Saturday, June 20, 2009

Misi yang belum selesai....

Salam,

Alhamdulillah, hati ini sudah mula menerima hakikat bahawa tidak akan berada lagi di SMKM II tidak lama lagi. Surat yang diterima bertarikh 17.06.09 membenarkan khabar angin yang berlalu dan amat menyedihkan kerana hari itu merupakan hari bersejarah dalam hidup (birthday isteri), tapi tidak mengapa.... mungkin hadiah hari jadi buat isteriku.....sebab dapat bersama dengannya selepas ini....

Sebenarnya untuk makluman pengunjung yang tertanya-tanya apa citer sebenar....citernyer simple...."DIPINDAHKAN"... sebab apa dipindahkan, kerana penulis tidak memohon..... tidak ada hjan, ribut dan taufan melanda....keadaan amat tenang di SMKM II, tak tau la.... sebab penulis sibuk dengan SAGA masa cuti aritue....mula-mula hanya terdengar khabar angin mengatakan daripada 5 guru yang bakal berpindah dari SMKM II, 3 daripadanya memohon untuk berpindah dan 2 lagi "dipindahkan" atau dalam erti kata lain terkeluar dari senarai guru SMKM II. Wah....sapa lagi 2 tu...memang menjadi misteri...sebab tidak pernah ada apa-apa makluman, cerita atau perkhabaran tentang ini....jadi pada mulanya penulis tidak ambil kisah sebab rasanya memang tidak ada masalah dengan sesiapa setakat ini....masalah sebelum ini telahpun diselesaikan secara baik dan hikmah dengan mereka yang terlibat.....

Lagipun sebenarnya perpindahan ini merupakan perpindahan seribu rahmat sebab buang no II jer.....Kebetulan pula sekolah baru ini hanya di belakang rumah dan isteri pula memang mengajar di sana....

Okay, cerita pindah habis di situ.... penulis tidak sedikit pun kisah kena berpindah sekolah walau ke mana sahaja.... Kalau nak ikutkan Sabah ni pun dah cukup jauh dari kampung halaman.....kalau setakat hantar ke hujung Sabah pun rasanya sama sahaja....tul tak....??? kecualilah hantar ke Afrika ker, Sudan ker, Nicaragua ker........tul tak.....???

Apa yang menyedihkan hati ini ialah terpaksa meninggalkan mereka yang tersayang tanpa menyudahkan perkara yang sudah dimulakan...bak kata orang "misi belum selesai."...memang penulis ada bercadang untuk memohon balik ke semenanjung hujung tahun ini selepas selesai semua misi untuk tahun ini...tapi apa kan daya...kita hanya mampu merancang, ALLAH yang menentukannya.....

Hati ini sedih apabila terpaksa meninggalkan kelas yang akan menghadapi PMR dan SPM, bayangkan sudah separuh jalan dan secara terus terang penulis berpendapat tahun ini memang boleh mencipta sejarah melakar kejayaan....Banyak sudah aktiviti terutama bagi subjek Pendidikan Islam yang penulis sendiri bersama dengan pelajar di antaranya Program Praktikal Sembelihan I dan Praktikal Sembelihan II (dua kali tu...), Praktikal Lambaian Kaabah dan Praktikal Pengurusan Jenazah. Tujuannya untuk memantapkan pemahaman pelajar dan memberi ruang pelajar merasai sendiri pengalaman melakukan perkara tersebut di mana tidak ramai orang dapat merasai pengalaman melakukan aktiviti seumpamanya.....di samping PnP di kelas....

Antara gambar kenangan yang tak akan dilupa..... Lambaian Kaabah....

Hati ini juga turut bersedih apabila terpaksa meninggalkan budak-budak pengakap.....susah senang bersama sebelum ini dalam beberapa perkhemahan yang meningggalkan banyak kenangan manis tidak akan dilupakan....nampaknya tak dapatlah bersama mereka lagi dalam melakukan aktiviti pengakap lagi......

Banyak aktiviti pengakap bersama scout 06 SMKM II

Yang paling menyedihkan hati ini ialah berkenaan SILAT. Pada hari Isnin minggu ini di perhimpunan rasmi sekolah penulis baru sahaja menyampaikan ucapan dan menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang mengharumkan nama sekolah di SAGA IV 2009, Sandakan....kami berasa bangga melakar kejayaan dengan membawa pulang 7 pingat untuk kontinjen Beaufort....tapi malangnya itu tidak memberi makna apa-apa............dengan silat bukan itu sahaja....minggu depan 23.06.09 Kejuaraan Pencak Silat antara Sekolah-Sekolah Peringkat Zon Beaufort dan 01.07.09 peringkat negeri Sabah di Tawau...semua persediaan sudah bermula dari awal tahun lagi.......(sila rujuk posting label "silat" untuk cerita berkaitan silat) Nampaknya para pesilat sudah semakin kurang semangat, bukan sahaja pesilat malah rakan guru juga terkesan......namun penulis tetap memberi semangat kepada mereka walaupun hati ini berat menanggung penderitaan kesedihan bersendirian.....

Para atlet SAGA IV, Sandakan 2009 dari SMKM II

Untuk kalian semua samada pelajar PMR & SPM, kumpulan PENGAKAP dan para PESILAT ribuan ampun dan maaf dipinta kerana kita tidak dapat bersama lagi....dan pemergian ini bukan dipinta.....teruskan PERJUANGAN dengan terus melakar kejayaan dan mencipta sejarah buat sekolah dan buat diri sendiri.... Diharapkan agar semangat kalian tetap utuh dan teguh untuk terus berjuang tanpa menjadikan perpisahan ini sebagai satu halangan.....Doa dariku agar ukhuwah yang terjalin akan kekal abadi dan kenangan bersama selama ini akan kekal diingatan.....

Kepada rakan-rakan guru.....jangan takut kepada kebenaran...berkatalah benar walaupun ianya pahit dan jauhi sifat-sifat munafiq yang mana ciri-ciri munafiq itu sepertimana disebut dalam hadis ada tiga iaitu apabila diberi amanah ia khianat, apabila berkata ia berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan ada riwayat lain apabila berkelahi ia berlebih-lebihan.....

Sesungguhnya dugaan ini tidak seberapa jika dibanding dengan perjuangan Rasulullah S.A.W. yang diperintah berhijrah ke Habshah dan Madinah dan berhadapan dengan bangsanya sendiri dalam keadaan Jahiliyah.....teruskan mendidik anak bangsa dan meneruskan perjuanganku yang tidak selesai.......

Sebelum menutup bicara, mohon sejuta kemaafan sekiranya ada bahasa yang mengguris mana-mana pembaca. Sesungguhnya penulis langsung tidak berniat memburukkan sesiapa dan hanya bercerita tentang diri sendiri sahaja tidak berkaitan dengan orang lain.... (takut ada salah faham berkaitan blog seperti sebelum ini...) Blog ini bukan medium untuk memburukkan sesiapa melainkan mencatat perasaan pemilik blog ini....itu sahaja....

Akhir kata, mohon maaf kepada semua dan terima kasih di atas segalanya......

Harap pengunjung sentiasa ceria dan santai...

Penulis sentiasa santai.....

Wassalam....




11 comments:

Takilala said...

"..kita mampu merancang, hanya Tuhan menentukan, tak perlu dikisahkan"
-Biarkan Berlalu, WINGS

err...Gua nyanyi lagu ni masa kenduri kahwin Jairo hari tu..huhuhu

Yang Terbuang said...

Betul Takilala...ia akan berlalu, tapi masih akan tetap dikenang.....

Tapi takder lagu....huhuhu....

Anonymous said...

Salam...

Tak tau kenapa...bila terbaca posting nie air mata sy mengalir deras...tak dpt ditahan2 lg...mmg byk jasa ustaz...kenapa la ada org yg tak mau trime hakikat tue...rasa mcm mrk sgj butakan mata dan membisukan lidah utk mengiakannya...

Apa2 pun tahniah dan trima kasih di atas segala pengrbnn ustaz slama nie..
Allah sj yg akn memblsnya..

-rakan seperjuanganmu-

Anonymous said...

kita warga SMK MEMBAKUT II telah kehilangan seorang rakan yg rajin menaikkan nama sekolah kita. kita tetap ingat dia sampai bila2..

Anonymous said...

Ustaz Azman, pemergianmu memang satu kehilangan besar buat SMK Membakut II, hilanglah ikon sekolah nanti...aku respek ustaz sebab ustaz masih boleh terus mengharumkan nama sekolah...ustaz memang satu dalam berjuta.....kami bangga dengan ustaz...aku sedih...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya tidak faham punca ustaz pindah sekolah. Kenapa tidak ditahan oleh sekolah kalau ustaz dipindahkan? atau memang ustaz mahu dipindahkan oleh mereka?

Tapi kenapa?..., sabarlah ustaz, betul cakap ustaz...ujian Nabi lebih besar daripada ini...

Anonymous said...

ustaz, kami berasa keberatan pmergian ustaz nanti....amat sedih...rasa2 tiada guru pnddkn Islam mcm ustaz yg hebat dalam p&p di skh kita...bosAN LA....KALO BOLE, BIAR LA KAMI YG MENAHAN USTAZ AGAR TERUS MRNGAJAR KAMI..

Anonymous said...

Assalamualaikum....
ustaz....
pemergian ustaz mmbuat kami bsedih..
kami sedih ngan semua ini.....
kami heran...tertanya...knp???
ustaz harus pindah......knp..knp???
walaupun ustaz teda time kitorang PMR..kami akn memberikan kejayaan ngan ustaz.....kami akn sentiasa merindui usatz...
kitorang beterima kasih krana mmbrikan ilmu....
ami x mampu mmblsnya..hnya mmpu bdoa n memberikan kjayaan....Ustaz xda pngganti bt kami....
KENANGAN TERINDAH '09..
Kami akn kenag jasa ustaz bt slamanya.....TERIMA KASIH ustaz..........
Salam sayang...
bt ustaz....
jgn lupakan kami eik ustaz...
(~ PrinCess_SuLyaNa ~)

( - PrinCeSs_SuLyaNa - ) said...

USTAZ...
kami sentiasa syg ustaz....

Azeyana Zainal said...

salam...
sayang sekali SMKM II akan kehilangan seorg guru yg berkaliber, mempunyai kreadibiliti yg tinggi, kreatif dan sentiasa bersemangat utk meningkat prestasi sekolah. Jasa ustaz ttp akn dikenang..ilmu yg dicurahkan akn dijadikan panduan..ketokohan ustaz menjadi ikutn..
semoga terus mencurahkan bakti di sekolah baru.Terima kasih dan sekalung penghargaan buat ustaz..
(teringat waktu ustaz mula2 guna bahasa brunei..hehehe)

Unknown said...

wlaupun ustz x ajar kmi..
tp kmi ttp syg ustz..
mst kmi rndu dgn ustz..
dgn wjh ustz yg cute..
dgn snyumn mnis ustz..
haiz..
yg pth tmbuh..
yg hlg b'gnti
tp tda yg ble m'gntikan ustz..
b'linangan lak air mata smbil m'naip ni..
huhuk..
kmi sgt2 x puas hati ngan hal ni..
huhuk..
apa2 pun..
redha sj lah..
klu kmi ada kuasa..
kmi x maw ustz pndh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails