Sila klik sini untuk melayari blog tidak rasmi sekolah iaitu e-hikmah.blogspot.com. Blog ini merupakan sebahagian catatan aktiviti, coretan kejayaan dan berita-berita terkini SMK Membakut II.
Blog ini juga adalah merupakan kesinambungan daripada Majalah HIKMAH yang telah diterbitkan selama tiga tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007). Tahun 2008 tidak diterbitkan kerana tidak mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tahun 2009 dipaparkan secara maya (dan juga tidak rasmi) di atas inisiatif penulis sendiri untuk tatapan warga SMK Membakut II dan semua pembaca. Diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua.