Alhamdulillah, hari minggu sempena cuti sekolah ni penulis sempat berjalan ke Pantai Sawangan, lokasinya di Pekan Kuala Penyu, Sabah. Dari rumah penulis kira-kira 40 km dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari Membakut (ikut jalan Kg Binsulok).
Ha...ni pertama kali penulis dan keluarga sampai ke sini. Dah hampir 9 tahun duduk kat Sabah ni baru ni tahu ada tempat secantik ini di sini. Itu pun dari kengkawan yang cycling (tapi penulis tak ikut la) dan juga kebetulan minggu lepas penulis menghantar pelajar dan rakan jurulatih ke jeti nak ke Pulau Tiga (di kenali dengan Survivor Island - lokasi penggambaran rancangan realiti tv). Sembang-punya sembang rupanya dekat bebenor dengan rumah penulis tapi tak tahu.....ciss...!!! Penulis ikut jalan Kg Binsulok, sebab jambatan ke Kuala Penyu dari Binsulok dan siap......kira macam dekat sikit kut.....
Petang yang SANTAI
Memang tempat ini sangat cantik dan warna air yang kehijauan memang membuatkan fikiran melayang-layang umpama berada di syurga. Cantik sesangat-sangat.....siapa yang belum sampai sini memang wajib la datang sekali untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT ini.
Apa kata jom tengok gambar pulak....

Bawak bekal
Apa yang best sekali ialah kami bawak kopi o panas dan juga biskut untuk dinikmati di atas jeti Sawangan. Yang menariknya di sini jeti tu teramat lah panjangnya. Penulis agak-agak la lebih dari 100 meter dari tepi pantai. Jauh wo....! Anginnya pulak pergh......punyalah kuat....kira jeti tu macam bergoyang-goyang jugak la...ditambah pulak dengan ombak yang gagah perkasa menghentam kayu jeti yang agak uzur.....
Sampai di pertengahan kami berehat dulu, kat sini pun cantik jugak macam ada sempadan air....lepas dari tengah tu airnya agak jernih dan kehijauan....kira boleh tengok la apa yang ada kat bawah....dan di pinggiran jeti tu pulak ramai jugak la kaki-kaki pancing melayan joran mereka....fuhhhhhs,,,memang santai.....!!!
Sampai ke hujung jeti kami cari port yang menarik...pergh....layan kopi o panas.....kunyah lak biskut coklat dan biskut kering.....memang santai......! Lapas tu melihat kehijauan laut bersama angin kencang yang bertiuo ibarat meniup segala masalah dan tekanan yang ada di tempat kerja selama ni....hilang dan terbang segala masalah yang mengganggu fikiran selama ini....hilang bersama angin lalu yang kencang......pergh....santai betul.....!!!

Begitulah hari ini berlalu.....cuti yang santai dengan belanja yang sangat menjimatkan....kami pun balik ke Hotel Membakut di Taman Desa Jaya lah.....hehehehe....
Salam santai...
4 comments:
mmg siok ustaz.. hilang segala masalah sekejap. perkhemahan kadet polis peringkat negri 2009 pun kami buat kat sini jugak..
Tu la pasal....mmg siok....camana boleh lambat tau tempat begini punya cantik....sebelum ni ada dengar cerita jer la....tapi orang tak bagitau cantik dan tenang sebegini....sesuai sekali sekala menenangkan fikiran.....!
Cantik! Ustaz pernah pergi ke kudat x?
salam ustaz...
memang best kat sawangan tu... damai je rasa nyer... sya ngan family pun baru je pergi sana 17.03... cuma agak risau dgn jambatan menuju ke jeti hujung tu... mcm nak runtuh jer...
Post a Comment