Thursday, November 12, 2009

Program Kecergasan Rakan Muda 2009

Salam,

Bertemu kembali di ruangan santai : tempat merehat minda. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi penulis berasa amat bertuah berada di sekolah ini keran hari ini satu lagi acara 'Grand' melibatkan Jabatan Belia dan Sukan telah berjaya dijalankan di sekolah ini. Program Kecerdasan Rakan Muda 2009 ini telah berlansung daripada pagi hingga lewat tengahari melaibatkan semua warga SMK Membakut.

Di antara aktiviti besar yang dijalankan pada hari ini ialah aktiviti senamrobik melibatkan semua pelajar dan guru di sekolah ini. Para pelajar dan guru telah dibahagikan mengikut rumah sukan untuk tahun 2010 dan kali ini penulis telah diamanahkan untuk mengepalai Rumah Hijau (Helang) untuk terus terbang tinggi mengatasi rumah-rumah sukan lain iaitu Kuning (Rajawali), Merah (Cenderawasih) dan Biru (Kasawari).

Satu pengalaman yang amat menarik yang penulis dapat rasakan kali ini yang sudah lama tidak dirasakan sebelum ini iaitu kerjasama dan komitmen daripada semua yang terlibat dari atas hinggalah ke bawah. Memang tidak dapat dinafikan semangat ukhuwah dan hubungan silaturahim terjalin erat di antara kami walaupun berbeza agama, suku kaum dan adat resam.


Penulis selaku 'bapak helang' sedang mengatur strategi bersama 'anak helang' yang lain


Musuh ketat rumah helang iaitu Rumah Cenderawasih (Merah)
Bapak Cenderawasih sedang bagi 'peace'


Satu lagi pesaing hebat iaitu Rumah Kasawari (Biru)
Bapak Kasawari sentiasa 'cool'



Antara orang kuat Rumah Helang - Cikgu Dali


Senamrobik dipandu oleh pasukan Dream & Team sekolah


Pasukan Rumah Rajawali turut menjadi pesaing hebat


Pasukan Rumah Helang yang menjuarai senamrobik kategori guru-guru


Pasukan Rumah Kasawari juga hebat bersama guru-gurunya


Pasukan Rumah Cenderawasih menjuari acara senamrobik kategori pelajar


Antara aksi ibu-ibu helang - ada pulak kaler pink


Kerjasama mantap membuahkan hasil

Setelah berhempas-pulas dengan acara senamrobik kami semua bertanding pula dalam acara tarik tali melibatkan 4 kategori iaitu Lelaki A & B, dan Perempuan A & B. Persaingan hebat antara semua pasukan kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Di samping ketawa melihat gelagat peserta tarik tali, penulis juga hampir pecah perut melihat gelagat para guru beraksi memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.....



Antara gelagat yang menjadi perhatian ramai


Para hakim yang arif lagi bijaksana
Dari kiri : Cikgu Siti Awa, Cikgu Lilan dan Cikgu Siti Zainab



Penulis mencabut undian tarik tali mewakili rumah helang


Aksi anak-anak rajawali dan bapak rajawali



Rumah helang tidak mahu mengalah


Ibu Rajawali memberi semangat kepada anak-anaknya


Gelagat Bapak Kasawari memberi semangat


Pasukan penuh bergaya - Rumah Rajawali


Rumah helang memperhebatkan tenaga dalaman


Kesungguhan membuahkan kemenangan


Rumah Helang menjuarai 2 kategori iaiti Lelaki B dan Perempuan A
Lelaki A sekadar menjadi naib juara


Hakim tarik tali - Cikgu Azmie Muadi


Sempat bergambar sebelum acara akhir


Banyak hamper...tinggi dan besar


Setelah penat berhempas pulas


Menerima hadiah juara rumah senamrobik terbaik kategori guru-guru


Antara Jawatankuasa yang menjayakan aktiviti kali ini

Begitulah berakhirnya aktiviti hari ini dengan jayanya. Memang setiap aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama dan komitmen dari semua pihak. Takniah kepada pihak penganjur dan semoga banyak lagi aktiviti seperti ini tahun hadapan.

Harapan penulis, tahun hadapan HELANG PASTI AKAN TERBANG TINGGI.....

Selamat santai....


2 comments:

Anonymous said...

Wahh!!bez jua ustaz..dengki ku melihat..ahaks!

Ayasu Kuro-Obi said...

aku rasa kalu bebudak tu lawan tarik tali dgn mu sorang pun takleh menang... mu lg power.. tapi tak tunjuk skil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails