Public Mutual

Assalamualaikum dan Salam Public Mutual,

Terima kasih kerana sudi klik ke page ini. Page ini berbicara berkenaan kehidupan penulis santai sebagai seorang Perunding Unit Amanah (Islamic Fund) untuk Public Mutual.

Bagaimana bermula

Kerjaya penulis yang sebenar ialah sebagai seorang GURU berkhidmat di sebuah sekolah di Daerah Beaufort. Sebelum bertugas sebagai kakitangan kerajaan pun, penulis telahpun berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran di Takaful Malaysia selama 2 tahun hingga sah jawatan dan membuat part time sebagai perunding unit amanah dengan ASM Mara setelah mendapat lesen dari FMUTM sekitar tahun 2003.

Setelah sekian lama tidak terlibat dalam bidang pemasaran dan berjumpa pula dengan seorang kawan yang mengajak penulis terlibat semula dengan bidang unit amanah dan penulis hanya perlu renew lesen sahaja tanpa mengambil semula peperiksaan maka penulis bersetuju untuk bersama dengan Public Mutual pada bulan Ogos tahun 2009 (masa tu bulan puasa). Maka penulis pun mula lah membuka mulut berbicara pasa Public Mutual dengan teman-teman rapat dan bulan pertama sahaja penulis telah berjaya mendapat sebanyak RM58000.00 jualan tunai dan mendapat komisyen sekitar RM1595.00. Betapa gembiranya punulis pada masa itu...

Bayangkan tanpa susah payah, dan kebetulan masa tu penulis memang bertekat tak mahu meninggalkan solat tarawih dan berjaya mendapat rezeki hampir sebulan gaji....waa....dalam hati penulis mula berdetik..."Inilah bisnes yang paling ngan ngan diri aku....mudah dan hanya perlu ajak orang menyimpan....". Berbanding ngan kerja lain yang penulis buat pert time melibatkan jualan barangan, simpan stok dan sebagainya....malas dah rasanya sebab ini lebih senang.....dan berterusanlah punulis bersama Public Mutual hinggalah sekarang....






Related Posts with Thumbnails