Friday, August 20, 2010

Bisnes Santai ; Unixtarz Consultancy (Perunding Kewangan Public Mutual)

(klik untuk besarkan)

Salam Ramadhan,

Sedar tak sedar dah 10 hari dalam Bulan Ramadhan yang mulia ni. Tak lama lagi akan berakhirlah puasa. Sekejap betul rasanya masa berlalu, dan nampaknya kehidupan juga semakin terisi dengan pelbagai aktiviti yang semakin santai.....

Oklah, penulis tak bercerita panjang kali ini cuma berkongsi informasi berkenaan BISNES SANTAI penulis yang sedang rancak dijalankan ketika ini. Bukan apa, sekadar mengisi kekosongan waktu dan mencari pendapatan tambahan sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang. Bukanlah nak jadi kaya atau jutawan melalui bisnes ini tetapi ALLAH Maha Berkuasa, Dia menetapkan segala-galanya. Alhamdulillah nampaknya apabila kita mengejar akhirat dan melakukan segala yang diperintahkannya, maka dunia ini akan datang menyerah....dan ternyata kenyataan tersebut amatlah benar sama sekali....

Penulis mengambil kesempatan ini untuk berjuang dan berjihad memerangi kemiskinan dan juga pelbagai sistem kewangan yang tidak berlandaskan syarak yang mengandungi RIBA, GHARAR dan MAISIR. Apabila sudah ada pilihan dalam sistem kewangan Islam ini maka kita dikira WAJIB untuk memilihnya......Penulis tidak dapat memaksa hanya dapat berbicara...tepuk dada tanya IMAN......

Setakat ini dulu celoteh santai kali ini, sempena hari baik bulan baik ini, penulis menyusun jari memohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini dan juga kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini dan penulis juga telah memaafkan segala kesalahan semua orang yang menulis kenal walau sebesar mana sekali pun kesalahan mereka kepada penulis (sekiranya ada).

Akhir kata, salam santai.....

1 comment:

Nailul Muna Zahra said...

BAGAIMANA BISNIS YANG SANTAI ITU ????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails