Salam santai,
Berjumpa lagi setelah sekian lama tak menulis. Tiada kisah yang menarik untuk dinukil cuma beberapa peristiwa indah sebagai kenangan sewaktu kursus TOT di Pusat Kokurikulum Sabah beberapa hari lalu.....
Apa yang TOT tu.....itu istilah ringkas bagi Training Of Trainers.....dan kali ini kami diberi tugas untuk membuat SOP (Standart Operation Procedure) secara dokumentasi sebab menda tu memang dah lama diamalkan cuma tidak didokumentasikan secara hitam putih dan dengan adanya kursus kali ini yang kelihatan ramai jurulatih yang lama-lama dan otai dalam bidang masing-masing maka pengalaman mereka digunakan untuk membuat SOP dan seterusnya membantu jurulatih baru (seperti penulis) untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam setiap aktiviti dirancang.
Apa aktiviti yang terlibat....? Dalam surat panggilan kursus dinyatakan untuk aktiviti Wall Climbing, Orienteering dan Low Element. Tetapi dalam aktiviti sebenar ditambah lagi dengan aktiviti High Element dan juga aktiviti air.... Apa lagi, memang banyak lah ilmu yang perlu dipelajari dan yang menariknya jurulatih PKKS tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi habis-habisan ilmu kepada jurulatih baru agar jurulatih baru dapat menjalankan aktiviti dirancang dengan selamat.
Untuk tidak memanjangkan cerita kita tengok gambau jer la yer....hehehe.....
Aktiviti Aras Rendah (Low Element Activity)
Ini sewaktu aktiviti Low Element, apa dia Low Element ni....bahasa mudahnya ialah aktiviti aras rendah. Aktiviti ni merupakan aktiviti baru diinovasikan di Pusat Ko Sabah hasil kreativiti staf Pusat Ko yang bernama Hj Abd Jalil. Masih belum boleh beroperasi sebab belum ada SOP dan pengesahan keselamatan dari JPA3 dan Bomba. Apa pun ia mempunyai 6 halangan dan setiap satu halangan bermula dari yang mudah kepada yang akhir sekali paling susah....tak ingat lak penulis kat nama semua halangan tu...tapi penulis dapat melepasi kesemuanya dengan bantuan semangat rakan-rakan jurulatih.
Pastu plak yang menariknya, penulis juga menjadi penanda aras peserta paling berat yang melepasi halangan tersebut untuk menguji kekuatan kabel. Masa taklimat anatomi low element, kami dimaklumkan bahawa kekuatan kabel mampu menerima beban sebanyak 80 kg maksimum, tapi penulis dengan berat 120 kg pun boleh lepas. Maknanya kalau ada yang lebih kurang ngan penulis boleh lah beranikan diri mencuba. Tak perlu takut kabel putus sebab orang besar dah try.....hahaha....
Orienteering dan Pandu Arah
Untuk Orienteering ni, komen penulis...sebenarnya secara peribadi penulis tak berapa berminat dengan aktiviti ni. Antara sebabnya persediaannya lama tetapi acaranya sekejap jer....lagipun badan macam penulis yang berat ni tak berapa larat nak lari laju-laju.....hahaha...
Apa pun untuk kursus kali ini ia amat membuka mata penulis, rupanya ia tidak sesusah yang disangka. Setelah penulis betul-betul faham (selama ni faham gak tapi tak berapa sangat) barulah timbul minat dalam diri penulis. Tahniah la kepada team Orienteering yang bertungkus lumus dan bersusah payah mengajar dan memberi panduan kepasa kami. Walaubagaimanapun aktiviti pertandingan antara dua kumpulan seperti dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan peta master dari kumpulan penulis dapat dibuat dengan bantuan peralatan elektronik.....hahaha dapat diprint la.....
Untuk pandu arah, aktiviti dijalankan pada sebelah malam dan ianya juga amat mencabar untuk membaca kompas pada sebelah malam. Tak dapat nak upload gambar tapi rasanya dapat dibayangkanlah camana peserta berkeliaran dan berlarian sambail membaca kompas dalam kegelapan......hohoho....sangat mencabar.....kaki penulis pun semakin sakit sampai terhencut-hencut berjalan....
Aktiviti Aras Tinggi (High Element Activity)
Memanjat Dinding Tiruan (Wall Climbing Activity)
Wall climbing merupakan satu lagi aktiviti mencabar high element, kami diajar untuk set up peralatan dan pastikan semua peralatan dipasang kemas sebelum memulakan aktiviti. Maklumlah nanti bila sampai masa aktiviti dan jurulatih kurang kena pandai-pandai sendirilah tanggung risiko me'nyetup' peralatan.....
Memang kursus ini mengajar bagaimana untuk mengajar dengan menggunakan SOP yang telah disediakan. Maklumlah malang tidak berbau, kalau jurulatih bertugas tak berhati-hati dan tak guna SOP, susah nanti woo.....so, kena belajar dan berhati-hati dari sekarang....
Latihan ikata dan simpulan
Satu lagi kemahiran yang amat ditekankan terutama melibatkan aktiviti tali ini ialah ikatan dan simpulan. Kalau tak kena caranya sewaktu aktiviti ni ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa. So, kena belajar betul-betul la dan satu lagi kita sendiri yang kena ikat untuk melakukan aktiviti pada esoknya.
Malam itu juga dijalankan ujian bertulis aktiviti wall climbing dan unjian praktikal untuk ikatan dan simpulan. Ikatan yang diuji seingat-ingat penulis ialah simpul manuk, figure of 8, single and double figur of 8, figure of 8 follow through, fisherman knot dan butterfly. Semuanya angat penting dalam setiap aktiviti melibatkan tali dan memang wajib dihafal....
Mula-mula nampak macam susah, tapi bila da dibuat berkali-kali jadi ok la....senang jugak la....terutama bila pakai tali karamental yang lebut dan mudah dibentuk.
Kemalangan kecil sebagai ujian
Tapi dalam banyak-banyak citer masa kursus TOT tu citer ni lah yang paling melekat di memori penulis. Mana taknya, kejadian tepat jam 3.40 pagi mengejutkan semua penghuni asrama tempat penulis menginap dan berehat.
Tanpa di sangka-sangka satu kebakaran kecil telah berlaku berpunca dari papan suis utama di bilik asrama kami. Kebetulan papan suis tu berada betul-betul di kepala penulis dan pada malam itu juga kejutan bagaimana kekecohan pada malam itu masih terpahat di ingatan. Yang penul;is ingat penulis dikejutkan oleh teman sebilik dan terus berlari keluar kerana nampak di atas kepala api sedang marak dan beberapa letupan kecil bersama serpihannya berterbangan dekat katil penulis.
Tanpa berlengah penulis dan beberapa rakan sempat mendapatkan pemadam api berdekatan dan api dapat dipadamkan sementara ia masih kecil. Kalau api sudah terbakar hingga ke syiling rasanya memang tidak dapat diselamatkan lagi asrama tu sebab banyak kayu di bahagian atas tambahan pula di bahagian bawah penuh tilam getah yang memang mudah untuk menjadi punca api.
Apa pun Alhamdulillah syukur ke hadrat tuhan semuanya selamat. Bomba dan SESB juga datang ke tempat kejadian tetapi keadaan api telah dapat dikawal dan dipadamkan.

Yeah.....ini aktiviti sangat mencabar....mulanya penulis hanya bercadang untuk duduk dan melihat saja sebab aktiviti ni nampak sangat bahaya dan arasnya pun tinggi juga lebih 10 ke 15 meter di udara (kalau tak salah la....) Yang ni penulis ingat namanya.... 'monkey bridge' dengan apa da satu lagi bridge tu....cis...tak hengat jugak.....
Hati kecil penulis tak dapat menahan untuk mencuba juga aktiviti ini, dan akhirnya penulis melapor kepada Jurulatih aktiviti iaitu Tn Ambrose pada masa tu (juga salah seorang penolong pengarah di pusat ko) dan beliau juga memberi galakan... Apa lagi penulis pun pergi ambil full body harness dan Tn Ambrose dan beberapa jurulatih lain membantu penulis memakai peralatan tersebut.....
Rupanya tak seperti disangka......gayat weh kat atas tu...dah la menyeberang atas seutas kabel dan hanya ada tali untuk membantu menyeimbangkan badan.....pergh....masa kat atas tu baru tau bukan senang juga rupanya aktiviti ni.....tapi penulis rasa kuat dan semangat hasil dari galakan dan sokongan rakan-rakan jurulatih dan suara mereka penulis dapat dengar sayup-sayup di hujung telingan sewaktu berada di atas sana.....

Tingginya....nak cuba ke tak....?
Isyarat sedia, yang penting pastikan 'belayer' tu orang yang sesuai,
ramai cover lagi bagus, kalau tak nahas woo.....
Isyarat sedia, yang penting pastikan 'belayer' tu orang yang sesuai,
ramai cover lagi bagus, kalau tak nahas woo.....
Wall climbing merupakan satu lagi aktiviti mencabar high element, kami diajar untuk set up peralatan dan pastikan semua peralatan dipasang kemas sebelum memulakan aktiviti. Maklumlah nanti bila sampai masa aktiviti dan jurulatih kurang kena pandai-pandai sendirilah tanggung risiko me'nyetup' peralatan.....
Memang kursus ini mengajar bagaimana untuk mengajar dengan menggunakan SOP yang telah disediakan. Maklumlah malang tidak berbau, kalau jurulatih bertugas tak berhati-hati dan tak guna SOP, susah nanti woo.....so, kena belajar dan berhati-hati dari sekarang....
Latihan ikata dan simpulan
Satu lagi kemahiran yang amat ditekankan terutama melibatkan aktiviti tali ini ialah ikatan dan simpulan. Kalau tak kena caranya sewaktu aktiviti ni ia boleh mengakibatkan kemalangan dan mengancam nyawa. So, kena belajar betul-betul la dan satu lagi kita sendiri yang kena ikat untuk melakukan aktiviti pada esoknya.
Malam itu juga dijalankan ujian bertulis aktiviti wall climbing dan unjian praktikal untuk ikatan dan simpulan. Ikatan yang diuji seingat-ingat penulis ialah simpul manuk, figure of 8, single and double figur of 8, figure of 8 follow through, fisherman knot dan butterfly. Semuanya angat penting dalam setiap aktiviti melibatkan tali dan memang wajib dihafal....
Mula-mula nampak macam susah, tapi bila da dibuat berkali-kali jadi ok la....senang jugak la....terutama bila pakai tali karamental yang lebut dan mudah dibentuk.
Belajar ikatan.... 'single figure of 8'
and 'figure of 8 follow through' di half body harness
Belajar buat classic/traditional half body harness guna tali karamental
and 'figure of 8 follow through' di half body harness
Belajar buat classic/traditional half body harness guna tali karamental
Kemalangan kecil sebagai ujian
Tapi dalam banyak-banyak citer masa kursus TOT tu citer ni lah yang paling melekat di memori penulis. Mana taknya, kejadian tepat jam 3.40 pagi mengejutkan semua penghuni asrama tempat penulis menginap dan berehat.
Katil penulis di bahagian bawah punca api,
tilam sempat ditarik supaya tidak terkena percikan api
Papan suis utama yang terbakar
tilam sempat ditarik supaya tidak terkena percikan api
Papan suis utama yang terbakar
Tanpa di sangka-sangka satu kebakaran kecil telah berlaku berpunca dari papan suis utama di bilik asrama kami. Kebetulan papan suis tu berada betul-betul di kepala penulis dan pada malam itu juga kejutan bagaimana kekecohan pada malam itu masih terpahat di ingatan. Yang penul;is ingat penulis dikejutkan oleh teman sebilik dan terus berlari keluar kerana nampak di atas kepala api sedang marak dan beberapa letupan kecil bersama serpihannya berterbangan dekat katil penulis.
Tanpa berlengah penulis dan beberapa rakan sempat mendapatkan pemadam api berdekatan dan api dapat dipadamkan sementara ia masih kecil. Kalau api sudah terbakar hingga ke syiling rasanya memang tidak dapat diselamatkan lagi asrama tu sebab banyak kayu di bahagian atas tambahan pula di bahagian bawah penuh tilam getah yang memang mudah untuk menjadi punca api.
Apa pun Alhamdulillah syukur ke hadrat tuhan semuanya selamat. Bomba dan SESB juga datang ke tempat kejadian tetapi keadaan api telah dapat dikawal dan dipadamkan.
Beberapa pakaian lain juga turut kena serbuk pemadam api
sebab berdekatan dengan punca api
sebab berdekatan dengan punca api
Itulah serba sikit coretan santai kenangan berkenaan kursus TOT ini. Bagi penulis memang banyak yang dipelajari dari kursus ini teutama sifat setiakawan sesama jurulatih pusat ko. Semoga setiap yang berlaku ada hiklmahnya dan ukhuwah yang terjalin antara kami sebagai jurulatih berkekalan selamanya.....
Salam santai buat semua pembaca santai terutama kepada semua jurulatih, kalau ada salah silap teutama dalam penulisan ini harap diperbetulkan dengan komen yang sewajarnya....
Sebelum menutup bicara sekalung tahniah kepada pengurusan PKKS, semua kakitangan, jurulatih yang dedikasi kerana PKKS telah dinobatkan sebagai Pusat Kokurikulum Negeri terbaik di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut.....TAHNIAH...!!! Bangga dapat bersama yang TERBAEK....!!!
Kena lah dengan moto PKKS...."Kalau bukan kita siapa lagi....!!!!".
Sekian....
Salam santai.....

terbaek la ust. azman... nnt kita masuk kem lg ya :)
ReplyDelete