Saturday, May 30, 2009

Tutup Gelanggang

Pesilat SMK Weston dan ex-SMK Membakut II serta juruletihnyer....

Salam,

Petang semalam bertolak ke Weston untuk Latihan Pusat Kontinjen Silat ke SAGA dan Majlis Penutupan Gelanggang Latihan di hadiri oleh DO Beaufort selaku Ketua Kontinjen Beaufort. Kira penat jegak la latihan akhir ni....buah ngelas kan...Abis latihan jam 10:30 malam balik ke Membakut sampai rumah tepat jam 12:00 malam. Pastu hantar budak pegi camping integrasi plak di sekolah....fuss semfut sudah ni...

Gambar kenangan bersama Tuan Pegawai Daerah Beaufort (tengah baju biru)

Lepas gian...DO juga dulu bekas ahli bela diri Tae Kwando

Sebahagian aksi sparring silat olahraga

Latihan silat seni menggunakan parang betul...baru ada percikan api....

Kecederaan memang tak dapat dielak...

Latihan silat seni (tempur puteri)

Pemuzik silat

Tuan D.O. dan isteri serta Guru Jamain (pengurus pasukan)

Selamat santai...


Tolong bungkus....

Yang tak dapat hadiah semangat membantu
bungkus hadiah...amek berkat...


Salam,

Semalam, Jumaat sibuk bagi markah yang dah siap rait kat pelajar....Apa lagi kena tunai janji la..."Sapa dapat A (80 ke atas) dapat hadiah istimewa..." itu janji sebelum peksa aritu. Punyer le semangat bebudak nih study...7 orang dapat A bagi subjek Pend. Islam kelas 3 As-Syafie. Yang lain sederhana dan ada 2 orang GAGAL. Hmm...siap tuntut hadiah lagi...ok la..mereka memang layak dapat. So, bila tanya nak bagi di kelas ke nak bagi kat perhimpunan...Apa lagi mesti nak glamour kan...takder hal...layannn....

Kelas 2 Al-Ghazali pun dah siap rait....semua GAGAL kecuali 3 orang jer lulus. Sedih jugak la...tapi apa kan daya...itu jer kemampuan dorang. Walaubagaimanapun, yang lulus tu dapat hadiah....adil tak....???

Tunggu Isnin depan bukak sekolah yer....


Terima kasih kepada pembantu setia...
semoga lepas ni kalian pulak...

Pantang nampak kamera...trus posing...

Tahniah kepada yang berjaya....yang kurang berjaya tingkatkan usaha...

Selamat santai....

Taik kucing betul....!!!

Ape mender tu ekk...?


Salam,

Tajuk di atas boleh dibaca dengan pelbagai intonasi.....terpulang kepada anda. Boleh bayang tak camana perasaan bila ada mende alah tu...Masuk jer bilik depan nak amek baju, tetiba ada bau semerbak yang kurang menyenangkan (sebab sebelum ni sentiasa bau softlan)...Hmm apa boleh buat....

Ini adalah ori punyer bukan palsu punyer...

Siap ada tompok air kencing lagi...

Ntah bila masa si anak kucing orang sebelah masuk sini. Bukak pintu melompat dari atas katil tempat dia melepak....

So, apa lagi sian si Norsiah (pembantu rumah) kena cuci....Tapi Norsiah tak pernah mengeluh...

Tak best santai kat katil tu lagi...


Isteri pulak camping

Isteri (dua dari kiri) n geng PPIM nyer...

Salam,

Ni program minggu lepas tak sempat nak update sebab minggu ni sibuk bangat.... Perkhemahan Perdana SMK Membakut melibatkan 6 unit beruniform bertempat di Membakut Lake Eco Training Centre (MLETC).... Isteri terlibat selaku guru penasihat PPIM. Sibuk gak aa dia mnguruskan barangan untuk perkhemahan. Abis barang kena selongkar nak bawak untuk budak camping. Penulis jadi driver jer....

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar semasa camping....

Jalan nak ke tempat camping....dah ada batu kerikil,
masa camping pengakap siap berselut lagi...

Peserta sibuk memasang khemah

Memantau aktiviti

Sibuk menyusun barang...

Selamat santai....


Wednesday, May 27, 2009

Cuti dan SAGA 09, Sandakan

Posing maut di depan banner kejohanan...

Salam,

Esok lusa dah mula cuti sekolah. Cepat sungguh rasanyer masa berjalan tahun nih. Tu...tup..dah nak cuti rupenyer...Tiket free nak balik hujung tahun dah dapat...tapi kali ni dapat tiket balik ikut Penang. Biasa ikut JB atau KLIA. Tapi ok la jugak merasa kali ni balik kut Penang...tul tak...???

Esok malam para pesilat sekolah akan ke Weston, Beaufort memenuhi jemputan latihan bersama kontinjen Beaufort ke SAGA nanti. Sudah beberapa kali dah Guru Jamain Pengurus Kontinjen Beaufort (Pasukan Silat) call untuk confirmkan esok. Bukan aper...Chef de Mission D.O. (District Officer) Beaufort akan turun sekali melihat persiapan pasukan. Apa lagi, penulis selaku juruletih ngan mahaguru Shahzian Mumin terpaksalah menyiapkan borang-borang kebenaran dan kesihatan pesilat-pesilat sekolah ni...Kali ni ramai lak tu ke Negeri.... Mula dari tahun 2005, 2006 dan 2007 ada sorang jer wakil layak ke peringkat negeri, 2008 ada tiga orang...dan satu berjaya ke peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa di Selangor. Tahun ni ALHAMDULILLAH lima orang ke SAGA , Sandakan- Sabah Games (kira negeri la tu kan....)

Nampak semangat betul para pesilat ni berdasarkan latihan petang tadi. Ada juga yang jeles tak dapat ikut...maklumlah tak cukup umur...he..he..he.. (sebab SAGA ni untuk yang lahir selepas tahun 1991 dan 1992 sahaja). Yang lain terpaksalah tunggu giliran mereka nanti...INSYAALLAH tahun depan atau depan atau depan lagi...

Jadi, cuti ni jalan-jalan cari makan kat Sandakan lagi la...setakat duk Sabah ni dah beberapa kali ke Sandakan....ok jugak lah...cuma kali ni walaupun aktiviti rasmi "mem" tetap nak itut jugak...hmm...bawak jer lah...nanti tinggal sunyi plak...

Okay la...sebagai mengisi ruangan yang ada, di selitkan lah jugak gambar2 kenangan sewaktu Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah di Lahad Datu tahun lalu...banyak sangat kenangan...semoga gambar2 tersebut dapat menggamit memori yang indah dan santai....

Banner kejohanan tahun lepas...

Aksi ala 'Panca Sitara' dari wasit juri Bahagian Beaufort yang adil lagi bijaksana....

Kenangan bersama wasit juri dari seluruh Sabah
dan juga dari semenanjung (PESAKA Malaysia) - Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Banyak lagi kenangan sebenarnya...tapi internet ni lembab la...lambat nak upload gambar...nanti senang la cerita lagi...

Selamat santai...


Monday, May 25, 2009

Renungan santai : Cara Syaitan Bogelkan Wanita

Gambar sekadar hiasan...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati peha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahua'lam.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim. Kesempatan kita saat ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan artikel ini kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.

Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Note:
Artikel ini adalah sumbangan johe, seorang warga Megasutra.

Renungan Santai : Tanda-Tanda Dan Akibat Penyakit Rohani

Sekadar gambar hiasan...

PENGERTIAN ROHANI


Perkataan rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.

Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:

Firman Allah yang bermaksud:
‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.
(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)

LEMAH DAYA KERJA
Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan.
Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur)kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya ke*****an, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.
(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

PENDANGKALAN RASA
Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur.
Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’
(Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH
Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidakstabilan mental.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN
Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:
‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S. An-Nur, ayat 50)

BURUK SANGKA
Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’
(Al-Ahzab, ayat 12)
Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’
(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)
Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.


Lagi gambar hiasan....

KEROSAKAN YANG DITIMBULKAN OLEH PENYAKIT ROHANI
Setiap orang merasakan dan mengetahui betapa buruknya akibat-akibat penyakit jasmani yang menimpa seseorang. Tetapi penyakit rohani sebenarnya mempunyai akibat-akibat buruk yang lebih serius daripada penyakit jasmani. Antaranya ialah:

1. MENGGANGGU KETENANGAN
Orang yang berpenyakit rohani tidak akan dapat menikmati ketenangan hidup. Hal ini bererti mencelakakan dan meruntuhkan kebahagian. Hanya orang yang sihat rohani sajalah yang dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan.

2. MENJAUHKAN DIRI DARI TUHAN
Penyakit rohani dalam istilah lain disebut ghibah, sifat buruk, muhlikat, sifat buruk yang merosakkan atau ahlqul mazmunah yakni akhlak yang tercela. Sifat dan sikap mental yang demikian amat tidak diredai oleh Allah dan diperhitungkan sebagai dosa; misalnya munafik, iri hati, sombong, dan lain-lainnya. Dengan demikian memiliki sifat dan sikap tersebut bererti membuat diri dimurkai dan kian jauh dari Tuhan.

3. MELUMPUHKAN DAYA KERJA
Jika orang yang sihat rohaninya dia akan dapat bekerja dengan tekun dan beramal kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya sebagai bakti kepada Allah dan ihsan kepada sesama manusia. Sebaliknya orang yang berpenyakit rohani, daya kerjanya lumpuh dan tidak sanggup melakukan sesuatu yang penting dan bernilai dalam pembangunan. Jika seseorang hanya pandai merosak tetapi tidak pandai membangun maka dapatlah dipandang orang itu sebagai sampah masyarakat bahkan lebih buruk daripada sampah.

4. MEROSAKKAN JASMANI
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.

Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau janun.

Note:
Artikel ini adalah sumbangan wwunan, seorang warga Megasutra.

Sunday, May 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Cikgu Eng

Selamat Pengantin Baru Eng dan Azrey

Salam,

Hari Sabtu lalu selepas waktu persekolahan ganti (ada peperiksaan semester 1) kami beramai-ramai satu sekolah pergi ke Majlis Perkahwinan Cikgu Lee Swee Eng dan Azrey di Beaufort. Memang majlis simple tapi meriah bangat. Maklumlah, Cikgu Eng ni mesra alam dan baik orangnyer. Boleh dikatakan hampir semua rakan guru turun memeriahkan suasana.


Dari kiri Cikgu Rosley, Cikgu Nasip, Cikgu Kabul, Cikgu Yusman,
penulis dan isteri, hujung sekali Emi (isteri Cikgu Yusman)
dan Si Adam budak manja...

Si Akramie jadi cameraboy

Yang nampak mata jer tu Cikgu Manap kut....


Sampai di taman perumahan dekat petronas Beaufort tu kami berkumpul dulu tunggu kengkawan lain...biar ramai baru meriah kan....rupanya ramai jugak dah geng-geng bujang tiga (sebab tak bawak bini masing-masing) tunggu kat bawah pokok. Cikgu Yusman dan penulis bawak keluarga masing-masing (sebab lepas tu terus ke KK, hantar kawan ke KKIA)

Sempat ambik gambar kenangan dengan pengantin

Majlis sungguh meriah dan sangat unik......Apa yang menariknya ialah kaum keluarga Cikgu Eng yang datang ada yang Chinese dan ada yang dah convert (Muslim). So, tak ragu-ragu lagi nak makan jamuan tu sebab tuan rumah memang dah memahami situasi semasa sebab ada tetamu Muslim bahkan keluarga mereka sendiri ramai juga yang muslim...maknanya makanan tu memang halal dan khabarnya di masak bersama secara gotong-royong (kalau salah tolong bagitau ek...)

'Pose' manjer Cikgu Eng dan suami

Nampak manjer dan manis plak Cikgu Eng ni masa majlis tu...tengok la gambar tu...nampak jer kamera terus posing meraikan cameraman/woman....Si Azrey tu pun sporting jugalah...memang dah kenal dari tahun lepas lagi masa meraikan sepupunya kawin di Dewan Pak Musa Beaufort....masa tu Eng orang paling sibuk menguruskan majlis sepupunya tu dan kami plak buat persembahan kulintangan...sekarang giliran dia plak kan...

Semoga berbahagia selalu dan semoga perkahwinan kekal hingga ke anak cucu. Cikgu Imelda tunggu giliran plak lepas ni...Sok sekolah boleh ngusik-ngusik Cikgu Lee Swee Eng...jangan mara aa Eng...

Selamat santai...


Friday, May 22, 2009

IKLAN : TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

Gambar hiasan : Program Praktikal Pengurusan Jenazah SMKM II 2009
Anjuran Panitia Pendidikan Islam


SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


Gambar hiasan ketika memandikan mayat

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Gambar hiasan lagi setelah menjadi jenazah sempurna dikafan

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



Gambar hiasan lagi : Peringatan dari blogger santai

Selamat santai...




Santai pelik : "Jawapan"

Pelajar tekun menjawab soalan peperiksaan
Salam,

Bersempena dengan musim peperiksaan pertengahan tahun ni nak ucap selamat kepada semua para pelajar, semoga dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan mendapat markah yang baik insyaALLAH.

Sebenarnya setiap kali peperiksaan penulis akan mengalami perkara ni. Memang agak pelik dan menarik. Kekadang terfikir apa yang sedang para pelajar fikir. Susah juga untuk difahami samada adakah mereka belajar atau tidak selama ini.

Seringkali berlaku apabila penulis 'merait' (memeriksa) kertas jawapan pelajar. Ada yang tak jawab langsung, jawab tapi tak tepat, tak betul dan yang palik pelik jawapan yang diberikan tak berkaitan dengan apa yang disoal dalam kertas soalan. Adakah mereka ini memberikan jawapan tentang apa yang ditanya atau memberi jawapan sekadar apa yang mereka tahu dan fikir...Kekadang penulis ketawa sendiri berdekah-dekah sampai nak pecah perut bila baca jawapan pelik nih...

Walaubagaimanapun bukanlah semua pelajar memberikan jawapan pelik begini. Ramai yang dapat jawab dengan baik malah sangat tepat. Tapi yang ni...susah la nak cakap...Setakat ni baru rait beberapa kertas sudah pun ada beberapa jawapan pelik nih...

Memang pelik...berikut contoh jawapan yang diberikan pelajar dan juga soalannya....

1) Soalan Ting 2 Pend. Islam:

Mengapakah Saidina Ali digelar Karramallahu Wajhah dan apakah maksud gelaran tersebut?

Jawapan pelajar 1 : Karramallahu wajhah bermaksud membawa sebatang sepanduk untuk tenteranya.

Jawapan pelajar 2 : Harimau putih

2) Soalan Tasawwur Islam Ting 4 : Apakah peranan hadis dalam perundangan Islam?

Jawapan pelik pelajar : keluar haid dan keluar air mani

3) Soalan beberapa tahun lepas yang memang tak dapat lupa sampai hari ni : Apakah hukuman bagi SUAMI ISTERI yang bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan?

Jawapan pelik pelajar : Duduk atas ais batu selama tiga hari tiga malam.....

he..he..he... pelik...pelik...

Selamat santai....






Thursday, May 21, 2009

Santai Ngeri : Awas CINCIN.......!!! (18 SG)


Salam,

Anda pakai cincin....berhati-hati ketika nak tanggalkan cincin...jangan jadi macam kat atas tu... adussss....ngerinyer...pedihsss....

Selamat santai...

Esok Jumaat....dah potong kuku...???

Klik gambar untuk besarkan lagi....

Renungan - 'Paradigm Shift'

Salam,

Memang hidup kena sentiasa berubah...dan kita kena bersedia untuk menerima perubahan samada besar atau kecil.... Walaubagaimanapun, perubahan itu hanyalah perubahan luaran sahaja...isinya tetap sama.....!!!

Member lama

Semalam, memang rasa puas walaupun agak penat. Member lama masa sekolah dulu datang ke Sabah ada event di Sutera Harbour. Dia call semalam sebelum sampai. Apa lagi syiuk nak jumper member lama...mesti banyak dan panjang citer.

Memang tak dinafikan, bila dah jumper macam-macam nostalgia keluar. Kebetulan kami memang satu kelas dari dulu (termasuk la kami punyer isteri). Maknanya kami berempat memang classmate. Bermulalah 'jejak kasih' setelah sekian lama tak jumper. So, bila dengar citer kengkawan semua geng sepermainan dulu dah ada citer masing-masing. Ada jadi loyer, army officer, bussinessman, doktor, staff nurse kanan dan macam-macam lagi lah.

Semuanya sudah berubah berbanding sebelum ni...kalau nak tulis sini 3 hari 3 malam pun abis. Kesimpulannya, manusia memang sentiasa berubah, berkembang dan semakin hebat berbanding sebelum ini. Kita kena sedia menerima perubahan dalam hidup....marilah sama-sama kita berubah dari yang kurang baik kepada yang baik, yang dah sudah baik kepada lebih baik dan yang dah sangat baik kepada yang cemerlang, gemilang dan terbilang (petik kata-kata mantan PM - Pak Lah)

Semoga kita semua berada dalam paradigma baru....

Selamat santai...


Monday, May 18, 2009

Lawak santai lagi

Gambar hiasan...lepas baca lawak santai...

Lawak 1 : Angsa


Seorang pelanggan kedai haiwan peliharaan sedang berjalan-jalan sambil mendukong dan membelai seekor angsa dengan sangat mesra.

Tiba-tiba seorang pemuda yang juga pelanggan kedai tersebut ternampak dan berkata

"Ciss, monyet rupa buruk cam tu pun ko sayang??!".

Lalu si pemilik angsa tadi menjawab:

"Hei, Apa kau kata? gila apa ke buta apa... Ini angsa lah, bukan monyet, bodoh!".

Mata kedua lelaki saling bertentang, kemudian lelaki kedua tadi menjawab:

"Kau tu yang Gile! Apa kau ingat aku bercakap dengan kau? Aku sedang bercakap dengan angsamu itu, gilaaa..!"

----------------------------------------

Lawak 2 : Kisah Pudu Raya

Pada satu hari aku pergi ke Pudu Raya, ambil sepupu yang nak datang jumpa aku, namanya Ali. Dah hampir 10 tahun tak pernah jumpa dia. Sesampai kat pudu aku pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Memang penuh orang kat Pudu, maklumlah orang nak balik raya. Aku pun tak berapa pasti lagi bentuk rupa dia macamana. Tapi akhirnya jumpa juga dia dicelah ramai-ramai orang yang ada kat situ.

Apa lagi seronok sembanglah dengan dia, dan satu lagi dia datang ngan sorang lagi sepupu aku, Atan namanya. Aku pun tak berapa pasti dengan muka dia, maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Terkejut aku tengok si Atan, dia berdiri sebelah Ali, perut dia buncit, gemuk gila. Aku pun apa lagi, terus melawak lah,

Aku: Ni Atan kan? Hoi Tan,gemuk betul engkau ni, perut buncit, minum todi ke kat kampung, rambut sebijik macam gengster, bontot besar tempayan?

(Aku pun tujah tujah perut dia, aku korek pusat dia, aku gelak kuat kuat, teringat semasa dulu cara aku melawak ngan atan)

Tiba-tiba, Ali tarik aku cepat-cepat, dia kata itu bukan atan, atan tengah pergi toilet, itu orang lain lah, dia sendiri tak kenal. Aku terdiam, terbayang macamana aku tujah perut orang tu, lepas tu kutuk-kutuk pulak perut buncit minum todi, gelak lagi kuat-kuat....malu aku, tak sempat mintak maaf pun kat brader tu, kami lari cepat-cepat tinggalkan tempat tu.

Takut kena pukul pulak.....

------------------------------------------------

Lawak 3: Pak Pandir di jalan raya dan office

Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"
(maksudnya dia la tu yang tersalah jalan)

Satu lagi perangai pak pandir semasa kat ofis, kalau boss dia suruh potostate sesuatu, mesti dia lepas photostate to akan berhenti sekejap kat mesin tu, periksa sesuatu, bila orang tanya kenapa " Nak check ejaan betul ke salah dengan yang orijenal ni"

Tu jer la...

Selamat santai dan bergelak ketawa....


Latihan silat ala komando di Pantai Pimping


Salam,

Pada hari Sabtu lalu bersamaan 16 Mei 2009 (Hari Guru lagi tu....), Persatuan Seni Silat SMK Membakut II terus gigih menjalani latihan sebagai persediaan untuk SAGA 09 di Sandakan dan Kejohanan Pencak Silat Antara Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah yang akan diadakan tidak lama lagi. Latihan ini dikendalikan bersama oleh penulis dan juga Cikgu Yusman sebagai orang kuat dan selaku tulang belakang persatuan ini.

Para pesilat akan menghadapi peperiksaan akademik minggu depan dan latihan kali ini sebagai pemanas badan sebelum menghadapi pertandingan pencak silat iaitu selepas minggu peperiksaan. Kami mula berkumpul di hadapan sekolah tepat jam 6:00 pagi (kerana 1 minit lewat tekan tubi 10 kali) dan kemudian mula berjogging dari sekolah ke pantai Pimping yang jauhnya lebih kurang 4 -5 kilometer.



Mula dengan jogging dari sekolah, streching dan bertafakur....
kemudian baru latihan ala komando


Cikgu Yusman yang memang sudah mantap dari segi fizikalnya berjongging bersama-sama pesilat sambil memberi kata-kata semangat kepada mereka. Apa lagi....bertambah bersemangat la para pesilat sekolah ni.....



Cikgu Yusman selaku pakar dalam 'sport science' menggunakan
kepakarannya melatih para pesilat sekolah

Macam-macam aktiviti atau latihan fizikal yang agak keras tapi selamat untuk para pesilat. Ala-ala komando la katakan.....tapi pesilat-pesilat ni sikit pun tak menunjukkan rasa mengaku kalah malah semangat juang mereka semakin tinggi..... Gambar-gambar di atas tu hanya sebahagian latihan yang dijalankan.



Kami turut melakukan aktiviti yang dilakukan pelajar untuk memberi
semangat kepada mereka.


Sepatutnya dalam latihan kali ni pesilat muntah hijau seperti mana sebelum ini, tapi ini tidak berlaku. Ini kerana persediaan pesilat dari segi fizikal dan mental sudah mencapai tahap 70% - 80%. Mereka seolah-olah sudah bersedia untuk bertempur dan latihan yang bermula dari awal tahun nampaknya tidak sia-sia. Tubuh badan mereka nampak keras dan dan mental mereka agak kuat menahan segala ujian tanpa menunjukkan sebarang bantahan.

Akmal Faiz bin Nurun (duduk berbaju biru) yang patah tangan turut serta dalam latihan ini dihantar oleh ibunya ke sekolah. Walaubagaimanapun, beliau tidak dibenarkan oleh kami selaku jurulatih mengikut latihan keras ini kecuali yang dirasakan selamat dan ringan baginya. Kisah patah tangan si Akmal ni boleh di baca DI SINI.



Semua pesilat dan jurulatih bersarapan ringkas dengan roti Gardenia yang di bawa bersama

Lebih kurang jam 9:00 pagi, lapar punya pasal kami pun bersarapan la di tepi pantai yang indah bersama-sama dengan para pesilat. Mereka nampak enjoy walaupun penat setelah latihan keras ala komando oleh Cikgu Yusman. Dua bungkus roti Gardenia dan Jem Strawberi dan Coklat menjadi makanan yang paling istimewa pada pagi tu.... memang lazat tambahan pula cuaca pada pagi itu sangat indah dan nyaman.......



Perjalanan pulang bersama sambil santai

Kami pun berjalan pulang ke sekolah bersama-sama. Semoga latihan ini memantapkan lagi persediaan para pesilat SMK Membakut II. Begitulah serba sedikit coretan latihan silat kali ini.

Selamat santai...



Related Posts with Thumbnails