Tuesday, April 14, 2009

Pekan lama Membakut banjir lagi

Salam,

Berita terkini 14 April 2008, Pekan lama Membakut dikejutkan lagi dengan kejadian banjir secara tiba-tiba berpunca daripada pembukaan empangan berhampiran yang tidak lagi mampu menampung air hujan yang turun daripada kawasan sekitarnya. Kawasan yang terlibat ialah di Pekan lama Membakut dan beberapa sekolah rendah berhampiran seperti SK Pekan Membakut, SK St Patrick dan Tadika & SK Pei Yin. (Ni berita dalam bahasa formal la....)

Berita bahasa tak formal plak....pagi tadi cikgu si Akrami telefon.."Cikgu tolong ambil anak kita ya...hari nda skul sebab banjir...." ba apa lagi ummi Akrami pun keluar la pegi ambil si Akrami. Jadi dapat cuti la Akrami hari ni....esok tak tau lagi...tapi tadi nampak macam air sudah mulai surut.....syiok la orang yang kat sekolah kat ulu tu kan....konfom nda skul esok...

Kejadian banjir di Beaufort baru-baru ni (gambar oleh nunung dari galeri www.membakut.info)

Tapi apa pun diingatkan kepada pelawat santai & blogger dari Membakut dan sekitarnya bersiap sedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Perkara ini pernah terjadi sebelum ini dan yang paling hampir ialah kejadian banjir di Beaufort yang sangat serius. Jadi, sentiasa beringat dan berwaspada.....

Selamat santai dan berhati-hati selalu...

Wassalam


2 comments:

Takilala said...

last banjir teruk kat membakut dulu tahun bila ye? 2006 kan? betulkan kalau salah.

Anonymous said...

di ulu memang tak dapat masuk bila banjir. ni kira cuti free le. skrarng ni pun nak banjir bkn macam dulu. pg td masa saya p skol, smpai kat simpang masuk skol, tgk air naik ngan laju, risau gak takut banjir and tak dapat kuar hingga guru saya pergi tgk macm mana keadaan air. walau bagaimana pun, Alhamdulillah, air tu tak naik , hanya bertahan je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails