkan berat dan juga lubang jari yang sesuai dengan peserta. Ada yang bola dah sesuai, tapi lubang pulak yang tak muat. Lubang dah muat jari, bola la pulak berat. Apa kan daya, bukan professional. Kalau tak memang tempah khas punyer bola bowling tu...

Bola bertuah...

Setelah puas mencari seluruh tempat bowling tu barulah jumpe bolah bertuah. Bola tu la (hijau) yang di gunakan sepanjang kejohanan.

Aksi peserta bowling di samping penyokong setia memberi semangat...

Baju corak kuning ialah bonda pengetua SMK Membakut...

Tak ketinggalan beraksi...bersebelahan dengan puan pengetua SMK Membakut, Bonda Pn. Mozidah Hamzah. Bukan sahaja pengetua, malah hampir semua guru (termasuk penolong -penolong kanan) dan staff sokongan bersama memeriahkan suasana kejohanan. Ada yang berentap sesama sendiri hingga ke titisan peluh yang terakhir.....

Adalah diharapkan agar aktiviti yang dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim seperti ini dapat diadakan selalu...tak gitu...??? Semoga menjadi contoh kepada yang lain.

Selamat santai...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails